Breaking

Friday, February 07, 2014

Friday, February 07, 2014

Bagaimana Kerja Syif Boleh Menjejaskan Kesihatan Anda?


Assalamualaikum!




Biasa keje syif? Siapa pernah keje syif atau sedang keje syif, better luangkan sedikit masa membaca akan apa yang aku kongsikan ni. Pengalaman sendiri,  memula keje syif memang satu 'azab' bagi orang yang tak biasa berjaga malam macam aku. Keje pagi takpe lagi, tapi kalau keje malam memang terasa penatnya. Penyudahnya, esok pagi balik aku 'pengsan' sampai ke tenghari hehe.

Thursday, February 06, 2014

Thursday, February 06, 2014

Inilah Namanya Adik Beradik.


Assalamualaikum!

Lumrah ... budak mana yang tak suka bergaduh. Tambah ngan adik beradik pasti ada kenangan bergaduh masa kecik-kecik dulu kan. Teringat zaman kenit ngan kakak kenit dulu. Beza umur kami 8 tahun, jadi setiap kali 'bergaduh' memang kenit yang akan menang mihmihmih. Bengkengnya kenit masa tu (tak padan yang kenit!) sampai kaki tendang-tendang kakak. Kuangjaq! kuangjaq! kuangjaq!

Akak pulak sabaq sunggoh laaaaaaa masa tu, walaupun marah tapi dok tepis-tepis je kaki si adik yang tengah hot-temper ni. Mujurlah dah tua-tua ni kami tak gaduh camtu dah hahaha. Semakin tua semakin kami menyayangi antara satu sama lain. Ececececececeh!

Wednesday, February 05, 2014

Wednesday, February 05, 2014

Wanita Ini Mengait Baju Guna Rambut Sendiri!

Assalamualaikum!

Pn. Xiang sedang mengait topi untuk suaminya. (sumber : HAP/Quirky China News/REX)


Mereka mungkin kelihatan normal dan sama seperti pasangan lain, namun wanita ini bukan saja mempunyai bakat mengait baju sendiri tapi beliau mengaitnya dengan rambutnya sendiri!
Wednesday, February 05, 2014

Memotivasikan Kakak


Assalamualaikum!

Bila anak dah besar dan masuk alam persekolahan, ini adalah antara masalah-masalah yang akan dihadapi. Or maybe aku je yang hadapi benda ni sorang-sorang kot hehe. First two weeks was marvellous! Tiada apa yang dapat menghalang kakak dari berseronok di sekolah dan belajar benda baru. Tapi, the next day kakak semacam hilang semangatnya.....

What can i do?


Monday, February 03, 2014

Monday, February 03, 2014

Gelagat Mira


Assalamualaikum!


Suka sokmo orang KL arini ye, maklum cuti peristiwa sempena Hari Wilayah Persekutuan kan hehe. Tapi, kami yang keje kat Selangor ni lagi happy sebab jalan raya kosong umpama trek F1!Fiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!! hehehe.

Tapi, arini aku gi keje nek LRT je. Dan, betapa aman damainya kami rasakan bila berada dalam LRT tu dari stesen Damai hingga lah ke Taman Jaya. Para penghuninya semua bersopan santun sambil terkatup-katup mata dek kesedapan tidur dalam kesejukan eykond! hehe.

Miratora datang lagiiiiii!

Saturday, February 01, 2014

Saturday, February 01, 2014

Kisah Di Sebalik Hari Hijab Sedunia.


Assalamualaikum!

Hari ini bukan sahaja merupakan hari perayaan bagi yang menyambutnya. Hari ini bukan sekadar cuti peristiwa. Tetapi, hari ini merupakan hari besar bagi wanita berhijab di seluruh dunia. Tanggal 1 Februari setiap tahun merupakan Hari Hijab Sedunia yang disambut di seluruh dunia samada oleh wanita muslim atau wanita bukan muslim.




Pada tarikh inilah, wanita-wanita di seluruh dunia yang prihatin akan isu wanita berhijab tidak kira samada mereka muslim atau non-muslim akan bersama-sama melibatkan diri dalam kempen kesedaran yang diasaskan oleh saudari Nazma Khan ini.

Perkongsian ringkas pengalaman wanita-wanita non-muslim yang mengenakan hijab semepena World Hijab Day ada kenit kongsikan di {SINI}

Kita sering membaca dan mendengar tentang isu wanita berhijab yang sering dipandang serong oleh masyarakat terutama di Barat. Pelbagai bentuk diskriminasi dan tentangan yang terpaksa dihadapi oleh saudara seislam kita hanya kerana secebis kain yang melitupi kepala mereka.  Ada yang ditarik hijab mereka sehingga menampakkan aurat dan rambut mereka. Ada juga yang diludah hijabnya. Ada pula muslimah yang diserang dari belakang seperti seorang pengecut! Tidak kurang juga ditambah dengan kata nista dan caci makian yang dilemparkan. 

Namun begitu, cekalnya hati wanita-wanita muslimah ini mempertahankan maruah dan perintah Allah tanpa rungutan dan berputus asa. Oleh itu, sepatutnya kita bersyukur kerana kita tidak pernah menghadapi halangan yang sama di negara ini. Kebebasan mengenakan hijab malah berniqab tidak pernah dipandang hina apatah lagi diambil tindakan dan dikenakan denda seperti di luar negara. Namun begitu,wanita-wanita muslimah kita masih tidak mahu mengenakan hijab atas pelbagai alasan yang memperlihatkan diri mereka seolah-olah mereka sendirilah yang 'meludah' hijab itu.

Kisah Di Sebalik Hari Hijab Sedunia.

Kisah yang dikongsikan adalah pengalaman sebenar saudari Nazma Khan, pengasas www.worldhijabday.com & World Hijab Day. Semoga ia menjadi iktibar dan penguat semangat kita untuk terus mentaati perintah Allah dan menyampaikan mesej there is nothing wrong with women wearing hijab.


Berkat usaha saudari Nazma Khan ini, maka lahirlah World Hijab Day yang matlamatnya tidak lain tapi untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat di luar sana khususnya wanita dari pelbagai golongan dan kepercayaan bahawa hijab bukanlah suatu bentuk penindasan ke atas wanita, tapi ianya merupakan mesej kemuliaan dan penghargaan buat seorang wanita.

Untuk mencapai matlamat tersebut, semua wanita tak kira apapun kepercayaan mereka diseru untuk mengenakan hijab untuk sehari bagi merasai sendiri pengalaman menarik berhijab selain menilai pandangan masyarakat lain terhadap mereka. 

Amazingly! wanita dari pelbagai negara terutamanya negara bukan Islam telah menyahut positif program ini dan mereka turut sama mengenakan hijab untuk menyatakan sokongan mereka ke atas wanita muslimah yang berhijab. Pemakaian hijab bukanlah bermakna anda perlu menukar kepercayaan dan agama anda kepada Islam, tetapi sekadar merasai pengalaman berhijab itu sendiri kerana subhanallah! mereka (non-muslim) turut merasakan ketenangan dan mulia bila berhijab. Pengalaman mereka anda boleh dapati di laman web rasmi WorldHijabDay.

Tidakkah kita berasa malu tatkala bangsa lain yang agamanya bukan agama Islam seiring langkah menyokong pemakaian hijab tetapi kita disini masih ingkar dan bertegas mahu menunggu 'sampai seru' dan 'kerelaan dari hati sendiri'? Wallahi ketahuilah, MENUTUP AURAT itu suatu KEWAJIPAN bagi setiap muslimah dan kita wajib memuliakan perintahNya jika benar kita orang-orang yang beriman.

Peringatan dan muhasabah ini bukan sahaja untuk diri kenit tapi kepada semua wanita muslimah di luar sana. Jika kita telah berhijab, maka jagalah hijab kita jangan ditambah tokok dengan aksesori yang melampaui batas. Jangan dibuat bonggol di atas kepala. Dan jangan pula memakai hijab tetapi masih nampak dadanya, lengannya, bentuk leher dan sebagainya.

Dan, jika kita masih belum mengenakan hijab maka sebelum keluar dari rumah, tetapkanlah hari ini 1hb Februari sebagai tarikh permulaan untuk kita mengenakan hijab KERANA ALLAH! Semoga niat suci kita diredhai Allah, mana tahu Allah redha dengan perbuatan kita lalu kita akan terus berhijab sehingga ke akhir hayat. Wallahualam.

Better awareness. Greater undersandings. Peaceful World - Nazma Khan (WorldHijabDay)

Selamat Hari Hijab Sedunia saudaraku!


Thursday, January 30, 2014

Thursday, January 30, 2014

Tutorial Cara Menikmati Buah Limau


Assalamualaikum!

Haaaaa saje takde keje kan, tu yang timbul idea nak buat tuto ni hahaha. Nak makan pun kena ada tutorial ke? Opkossssss! especially buah limau. Macam kenit, peminat tegar buah limau kopek ada cara tersendiri menikmati buah limau kegemaran hehe. 

Buah limau ni sedap makan time musim perayaan je. Sebab tengok buah limau berlonggok-longgok dalam kotak tu kan, excited nak perabih sekotak! Tapi, tahun ni tak berkesempatan lagi nak membeli sekotak sebab dalam family, kenit sorang je yang 'hantu' limau yang lain tak berapa nak ber'hantu' sangat haha.

Ok la ok la. Jom kita mulakan tuto.....? (^_^)


Wednesday, January 29, 2014

Wednesday, January 29, 2014

Kek Bersaiz Manusia Sebenar!


Assalamualaikum!

Lara dan Jack berselfie (sumber : Lara Clarke)

Imaginasi kreatif yang ohsem! WOW!!!! Gambaran tepat yang harus diberikan kepada pembuat kek amatur dari Brownhills, Lara Clarke. Beliau telah menghasilkan kek figurin karakter Jack Sparrow dari filem The Pirates of The Carribean yang berukuran 5 kaki 5 inci dalam satu pertandingan Kek Antarabangsa (Cake International) di Birmingham.

Beliau turut memenangi hadiah utama dalam pertandingan tersebut.
Wednesday, January 29, 2014

Senandung Pagi Rabu

Assalamualaikum!

Pagi ni aku hantar kakak ke sekolah seperti biasa. Tiap kali hantar mesti aku akan escort dia masuk ke kawasan sekolah sampai kat tangga menuju ke kelas. Tapi, pagi tadi beg dia berat sangat! dan mintak aku bawakan sampai ke kelas. 

Masuk kelas kakak, tengok sume murid pakai baju P.J. Aikk? naper kakak sorang je yang pakai baju sekolah ni? 'Berapi' dah rasa hati ni, tapi kutahan jugak. Mujurlah aku suruh kakak simpan baju P.J tu malam tadi dalam begnya. Tu pun bertekak ngan dia jugak tu! Kita suruh bawak standby je dalam beg, dia kata tak pakai pun time P.J nanti. Helooooo.... ibu gi sekolah dulu ok!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.