Segmens and Giveaways
Monday, December 09, 2013
Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com
Assalamualaikum!~
Tertarik sungguh nak join!
Kenapa aku jadi blogger?
- Objektif asal bukan kerana minat, tapi lebih kepada keperluan kenit untuk meluahkan perasaan dan berkongsi rasa secara maya. Dulu ada buku diari sendiri, tapi lenguh dah tangan ni nak genggam pen lama-lama, maka kenit beralih ke arah keyboard. Timbulnya minat bila kenit terbaca blog blogger femes Maria Elena dan Hanis Zalikha ketika itu. Dari situ, kenit memulakan langkah secara rasminya menghasilkan sebuah blog peribadi sekitar bulan September 2012. Bermula tarikh itulah, kenit merasakan yang berblogging ini menjadi satu kepuasan bagi kenit setiap kali kenit meluahkan rasa atau berkongsi info mengenai apa saja. Tambah kenit suka bila ada orang sudi singgah dan baca coretan kenit samada sekadar untuk suka-suka atau untuk menambah ilmu. Sehingga ke saat ini, kenit masih mencintai alam blogging dan berharap passion ini tidak akan malap sampai bila-bila!
Korang belum join?
Jom klik banner dan join sekarang!
(^_^)
Kongsikan kecintaan anda pada blog melalui segmen ini
Tarikh tutup : 28 Disember 2013 tepat jam 12 tghmalam.