Breaking

Tuesday, June 18, 2013

Tuesday, June 18, 2013

Summer Camp Di Palestin

Assalamualaikum!~

Summer Camp >>> aktiviti perkhemahan yang paling ditunggu oleh kanak-kanak masa cuti sekolah. Masuk hutan, menyeberangi sungai, membuat unggun api, games dan ceramah motivasi and so on...so on.

Tapi, Summer Camp di Palestin menyaksikan pengalaman kanak-kanak yang tidak mungkin boleh didapati di mana-mana aktiviti perkhemahan di dunia ini, apabila kanak-kanak mereka melakukan aktiviti ketenteraan sebagai persediaan menentang keganasan rejim Zionis.

Mereka berumur antara 6 hingga 16 tahun menyertai summer camp military-style
yang dianjurkan oleh Pergerakan Jihad Islam.
Tuesday, June 18, 2013

Adik Kena Tangkap!

Assalamualaikum!~

Dah ada bukti baru leh dakwa. Suke suki je nak langgar peraturan ye. Kali ni kalau kena marah pun, dia takkan terlepas dan mengada-ngada sebab bukti sudah ada buahahaha~

Panjang berjela ibu blebel ke adik pastu, menerangkan peraturan bagi kanak-kanak berumur 4 tahun.


Gotcha!!! sampai menyereng ibu amik gambo.

Monday, June 17, 2013

Monday, June 17, 2013

Berita Palsu Kahwin Gadis Syria Akhirnya Terjawab.

Assalamualaikum!~

Baru-baru ini banyak pengongsian palsu kononnya Ikhwanul Muslimin di Mesir menawarkan perkahwinan kepada sesiapa yang ingin memperisterikan wanita-wanita Syria yang berlindung di sana dengan mas kahwin USD40 (RM120).


Berita palsu ini mendapat 'sambutan' begitu hebat dari kalangan kaum lelaki yang terpesona dengan tawaran diberi tanpa mempersoalkan kesahihan berita tersebut.



Untuk menjelaskan perkara ini, pengesahan telah pun dibuat di SINI




Palingkan pandangan bernafsumu dari mereka (wanita Syria) wahai insan bernama lelaki. Bersihkan hatimu dari jihad bertuhankan nafsu. Di mana jiwa semangat kentalmu merembes kebenaran terhadap penentangan kezaliman yg sedang berlaku???

Hanya bila disajikan gambar wanita bermata hijau, berkulit putih merah dengan status auta yang menggoncang imanmu...terus dikau merayu, mengharap dia kan jadi milikmu.

Wahai lelaki...kamu masih jauh dari bergelar mujahid. Takkan kamu setaraf mereka yang sedang berjihad bilamana kamu mudah terpesona dengan kecantikan sementara dan penipuan yang nyata.

Wahai lelaki....syiah dan yahudi sedang memerhatikanmu. Mereka juga sedang mentertawakan kebodohanmu. Dan, pasti mereka tidak perlu gusar kerana lelaki di Malaysia masih melayan nafsu. Astaghfirullahalazim.

Sudah-sudahlah isu kawen. Fokuslah pada matlamat asal kita iaitu untuk menyebarkan kebenaran dan mendidik masyarakat serta berdoa untuk kemenangan pejuang2 kita di Syria dan Palestin.

Nukilan Ikhlas,
Kenit Cinonet. 


P/S: Nak kawen sangat? nak buat amal kebajikan? tu gadis-gadis somalia dan janda-janda somalia juga memerlukan bantuan anda. 
Monday, June 17, 2013

Rojak Bellamy

Assalamualaikum!~

Bulan 6 ni memang ramai orang kawen. Dah berminggu-minggu jugak Pak Jelan buat part-time. Orang kije Isnin sampai Jumaat, Pak Jelan sambung Sabtu dan Ahad. Sampaikan anak tanya kenapa Pak Jelan kije ari cuti? Cari rezeki sayanggggg.

Tapi, semalam Pak Jelan takda job, so kami pun pulun masa yang ada untuk bawak anak jenjalan. Tak jauh mane pun...opis je ekekekeke. Takpe, anak-anak tak merungut banyak asalkan kaki diaorg jejak tanah ekekekeke. Pagi cam biasa kami breakfast dulu kat kedai Nasi Lemak Mat Ganja pastu baru gi opis.

Macam biasa, akai memasing memang panjang. Ader je benda nak dimain. Suruh main kat luar ghupernye dia 'bersukan' dua beradik huhu.

Ready dah tu nak berlari

Saturday, June 15, 2013

Saturday, June 15, 2013

Tips & Doa Untuk Elak Jadi Mangsa Rogol - Peranan Lelaki

Assalamualaikum!~

Apa perasaan anda jika isteri/adik perempuan/kakak/ibu anda menjadi antara salah seorang mangsa statistik rogol dan jenayah? Tentunya anda tidak mahu ia terjadi bukan? Lelaki diberikan tanggungjawab dan amanah oleh Allah s.w.t untuk menjadi pelindung kepada wanita bukan perosak wanita.


gambar hiasan

Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." 
(Surah an-Nisa, ayat 34)

Tanggungjawab lelaki/para suami bukan setakat memberikan nafkah buat wanita yang dibawah tanggungan mereka. Lelaki sebagai pemimpin dalam konteks masyarakat perlu bertindak menjadi pelindung kepada wanita secara keseluruhannya.

Akhlak yang baik bermula dari rumah. Begitu juga ingin menjadi lelaki yang bertindak sebagai pelindung perlu bermula dengan diri sendiri. Menuding jari menyalahkan antara satu sama lain tidak menyelesaikan masalah. Apa yang perlu dilakukan adalah check diri sendiri dan betulkan mana yang salah.

Friday, June 14, 2013

Friday, June 14, 2013

10 Fobia Paling Pelik

gambar hiasan

Kiter semua tahu aper itu fobia. Ia membuatkan hidup kiter 'sengsara' apabila berhadapan dengan sesuatu @ seseorang sehingga timbulnya fobia dalam diri. Fobia ialah ketakutan yang amat sangat terhadap sesuatu samada benda, orang, makanan atau apa-apa saja. Biasanya, kiter dengar orang fobia pada ketinggian, fobia pada air, fobia pada serangga, fobia pada kegelapan. Tapi, yang ini lain tau...memey peliks-peliks fobia dia. Korang mesti terkezutttttttttttttttt! Jom kiter selongkar 10 fobia peliks. Jeng jeng jeng......!~
Friday, June 14, 2013

Kasut Emas 24 Karat.

Assalamualaikum!~


Dua benda yang wanita suka...

One - Shoessssssssssss

Two - Golddddddddddehhh!

And we have it here in two-in-one package. Kasut emas bukan ada dalam arena bola sepak sahaja, tapi dalam industri fesyen ia nampak lebih relevan sesuai dengan bidangnya.

Thursday, June 13, 2013

Thursday, June 13, 2013

Hari Repot Kad - Ambil Repot Kad

Assalamualaikum!~

Serasa mahu saje aku cabut otakku ini dan basuh dengan air di sinki! It's their BIG day and you forgot about it? Homaihhh~

Although it wasn't my intention to forget they Report Card Day tapi alhamdulillah settle gak semuanya tghari tadi. Tengah dok sibuk ni bergelumang dengan nombor dan kod bagai... tetiba....

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.