Breaking

Monday, November 25, 2013

Monday, November 25, 2013

Majlis Konvokesyen & Anugerah Cemerlang - Part 1


Assalamualaikum!~

Sekejap rasanya tempoh 2 tahun ni. Tahun depan, bermula la episod baru bagi kakak yang akan menempuh alam persekolahan rendah. Rasa macam semalam kakak baru graduate 5 tahun, pejam celik pejam celik sekarang dah fully graduate!

Dari tak tahu membaca dah jadi pandai baca. Dari tak tahu mengeja dah pandai mengeja. Dari cakap pelat dah jadi tak pelat dah. Cuma, adik tu la ada pelat-pelat sikit hehe. Tapi, kalau nak dibandingkan pelat dulu, sekarang ni much much better improvement dia! Dulu dalam sebaris ayat tu, hampir sumer dia cakap pelat, sekarang ni ada satu dua perkataan je dia terrrrpelat sendiri haha.
Monday, November 25, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda


Assalamualaikum!

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari


Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com



Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Friday, November 22, 2013

Friday, November 22, 2013

Lepas Geram - Part 3

Assalamualaikum!~

..♩.¸¸♬´¯`♬.¸¸Saaaaatu .... kasih nan abadi tiada tandingi Dia yang satuuuuu
Duuua ... sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya iibuuuu
Tiiiigaaaa...lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayahhhh
Emmmpat...mudah kau ketemu berhati selalu beza antara kasih dan kekasih...♩.¸¸♬´¯`♬.¸¸


Tetiba rasa nak nyanyi pulak hehehe. Haa dengar tu, abg Aris kata 'lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayah'. Setianya abah yang tahu apa yang anak-anak dia suka makan. Lepas puas lepas geram dengan ayam kampung, abah beli pulak sotong untuk lauk esoknya.

Makanan ni memang feveret kenit sejak dulu lagi. Ada yang kata asal makanan ni dari Terengganu, tapi kebetulan memang arwah nenek kenit berasal dari Terengganu. Bila ikut suaminya berhijrah ke Melaka, arwah nenek la yang memperkenalkan makanan ni pada anak-anak dan menantunya.


Boleh agak tak nak buat apa ni? (^_^)

Thursday, November 21, 2013

Thursday, November 21, 2013

Tak Boleh Komen Pulak Dahhhhhh!


Assalamualaikum!~

Aiseymennnnn! ini boleh bikin mood spoil tau dak. Tengah sesedap mengomen entri orang, tetiba kuar 'You have created the maximum number of comments for today, please try again tomorrow'.

Lebih kat 150+ entri yang kenit sempat tinggalkan komen pagi tadi. Yang selebihnya tak boleh lepas! Banyak lagi nak balas lagi ni, tetiba jadi cam ni pulak.....


Wednesday, November 20, 2013

Wednesday, November 20, 2013

Lepas Geram - Part 2


Assalamualaikum!~


Kali ni kenit nak lepas geram! Dengan sapa lagi kalau bukan ngan mak! Kenit geram ngan mak .... sebab mak pandai masak! Pastu mak suka masak tuk kami. Pastu mak masak sedap pulak tu! Tu yang paling kenit geram .... grrrr! Tapi, geram kenit pada mak bukan geram nak gaduh ye. No no no no no ...berdosa tau gaduh ngan mak. Tak mo cenggitu ye hehehe.

Minggu lepas kenit balik kampung. Dah lama tak balik jenguk mak abah. To be exactly, 3 months! Last balik time raya puasa aritu. I missed them so much! so kenit cakap ngan Pak Jelan cukup-cukup la buat part time tu, moh kita balik kampung jumpa mak abah pulak!

'sasaran' dikenalpasti mihmih~

Tuesday, November 19, 2013

Tuesday, November 19, 2013

Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B

Assalamualaikum



Mini GA ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul Like untuk Baby Zara Soffiya Di dalam Contest Baby Di Facebook.

Syarat syarat Penyertaan yang amat mudah iaitu :-

1-Like Fanpage  di sini >> 3B
2-Like Gambar Baby Zara di sini >> Facebook 
3- Buat Entry Bertajuk "Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B"
4-Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5-Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entry ini


Mini GA ini berlangsung pada 18hb November hingga 12.00pm 24 November.



Pemenang akan dipilih melalui Random.org

Terima kasih


Monday, November 18, 2013

Monday, November 18, 2013

Lepas Geram!


Assalamualaikum!~

Geram jangan engkau geram!
Geram bermacam ragam!


Haaaa bila geram perut meragam hehe. Bila geram je nak makan ... bila nak makan je rasa geram! muehehe. Minggu lepas memang mood nak memasak kelaut sungguh! Bila tak masak, paling senang makan ... order je la! hehe. Kitaorg panggil ni sesi melepas geram!


Malam pertama


Satay boleh tahan sedap, tapi timun sangat la sedikit dia bagi.

Friday, November 15, 2013

Friday, November 15, 2013

Mari Mengenali Dajjal Al-Masih - Part 4

Assalamualaikum!~



KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN DAJJAL [sambungan]

(Fitnahnya untuk mempengaruhi manusia)



6- Kebolehan menyuburkan tanah dan menurunkan hujan

An-Nuwas bin Sam'an berkata Rasulullah saw bersabda "Dajjal datang kepada semua kaum dan menyeru mereka, mereka pun menyambutnya. Dia menyuruh langit menurunkan hujan, maka hujan pun turun. Dan mengarahkan bumi menumbuhkan tanaman, ia menumbuhkannya sehingga mereka gembira kerana binatang2 peliharaan mereka kuat dan sihat, gemuk dan susunya banyak. Kemudian dajjal mendatangi kaum lain dan menyeru mereka. Namun mereka tidak mempedulikan kata-katanya, lalu dajjal pergi meninggalkan mereka. Apabila keesokan paginya, mereka tidak lagi menjumpai harta mereka" 
[HR Muslim dalam Sahih Muslim, no 2937]

Thursday, November 14, 2013

Thursday, November 14, 2013

Tahniah Sayang!


Asaslamualaikum!~

Dah lama rasanya member dalam family kenit tak amik periksa. Last, time kenit amik UPSR tahun 1995. Result takyah citer ar! hehe. Dan, selepas 18 tahun anak sedara kenit Fatin Natasha Airin pulak amik UPSR pada bulan lepas. 

Atin bukan pesen yang suka mengadap buku di rumah. Itu mamanya yang bagitau kat kenit la hehe. Kat umah, Atin lebih suka tengok channel pasal bola ngan papanya. Jangan tak tahu, anak dara ni peminat bola sepak tanah air tau! 

Dan tadi, mamanya call kenit cakap yang Atin dapat keputusan 4A 1B. Alhamdulillah ... syukur! Cerdik jugak anak sedara Ucu ni macam Ucunya mihmihmih~ 

Tahniah Atin ... ! Ucu sayang Atin! (^_^)

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.