Breaking

Tuesday, February 18, 2014

Tuesday, February 18, 2014

Yeo's Idamanku Selalu


Assalamualaikum!

Kehadiran Yeo's dalam hidup aku sejak dari kecil memang tak dapat dinafikan lagi. Pendek kata, aku membesar dengan minuman Yeo's. Tiap kali rasa haus, masuk kedai buka peti sejuk minuman yang akan aku capai adalah minuman Yeo's sebab rasanya bukan saja sedap tapi sangat melegakan tekak.

Dari zaman sekolah hinggalah ke alam pekerjaan, minuman Yeo's tetap menjadi idaman walau dimana aku berada. Malah, keluarga aku juga sudah 'sebati' dengan produk Yeo's. Jadi, memang tidak ada masalah untuk aku menerima Yeo's dalam hidup aku.

Ingin selami kenanganku bersama Yeo's? Jom ... aku kongsikan (^_^)




Minuman soya Yeo's memang menjadi pilihan aku sejak dari bangku sekolah lagi. Kelebihan yang ada pada air soya Yeo's bukan hanya kerana rasanya yang sedap tetapi kebaikan anti-oksidan dan kaya dengan kalsium itu yang lebih memikat hatiku. Sebagai pelajar sekolah, aku juga sukakan minuman soya Yeo's kerana ia kaya dengan sumber protein. Kalau lepas bersukan, air soya Yeo's akan menjadi pilihanku untuk mengembalikan tenaga dan menghilangkan dahaga. 

Minuman soya Yeo's juga sesuai diminum bila-bila masa dan dimana saja. Sambil duduk lepak bersama keluarga di restoran atau sedang menunggu tren, pasti air soya Yeo's ada menemaniku. Terasa kesegaran soya dalam setiap tegukan dan aku pasti nak lagi!





Minuman Yeo's memang sesuai sepanjang masa, termasuklah ketika di bulan Ramadhan. Aku takkan lepaskan peluang untuk menikmati air cincau Yeo's sebagai minuman berbuka puasa. Dan, pastinya kombinasi cincau Yeo's dan soya Yeo's cukup menambah kenikmatan dan kelazatan juadah berbuka puasa. Dan, bila tiba musim perayaan, air cincau dan soya Yeo's menjadi kesukaan tetamu yang berkunjung ke rumah. Hidangan lain dari yang lain menambah citarasa, senang disediakan dan melazatkan! Kalau ada air soya Yeo's dan air cincau Yeo's, memang tak pandang dah air lain.

Apakah kebaikan cincau? Banyak kebaikannya dan sudah tentulah dari sudut kesihatan, yang mana ia bertindak sebagai menurunkan suhu panas badan, melegakan perut dan mencegah gangguan sistem pencernaan. Ia mempunyai efek penyejuk dan rasanya yang kenyal dan seperti agar-agar mudah dinikmati oleh semua golongan dan peringkat umur.



Apa yang aku suka pasal Yeo's ni adalah kerana variasinya. Pelbagai pilihan di bawah satu jenama, dan Seri Kaya Yeo's adalah pilihan utama kalau makan dengan roti. Sapuan halus di atas roti sangat memikat mata. Rasanya yang lemak dan sederhana manis memikat selera dan keaslian serta rasanya yang tidak berubah menjadi idaman semua. Setiap pagi, mak akan sapukan roti dengan Seri Kaya Yeo's untuk aku bawa ke sekolah. Sarapan sihat seawal pagi sangat membantu aku menjadi seorang pelajar yang aktif dan sihat. Dan, ia bermula dengan sarapan pagi bersama Yeo's.


Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014
Jangan ketinggalan untuk sama-sama mengikuti Yeo's Malaysia melalui
Facebook,  Twitter,  Google+,  Instagram dan YouTube.


yeos-minicontest-300x250
Pengalaman bersama Yeo's memang sangat mengujakan. Pasti sahabat blogger bersetuju
bahawa produk Yeo's memberi lebih banyak pilihan dan kenikmatan. 
Moh kita sama-sama SHARE dan Google+ artikel ini sebagai tanda sokongan
kepada cara hidup yang sihat.

Tuesday, February 18, 2014

Jenis-jenis Lipas Yang Perlu Anda Ketahui.


Assalamualaikum!



Ada orang takut ular, ada orang takut pacat dan lintah. Tapi, takut pada lipas lebih hebat dan dahsyat penangannya! hehe. Serangga berkaki halus ini kerapkali menyebabkan kita tak senang buat kerja di dalam rumah terutamanya di dapur. Kita sembur dengan ridsect, kita bagi racun lipas, tapi keturunannya masih ada sehingga ke hari ini. Bagi sesetengah orang mereka lebih suka kalau lipas ni tak keluar dari sarang mereka kan hehe.

Sunday, February 16, 2014

Sunday, February 16, 2014

Tips Memilih Makanan Laut Segar.


Assalamualaikum!

sumber : google

Nak gi pasar dah ke? Sebelum nak gi, mai sini kenit kongsikan tips yang mungkin berguna untuk anda hehe. Nak memilih ikan, udang, kerang kat pasar juga memerlukan kekdah tertentu supaya ikan yang kita pilih bukan ikan busuk dan menjejaskan mood kita nak memasak untuk keluarga tersayang.

Perkara biasa yang akan kita buat dekat pasar atau kedai jual ikan. Picit-picit badan ikan tu, amik pastu bau hehehe. Bila banyak sangat picit, kena sound pulak ngan tuan punya kedai ....dah tak jadi nak beli hehe. Kalau kat pasar tu, lagi la tak boleh nak micit-micit ikan tu, takat tengok  mata, tengok badan, pura-pura pegang sekor tapi picit gak badan tu sikit-sikit nak tengok lembik ke idak muahahaha.

Friday, February 14, 2014

Friday, February 14, 2014

She's Improving!


Assamualaikum!

Senang hati ibu, lega rasanya melihat perkembangan positif anak sulung aku ni. Alhamdulillah segala usaha dan kekdah itu akhirnya membuahkan hasil. Kakak dah tak lagi meragam ke sekolah. Well, ade sekali dua je la kengkadang tu dia cakap sakit perut hehe tapi jangan dimarah dia. Amik ubat gamat sapu kat perut, ilangla sakitnya tu nanti.


Thursday, February 13, 2014

Thursday, February 13, 2014

Kisah Sebenar Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W


Assalamualaikum!

Ikuti penjelasan sebenar tentang kejadian yang sebenar-benarnya berlaku ketika saat terakhir kewafatan Nabi Muhammad s.a.w dan mengapa syiah menipu kita!







Wednesday, February 12, 2014

Wednesday, February 12, 2014

Sayang Kucing


Assalamualaikum!

Minggu lepas lepak kedai mamak sambil pekena roti canai. Penat meredah trafik gila yang setiap hari menyeksa zahir dan batinku. Tengah tunggu makanan, bebudak kenit ni melilau main di sekitarnya. Memang tak reti duduk diam! Lokasi digemari .... pondok telefon. 



Tuesday, February 11, 2014

Tuesday, February 11, 2014

Begini Rasanya Jadi Ibu.

Assalamualaikum!

Minggu lepas dia meragam takmo gi sekolah sampai ibu kena buat soal siasat untuk tahu sebab sebenar dia takmo gi sekolah. Akhirnya, dapat jugak ibu bongkarkan segala!

Bukan mudah untuk memujuk anak yang hilang semangat nak ke sekolah. Kalau yang jenis cakap sekali terus ikut itu ok la. Membesarkan budak-budak sekarang banyak cabaran dan dugannya. Juga banyak sungguh pertanyaannya! haha.Sampaikan kita parents ni tak tahu nak jawab macam mana dah.

Monday, February 10, 2014

Monday, February 10, 2014

13 Acara Ini Dikeluarkan Dari Sukan Olimpik!


Assalamualaikum!


Sebagai sebuah institusi global yang masih 'berdiri' teguh untuk lebih 120 tahun lamanya, Sukan Olimpik moden turut berevolusi sepertimana keadaan persekitarannya. Maka, tidak hairanlah banyak acara sukan yang datang dan pergi, dan pada tahun 2014, adalah sukar untuk membayangkan bagaimana sebahagiannya pernah mendapat tempat di dalam sukan di peringkat antarabangsa ini.

Sunday, February 09, 2014

Sunday, February 09, 2014

Aku Dah Terjebak!


Assalamualaikum!



Sedang berkira-kira sebenarnya, tapi hati ni teringin bebenor nak merasai pengalaman baru ni. Bila lagi aku mahu ke depan kalau bukan sekarang hehe.  Kelam kabut bila tengok status dari Denaihati ni malam tadi. Dah tak banyak tempat lagi!

Saturday, February 08, 2014

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.