Breaking

Thursday, November 07, 2013

Thursday, November 07, 2013

Dah 1000!


Assalamualaikum!~


Hasrat untuk capai target sempena Setahun Jagung Nukilan Kenit akhirnya tercapai jugak, walaupun tersasar 2 bulan hehe. Namun, alhamdulillah akhirnya sampai jugak ke puncak! heeeee.





Yeayyyy dah 1000!! hehe. Tak sangka sebanyak ini yang kenit dah kumpulkan untuk Nukilan Kenit. Tak sangka jugak semangat blogging ni masih tetap membara sehingga ke hari ini hehe. Terima kasih pada kengkawan yang menyokong kenit dari mula kita berkenalan di sini.

Memang ada masanya kenit suka tulis ikut suka hati, jantung dan limpa. Bak kata pujangga, "suke ati kite la... blog kiter!" hehe. Tapi bagi kenit, yang paling menyeronokkan pasal blogging ini ialah bila kita berjaya publish entri kita tu hehehe. Memang payah nak update 2-3 entri sekali dalam sehari, tapi itulah cabaran dalam dunia blogging. Kalau tahap retis tu, lain la citer hehe.

Semoga korang tak jemu menatap wajah kenit dok makan cendoi kat atas tu hehehe (^_^).
Thursday, November 07, 2013

Sheikh Ahmad Deedat


Assalamualaikum!~

Sebelum kenit memulakan bicara tentang beliau, dapatlah kiranya kita semua menyedekahkan bacaan al-fatihah kepada beliau semoga sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah dan beroleh ganjaran syurga di atas segala usaha dan sumbangannya terhadap umat Islam dan manusia keseluruhannya...al-fatihah.

Bila menyebut nama 'Sheikh Ahmad Deedat', perkara pertama yang kenit bayangkan adalah seorang lelaki tua yang berserban putih dan mempunyai janggut putih yang kemas dan rapi. Wajahnya suci dan sentiasa tersenyum. Percakapannya lembut tapi tegas dalam menyampaikan maksud. Tubuh yang makin dimamah usia, namun semangatnya lebih tinggi dan membara dari orang-orang muda. Penyampaiannya tegas dan 'membunuh' namun hatinya tulus menunjukkan kebenaran. I'M A HUGE FAN OF HIM. Allahuakbar...!


Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat

Wednesday, November 06, 2013

Wednesday, November 06, 2013

Tips Memilih Taska.


Assalamualaikum!~

Entri kali ni memang panjang, sebab ia menunjukkan kenit ambil serius berkenaan permasalahan ini! Sebagai antara ibu yang sering menghantar anak-anak ke taska, kenit ingin sekali berkongsi dengan anda tips-tips memilih taska dan bagaimana melakukan survey sebelum menghantar anak kita ke sana. Ini berdasarkan pengalaman kenit sendiri. insyaAllah.....

gambar hiasan

Bukan semua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bermasalah seperti yang kita baca dalam dada akhbar. Namun begitu, sebagai ibubapa yang prihatin perlulah kita mengambilkira segala aspek yang melibatkan kebajikan dan perlindungan anak-anak kita.
Wednesday, November 06, 2013

SENARAI 27 PEKELILING PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN 81 SKIM PERKHIDMATAN


Assalamualaikum!~




Akhirnya, senarai pekeliling yang sahih dari JPA telah dikeluarkan. Sebanyak 27 pekeliling perkhidmatan telah dikeluarkan bagi penambahbaikan 81 skim perkhidmatan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lepas.

Kebanyak skim perkhidmatan yang diupgrade akan menikmati kenaikan gred jawatan dan opkos la... kenaikan gaji! Anda boleh menyemak samada anda termasuk dalam golongan yang bertuah ini di {SINI}.

Tuesday, November 05, 2013

Tuesday, November 05, 2013

Dah Luruh!


Assalamualaikum!~

Rasanya masih tidak terlambat untuk kenit ucapkan salam maal hijrah 1435 kepada semua sahabat kenit di sini. Semoga di tahun baru ini, kita sematkan dalam hati azam baru untuk memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan amal ibadah kepadaNya insyaAllah.....

Dan, pada tarikh 1 Muharram 1435 ini jugalah menjadi tarikh bersejarah bagi anakku yang sulung kerana buat pertama kali dalam hidupnya, dia berjaya menghadapi 'ujian' itu dengan baik sekali! muehehehe. 

luruh dah gigi kakak huhu

Monday, November 04, 2013

Monday, November 04, 2013

Pahang Menang Tahniah Kakak Adik!


Assalamualaikum!~

Morning glory everyone! Eh ape kene mengena Pahang menang semalam dengan kakak adik plak ni? Teeeeetiibaaaaaaaaaaa! hehe. Diaorg bukan tengok sangat pun bola malam tadi, sibuk berlari kuar masuk bilik mihmihmih. Tapi, kira ok la tu kan ... diaorg kan lahir kat Pahang so, ada bau-bau bacang sikit la kat situ ekekekeke. 

Amboiii kemain lagi Pak Jelan semalam ... naik tocang la sebab Pahang menang kan hehehe. Jika sebelum perlawanan bermula, ramai yang tertanya-tanya siapakah bakal juara Piala Malaysia 2013. Pahang atau Kelantan?  Dan, malam tadi jawapannya telah kita ketahui.

Akhirnya, penantian pasukan Tok Gajah berakhir malam tadi apabila menjuarai Piala Malaysia 2013 setelah lebih 21 tahun menunggu. Wow! lama tuuuu.... syukur alhamdulillah rezeki.


Matias Ruben Conti menjulang piala kemenangan.

Sunday, November 03, 2013

Sunday, November 03, 2013

Pahang Atau Kelantan?


Assalamualaikum!~

..♩.¸¸♬´¯`♬.¸¸Yang mana satuuuuu...
                            Idaman kalbu....♬´¯`♬¸¸.♩..

Bola! bola! bola!Sumer orang excited pasal bola! Ada apa ngan benda bulat tu ha? hehehe. Tapi, itulah penangan bola sebenarnya. Disebabkan bola, bermacam insiden berlaku sebelum tu. Dengan insiden gaduhnya, berebut tiketnye, tiket tak cukupnya, tiket habis cepat tak masul akalnye dan bermacam lagi insiden. PRK Sg. Limau pun jatuh ranking disebabkan perlawanan bola yang bakal berlangusung malam ni. Nampak penangan bola disitu? hehehe.


Sunday, November 03, 2013

Jom PingMy URL Ke 1653 Websites.



Assalamualaikum!

Ya Allah sejuk sungguh pagi ni ..tak bukak kipas tapi dinginnya boleh menusuk ke tulang itamku! Takda idea nak buat apa pagi ni. Keadaan Mira dah beransur baik tapi masih demam. Batuknya pun masih ada lagi. Cuma selsema dah kering. Maka, memang takda mood la kami nak kuar gi jenjalan.

Tengah dok BW ke blog kengkawan dan balas komen mana yang tersempat, maka kenit terbaca mengenai Ping My URL ni. Ramai blogger yang dah mencuba kaedah ping terbaru yang diperkenalkan oleh HasrulHassan. Maka, dengan lajunya kenit terjah entri bro Hasrul mengenai Ping My URL di SINI.


Friday, November 01, 2013

Friday, November 01, 2013

Kita Merancang Allah Jua Yang Menentukan.

Assalamualaikum!~

Kadang-kadang bila kita diberi kenikmatan untuk merasa seronok, kita mungkin akan alpa dengan kemungkinan yang bakal berlaku pada orang di sekeliling kita. Makanya, bila kita alpa dan leka dalam dunia yang penuh keseronokan, kita cenderung untuk tidak menghargai nikmatNya.

Petang tadi tadika telefon maklumkan pasal adik. Rupanya adik nangis-nangis tak boleh tidur tenghari tadi. Aku tanya kenapa? Cikgu kata adik cakap telinga adik sakit. Cikgu cakap badan adik pun dedar sikit. Aku dah agak dah ini kes selsema + batuk = jangkitan kuman kat telinga. Begitulah setiap kalinya ...! 
Friday, November 01, 2013

CPUV KE 15 - INTI Cycle 1 Degree Campaign


Assalamualaikum!~

Hari ni mood berblogging agak terbantut sikit dek kerana penat meredah kesesakan di Federal Highway semalam tak ilang lagi. Habis lenguh segala sendi-sendi dan otot-ototku hehe. Kalau hari2 gini, mau kenit pindah balik Kuantan semula ... tak pun mintak balik Melaka je la heeeee.

Mujurlah Nuffie sentiasa berusaha mahu meredakan lelahku ini dan kali ini memang berjaya! muehehe. Barulah mood nak berblogging berbunga bunga kembali ececececeh!~


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.