Little Scientists
Thursday, May 08, 2014
Seronok Belajar Bersama Little Scientists!
Assalamualaikum!
Hari Sabtu lepas, aku berpeluang membawa anak-anak daraku, Wani & Mira untuk merasai sendiri pengalaman bereksperimen selama 2 jam dalam satu worksyop bersama parenting bloggers iaitu Little Scientists di Putrajaya.
Niat memula nak guna aje Waze, tapi hari tu entah macam mana tetiba aku jadi terer pulak mencari jalan ke Precint 16 tu hahaha.
"bu...bu pernah pergi sini ke dulu?"
"tak...ni 1st time la ni"
"terernye ibu ... kita tak sesattttt!"
Fuh! kembang kempis hidung aku bila anak puji begitu haha. Tapi, kantoi gak la pasal selama ni aku asyik sesat je nak cari jalan kan!