Breaking

Tuesday, February 25, 2014

Tuesday, February 25, 2014

Sakit Mata Tengok Iklan Tu!

Assalamualaikum!

MEMANG aku perasan ada sesuatu yang tak kena dengan blog aku ni. Korang perasan tak? Mungkin jugak ia ada kat blog korang sebelum ni, tapi korang tak perasan kehadirannya. Tapi, memang itulah yang membuatkan dahi aku berkerut bila aku buka blog sendiri.

Ingatkan sekali dua je dia keluar, tapi banyak kali sangat ni takleh jadi! Terpaksa aku hantar ticket kat nuffie tanya kenapa ia terjadi sedangkan aku tak pernah approve mana-mana iklan berunsurkan sebegitu. 

Monday, February 24, 2014

Monday, February 24, 2014

EDISI KHAS MUSIM KEMARAU


Assalamualaikum!



MENGAPA ADA ORANG YANG DISUKAI NYAMUK DAN ADA YANG TIDAK?

Musim kemarau datang lagi! Dah hampir sebulan kot kita mengalami musim kering. Dalam sebulan ni, hanya sekali dua je KL hujan. Di tempat lain, langsung takda hujan! Dan, pagi tadi kenit dengar kat radio, musim kemarau ini dijangka akan berlanjutan sehingga bulan April. Harapnya jangan la sampai kena angkut baldi turun naik tangga untuk tadah air nanti ye huhu.




Anatomi seekor nyamuk.

Sunday, February 23, 2014

Sunday, February 23, 2014

Funny Signs!!


Assalamualaikum!~

Most of the sign board are made for safety & awareness purposes. But, some of them are made just to make you smile..or laugh if you think it's funny! LOL. From restaurants, road signs to private properties these sign boards are one of the kind! Funny kind LOL.

Check this out yo!



Friday, February 21, 2014

Friday, February 21, 2014

Penggembala Jujur Terima Ganjaran


Assalamualaikum!

Beliau diuji keimanannya dan beliau lulus dengan cemerlang! Sungguh beruntung orang-orang yang takut dengan Allah s.w.t kerana mengetahui Dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui tentang apa yang dikerjakan hambaNya.


Yusuf Zain Ahmed

Thursday, February 20, 2014

Thursday, February 20, 2014

Karangan Pertama Kakak


Assalamualaikum!

Kelmarin dia kena marah ngan aku. Sampai bengkak-bengkak mata menangis. Kesian pulak nengoknye, tapi sayang tetap sayang, kalau buat salah mesti kena betulkan. Apa cara sekalipun, kita nak anak kita jadi lebih dari kita dulu. Kalaula ada butang 'Add' atau 'Delete' kat mana-mana bahagian tubuh badan kita ni yang boleh kita tekan pastu segala perangai buruk kita takkan dapat kat anak kita. Dan, segala perangai baik kita, kita boleh masukkan dalam badan dia .... boleh ke camtu?

Wednesday, February 19, 2014

Wednesday, February 19, 2014

Destinasi Pelancongan Paling Disenangi Pelancong Muslim.


Assalamualaikum!

Pelancongan merupakan suatu sumber pelaburan yang banyak memberikan hasil dan impak positif kepada sesebuah negara. Pelbagai faktor perlu diambil kira bagi memastikan keselesaan pelancong terpelihara sepanjang mereka berada di dalam negara. Antara penilaian atau penanda aras yang menjadi kriteria penting sesebuah negara itu menjadi pilihan destinasi pelancong adalah :

  • keprihatinan terhadap keperluan pelancong termasuk kemudahan mendapatkan restoran halal yang menepati piawaian dan standard syariah Islam.
  • kemudahan surau/musolla untuk pelancong muslim mengerjakan solat di tempat-tempat awam seperti lapangan terbang, pusat membeli belah dan hotel.

Tuesday, February 18, 2014

Tuesday, February 18, 2014

Yeo's Idamanku Selalu


Assalamualaikum!

Kehadiran Yeo's dalam hidup aku sejak dari kecil memang tak dapat dinafikan lagi. Pendek kata, aku membesar dengan minuman Yeo's. Tiap kali rasa haus, masuk kedai buka peti sejuk minuman yang akan aku capai adalah minuman Yeo's sebab rasanya bukan saja sedap tapi sangat melegakan tekak.

Dari zaman sekolah hinggalah ke alam pekerjaan, minuman Yeo's tetap menjadi idaman walau dimana aku berada. Malah, keluarga aku juga sudah 'sebati' dengan produk Yeo's. Jadi, memang tidak ada masalah untuk aku menerima Yeo's dalam hidup aku.

Ingin selami kenanganku bersama Yeo's? Jom ... aku kongsikan (^_^)




Minuman soya Yeo's memang menjadi pilihan aku sejak dari bangku sekolah lagi. Kelebihan yang ada pada air soya Yeo's bukan hanya kerana rasanya yang sedap tetapi kebaikan anti-oksidan dan kaya dengan kalsium itu yang lebih memikat hatiku. Sebagai pelajar sekolah, aku juga sukakan minuman soya Yeo's kerana ia kaya dengan sumber protein. Kalau lepas bersukan, air soya Yeo's akan menjadi pilihanku untuk mengembalikan tenaga dan menghilangkan dahaga. 

Minuman soya Yeo's juga sesuai diminum bila-bila masa dan dimana saja. Sambil duduk lepak bersama keluarga di restoran atau sedang menunggu tren, pasti air soya Yeo's ada menemaniku. Terasa kesegaran soya dalam setiap tegukan dan aku pasti nak lagi!





Minuman Yeo's memang sesuai sepanjang masa, termasuklah ketika di bulan Ramadhan. Aku takkan lepaskan peluang untuk menikmati air cincau Yeo's sebagai minuman berbuka puasa. Dan, pastinya kombinasi cincau Yeo's dan soya Yeo's cukup menambah kenikmatan dan kelazatan juadah berbuka puasa. Dan, bila tiba musim perayaan, air cincau dan soya Yeo's menjadi kesukaan tetamu yang berkunjung ke rumah. Hidangan lain dari yang lain menambah citarasa, senang disediakan dan melazatkan! Kalau ada air soya Yeo's dan air cincau Yeo's, memang tak pandang dah air lain.

Apakah kebaikan cincau? Banyak kebaikannya dan sudah tentulah dari sudut kesihatan, yang mana ia bertindak sebagai menurunkan suhu panas badan, melegakan perut dan mencegah gangguan sistem pencernaan. Ia mempunyai efek penyejuk dan rasanya yang kenyal dan seperti agar-agar mudah dinikmati oleh semua golongan dan peringkat umur.



Apa yang aku suka pasal Yeo's ni adalah kerana variasinya. Pelbagai pilihan di bawah satu jenama, dan Seri Kaya Yeo's adalah pilihan utama kalau makan dengan roti. Sapuan halus di atas roti sangat memikat mata. Rasanya yang lemak dan sederhana manis memikat selera dan keaslian serta rasanya yang tidak berubah menjadi idaman semua. Setiap pagi, mak akan sapukan roti dengan Seri Kaya Yeo's untuk aku bawa ke sekolah. Sarapan sihat seawal pagi sangat membantu aku menjadi seorang pelajar yang aktif dan sihat. Dan, ia bermula dengan sarapan pagi bersama Yeo's.


Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014
Jangan ketinggalan untuk sama-sama mengikuti Yeo's Malaysia melalui
Facebook,  Twitter,  Google+,  Instagram dan YouTube.


yeos-minicontest-300x250
Pengalaman bersama Yeo's memang sangat mengujakan. Pasti sahabat blogger bersetuju
bahawa produk Yeo's memberi lebih banyak pilihan dan kenikmatan. 
Moh kita sama-sama SHARE dan Google+ artikel ini sebagai tanda sokongan
kepada cara hidup yang sihat.

Tuesday, February 18, 2014

Jenis-jenis Lipas Yang Perlu Anda Ketahui.


Assalamualaikum!



Ada orang takut ular, ada orang takut pacat dan lintah. Tapi, takut pada lipas lebih hebat dan dahsyat penangannya! hehe. Serangga berkaki halus ini kerapkali menyebabkan kita tak senang buat kerja di dalam rumah terutamanya di dapur. Kita sembur dengan ridsect, kita bagi racun lipas, tapi keturunannya masih ada sehingga ke hari ini. Bagi sesetengah orang mereka lebih suka kalau lipas ni tak keluar dari sarang mereka kan hehe.

Sunday, February 16, 2014

Sunday, February 16, 2014

Tips Memilih Makanan Laut Segar.


Assalamualaikum!

sumber : google

Nak gi pasar dah ke? Sebelum nak gi, mai sini kenit kongsikan tips yang mungkin berguna untuk anda hehe. Nak memilih ikan, udang, kerang kat pasar juga memerlukan kekdah tertentu supaya ikan yang kita pilih bukan ikan busuk dan menjejaskan mood kita nak memasak untuk keluarga tersayang.

Perkara biasa yang akan kita buat dekat pasar atau kedai jual ikan. Picit-picit badan ikan tu, amik pastu bau hehehe. Bila banyak sangat picit, kena sound pulak ngan tuan punya kedai ....dah tak jadi nak beli hehe. Kalau kat pasar tu, lagi la tak boleh nak micit-micit ikan tu, takat tengok  mata, tengok badan, pura-pura pegang sekor tapi picit gak badan tu sikit-sikit nak tengok lembik ke idak muahahaha.

Friday, February 14, 2014

Friday, February 14, 2014

She's Improving!


Assamualaikum!

Senang hati ibu, lega rasanya melihat perkembangan positif anak sulung aku ni. Alhamdulillah segala usaha dan kekdah itu akhirnya membuahkan hasil. Kakak dah tak lagi meragam ke sekolah. Well, ade sekali dua je la kengkadang tu dia cakap sakit perut hehe tapi jangan dimarah dia. Amik ubat gamat sapu kat perut, ilangla sakitnya tu nanti.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.