Breaking

Thursday, November 21, 2013

Thursday, November 21, 2013

Tak Boleh Komen Pulak Dahhhhhh!


Assalamualaikum!~

Aiseymennnnn! ini boleh bikin mood spoil tau dak. Tengah sesedap mengomen entri orang, tetiba kuar 'You have created the maximum number of comments for today, please try again tomorrow'.

Lebih kat 150+ entri yang kenit sempat tinggalkan komen pagi tadi. Yang selebihnya tak boleh lepas! Banyak lagi nak balas lagi ni, tetiba jadi cam ni pulak.....


Wednesday, November 20, 2013

Wednesday, November 20, 2013

Lepas Geram - Part 2


Assalamualaikum!~


Kali ni kenit nak lepas geram! Dengan sapa lagi kalau bukan ngan mak! Kenit geram ngan mak .... sebab mak pandai masak! Pastu mak suka masak tuk kami. Pastu mak masak sedap pulak tu! Tu yang paling kenit geram .... grrrr! Tapi, geram kenit pada mak bukan geram nak gaduh ye. No no no no no ...berdosa tau gaduh ngan mak. Tak mo cenggitu ye hehehe.

Minggu lepas kenit balik kampung. Dah lama tak balik jenguk mak abah. To be exactly, 3 months! Last balik time raya puasa aritu. I missed them so much! so kenit cakap ngan Pak Jelan cukup-cukup la buat part time tu, moh kita balik kampung jumpa mak abah pulak!

'sasaran' dikenalpasti mihmih~

Tuesday, November 19, 2013

Tuesday, November 19, 2013

Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B

Assalamualaikum



Mini GA ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul Like untuk Baby Zara Soffiya Di dalam Contest Baby Di Facebook.

Syarat syarat Penyertaan yang amat mudah iaitu :-

1-Like Fanpage  di sini >> 3B
2-Like Gambar Baby Zara di sini >> Facebook 
3- Buat Entry Bertajuk "Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B"
4-Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5-Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entry ini


Mini GA ini berlangsung pada 18hb November hingga 12.00pm 24 November.



Pemenang akan dipilih melalui Random.org

Terima kasih


Monday, November 18, 2013

Monday, November 18, 2013

Lepas Geram!


Assalamualaikum!~

Geram jangan engkau geram!
Geram bermacam ragam!


Haaaa bila geram perut meragam hehe. Bila geram je nak makan ... bila nak makan je rasa geram! muehehe. Minggu lepas memang mood nak memasak kelaut sungguh! Bila tak masak, paling senang makan ... order je la! hehe. Kitaorg panggil ni sesi melepas geram!


Malam pertama


Satay boleh tahan sedap, tapi timun sangat la sedikit dia bagi.

Friday, November 15, 2013

Friday, November 15, 2013

Mari Mengenali Dajjal Al-Masih - Part 4

Assalamualaikum!~



KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN DAJJAL [sambungan]

(Fitnahnya untuk mempengaruhi manusia)



6- Kebolehan menyuburkan tanah dan menurunkan hujan

An-Nuwas bin Sam'an berkata Rasulullah saw bersabda "Dajjal datang kepada semua kaum dan menyeru mereka, mereka pun menyambutnya. Dia menyuruh langit menurunkan hujan, maka hujan pun turun. Dan mengarahkan bumi menumbuhkan tanaman, ia menumbuhkannya sehingga mereka gembira kerana binatang2 peliharaan mereka kuat dan sihat, gemuk dan susunya banyak. Kemudian dajjal mendatangi kaum lain dan menyeru mereka. Namun mereka tidak mempedulikan kata-katanya, lalu dajjal pergi meninggalkan mereka. Apabila keesokan paginya, mereka tidak lagi menjumpai harta mereka" 
[HR Muslim dalam Sahih Muslim, no 2937]

Thursday, November 14, 2013

Thursday, November 14, 2013

Tahniah Sayang!


Asaslamualaikum!~

Dah lama rasanya member dalam family kenit tak amik periksa. Last, time kenit amik UPSR tahun 1995. Result takyah citer ar! hehe. Dan, selepas 18 tahun anak sedara kenit Fatin Natasha Airin pulak amik UPSR pada bulan lepas. 

Atin bukan pesen yang suka mengadap buku di rumah. Itu mamanya yang bagitau kat kenit la hehe. Kat umah, Atin lebih suka tengok channel pasal bola ngan papanya. Jangan tak tahu, anak dara ni peminat bola sepak tanah air tau! 

Dan tadi, mamanya call kenit cakap yang Atin dapat keputusan 4A 1B. Alhamdulillah ... syukur! Cerdik jugak anak sedara Ucu ni macam Ucunya mihmihmih~ 

Tahniah Atin ... ! Ucu sayang Atin! (^_^)

Wednesday, November 13, 2013

Wednesday, November 13, 2013

Peminat Transformers Tegar!


Assalamualaikum!~




Pesen gini lebih banyak bukak tv dari bukak buku ... tu yang jadi lagu pelik-pelik tu!

Aku pun minat citer Transformers gak, tapi agak-agak la bila menjawab periksa ponnnnnnnnnnnnn! :p

sumber : fb
Wednesday, November 13, 2013

Ephyra Idaman Saya


Assalamualaikum!~



Jarang sangat kenit join contest yang melibatkan produk kesihatan macam Ephyra. Kali ni kenit tertarik bebenor la nak join, sebab bukan sebab hadiah-hadiahnya je yang menarik tertarik daboom! tapi kenit nak rasa sendiri 'miracle' Ephyra pada diri kenit.

Kenit mempunyai kulit yang tidak berapa sihat la kan. Masa muda remaja lu bisnes 'minyak muka' kenit memang laku la sampai kuar jerawat menjadi-jadik! hahaha. Bila dah masuk zaman remaja purba ni kureng la sikit jerawatnya, tapi kesan jerawat dan masalah lingkaran gelap bawah mata (maklumla beranak kecik kan!) masih kenit cuba atasi secara berperingkat. 

Jika korang nak lebih lanjut apa itu Ephyra, bolehlah terjah SINI. Dan, kalau korang nak join sama kontes Ephyra ni boleh klik kat banner atas wokeh! 

Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.com dan ditaja oleh OceanLife2u.com 
Wednesday, November 13, 2013

Simple GA - 3D Puzzle


Assalamualaikum!~



Kenit memang suka puzzle, tapi puzzle yang jenis macam di atas kenit belum pernah jumpa atau miliki lagi. Dari kecik sampai beso panjang, puzzle yang kenit main jenis puzzle tekap-tekap tu hehe. Itupun dah cukup menyeronokkan ye dop!

Tapi, bila bro careno kita balik dari Sarawak dengan souvenior yang gila gempaks macam ni, ok .... jom kiter skodeng acaner ghuper puzzle tu? Binatang apa yang dia bina itu? hahahaha. Itu dialog tambahan je ye. Tapi, seriously kenit baca entri bro careno cara nak pasang puzzle tu di SINI, SINI,SINI & SINI ...cam susah jek! cam susah jek! hahaha.

Seandainya kenit ditakdirkan untuk memiliki mana-mana set puzzle di atas, ia akan jadi permainan baru bagi kami sekeluarga terutama tuk my gegurls. Diaorg memang main susun-susun puzzle yang tekap-tekap tu. Kalau diaorg tengok ni for sure diaorg akan panjat badan kenit, bergayut dan merayu bagai mintak sorang satu! hahaha. Tak dapek nak oiiii, jauh ni uncle careno pi beli tau ... Sarawak nu! Kita tunggu je la andai ada rezeki yek hehehe.

Jom kengkawan kita join ramai2. Mana tau hampa pun berpeluang menang (^_^)


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.