Makanan
Tuesday, November 26, 2013
Kek Lapis Sarawak.
Assalamualaikum!~
Best keje cam Pak Jelan, dapat travel satu Malaysia! Walaupun atas dasar tugas rasmi, tapi kalau sekadar nak menyinggah beli cenderahati ke, makanan tempatan ke no problem insyaAllah. Tu yang syok tu kan! hehe
Minggu lepas, Pak Jelan pergi ke Kuching, maka sempat jugak la dia 'rembat' Kek Lapis Sarawak pelbagai perisa. Setiap kali pergi sana, tak sah kalau tak membeli kek lapis yang diusahakan sendiri oleh penduduk tempatan. Tapi, nak mencari yang sedap dan tak muak memang susah sikit la. Kita pun dengar-dengar je cakap orang kek ni sedap kek tu sedap. Tapi, bila makan sendiri .... hampeh! Akhirnya, terbuang begitu je la kek tu.
Stok kek lapis paling banyak pernah dimiliki! hehe |