Awesome Places
Wednesday, February 19, 2014
Destinasi Pelancongan Paling Disenangi Pelancong Muslim.
Assalamualaikum!
Pelancongan merupakan suatu sumber pelaburan yang banyak memberikan hasil dan impak positif kepada sesebuah negara. Pelbagai faktor perlu diambil kira bagi memastikan keselesaan pelancong terpelihara sepanjang mereka berada di dalam negara. Antara penilaian atau penanda aras yang menjadi kriteria penting sesebuah negara itu menjadi pilihan destinasi pelancong adalah :
- keprihatinan terhadap keperluan pelancong termasuk kemudahan mendapatkan restoran halal yang menepati piawaian dan standard syariah Islam.
- kemudahan surau/musolla untuk pelancong muslim mengerjakan solat di tempat-tempat awam seperti lapangan terbang, pusat membeli belah dan hotel.