Breaking

Tuesday, June 03, 2014

Tuesday, June 03, 2014

PITYRIASIS ROSEA



Assalamualaikum!

Rabu lepas aku bawa kakak berjumpa doktor di klinik kerajaan untuk mengetahui apa yang menyebabkan kondisi kulit kakak berubah menjadi ruam yang 'luar biasa'. 

Mau tak risau! sampaikan aku offer doktor untuk amik darah kakak dan buat ujian lebih terperinci agar rawatan awal dapat diberikan sekiranya ianya penyakit serius! 

Bila kali pertama doktor tu sebut nama penyakit kulit tu, terbelit jugak lidah ni nak menyebutnya hehe. Yang aku dengar hujung-hujungnya ..... Rose?? Rosie?? muehehehe.

Harap nama je lawa macam bunga rose, tapi rupanya penyakit kulit!

Tapi, mujurlah doktor muda tu pandai menenangkan hati seorang ibu huhu. Dia cakap aku tak perlu risau, kerana apa yang kakak hadapi sekarang adalah penyakit kulit yang biasa menyerang dan ia tidak merbahaya. 

Dan, semestinya aku membuat rujukan tentang penyakit kulit ni, PITYRIASIS ROSEA.


sumber : google

Kondisi kulit kakak tak seteruk ni ok. Ni kulit mat saleh mana ntah aku pinjam kejap buat contoh hehehe. Ngeri kan??? tapi ianya tak seteruk yang korang sangka, cuma gatalnya boleh tahan teruk la hehehe.
Tuesday, June 03, 2014

Lepas 30 Hari ....


Assalamualaikum!

Akhirnya, penyelesaian kepada masalah telah dapat diatasi! Sudah tiba masanya ibu mengajar kakak erti kehidupan sebenar, yang hidup ini tak selalunya mewah bila berbelanja!

Dannnn ibu nak kakak melihat sendiri keindahan berjimat dan menabung sejak kecil, mana tahu nanti boleh beli cincin doplohpatjuta ke (haipp! haipp!) kuikuikui~



Monday, June 02, 2014

Monday, June 02, 2014

Menu Lunch - Nasi Padang


Assalamualaikum!

Lama dah rasa tak mengomel pasal makanan kan hehe. Tunggu la, bulan puasa nanti insyaAllah berlambak entri pasal makanan kat blog ni hehe. Kalau tak citer pasal memasak, pasti cerita pasal apa juadah yang dibeli di bazar tu nanti.

Hari ni, aku gi keje naik putra je. Pak Jelan cuti 2 minggu sepanjang cuti sekolah ni, tapi tak sampai hati nak suruh dia hantar dan amik aku di pejabat setiap hari. Bagi chan la bebudak tu bangun lewat sikit cuti-cuti ni, atau sebenarnya nak bagi chan kat bapak budak ni bangun lambat?? hehe. 

Monday, June 02, 2014

Projek Doodle Kakak Yang Pertama!


Assalamualaikum!

Haaa kan aku dah kata, anak aku ni jenis tak reti duk diam. Kalau time demam, tapi masih boleh bergerak bermain, tu maknanya dia boleh tahan sakit la tu.

Tapi, kalau dia diam terbaring tak bergerak tu maknanya dia memang tak boleh 'handle' sakit dia. Ada sekali tu, kakak demam agak teruk gak la, melepek terus atas tilam tak larat nak bangun. Time tu memang aku cukup susah hati! 

Aku lebih suka kalau dia demam, tapi still boleh bergerak bermain dan boleh buat sesuatu huhu.

Saturday, May 31, 2014

Saturday, May 31, 2014

Sakit Apa Ni Doktor?


Assalamualaikum!

Kesian kakak, macam-macam benda dia dah lalui sepanjang setengah tahun ni. Memula eksiden kat taska, sekarang yang ni pulak. 

Ada orang diuji dengan musibah, ada orang diuji dengan penyakit dan ada orang diuji dengan kematian orang tersayang.

Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan takziah kepada rakan blogger Mak Dara sekeluarga di atas pemergian allahyarham suaminya, arwah Martias Ali kelmarin. Mengikut info yang aku dapat, arwah meninggal dunia disebabkan oleh kanser darah stage 4, semoga Mak Dara dan keluarga tabah menerima ujian ini.

Semuanya bermula 2 minggu lepas bila aku perasan badan kakak macam ada kesan lepuh-lepuh yang naik di bahagian badan depan dan belakang. Memula aku ingat kakak kena chicken pox kali kedua, tapi bentuk ruam kali ni memang berbeza, dan aku syak ini bukan chicken pox


Friday, May 30, 2014

Friday, May 30, 2014

Asas Wanita - Haidh & Istihadah


Assalamualaikum!


Permasalahan haidh dan istihadah bagi kaum wanita sering menimbulkan rasa was-was terutama bilakah sepatutnya kita perlu mandi wajib dan mula menjalani ibadah solat dan puasa.

Tambahan pula, ada yang kitaran haidhnya tidak teratur dan ini menimbulkan keraguan samada darah yang keluar itu adalah darah haidh atau istihadah.

Di sini, aku kongsikan nota dari seorang sahabat yang diperolehinya melalui perbualannya dengan Ustaz Khairul Nizam.


sumber : google

Thursday, May 29, 2014

Thursday, May 29, 2014

Sukaneka Sekolah Mira


Assalamualaikum!

Tahun ni lain sikit berbanding tahun lepas, sebab tahun lepas kakak & adik bersukan sekali, tapi tahun ni hanya adik yang bersukan hehe. Pun begitu, semangat dan keyakinan dia tetap tinggi seperti dulu. 

Thursday, May 29, 2014

Nuffnang Blogbuster - Oral B Supernova 3 Approved!


Assalamualaikum!

Tak mahu terlalu mengharap dan tak mahu rasa gembira over-excited sangat, tapi .... yessssssss! aku teruja sangat sangat sangat sangat dah ni tau! hahaha.




Alhamdulillah, segala penat lelah shooting bersama 'krew' dan editing video untuk kali kedua, akhirnya video aku telah diluluskan oleh Nuffnang! 

Hou yeaaaaa!!





Haaaaa kalau korang nak tengok acaner Pak Jelan & aku melakonkan watak, kelakar ke tak, poyo ke tak, menjadi ke tak, keras kaku macam tiang ke tak maka bolehlah tengok mulai hari ini 17hb Mei sehingga 29 Mei 2014 (^_^)







Tajuk Video : ReThink your mouth - 1
Director : Aku
Pelakon : Aku & Pak Jelan
Camerawoman : Kakak
Assisstant Director : Adik

Hahahahaha anak beranak aku angkut sekali join blogbuster campaign ni. Tak sia-sia jadi krew amatur ekekekeke :D

Korang tunggu je kat iklan kat sidebar tu sampai video kami keluar, dan tengoklah lakonan tak seberapa dari kami ni hehe. Tengok sampai habis tau! (^_^)

Harap korang suka jugak la yek. Or at least, boleh buat korang tersenyum atau tergelak tengok kami berlakon hehe.

#pray4MH370


Wednesday, May 28, 2014

Wednesday, May 28, 2014

Menang Kontes Cabaran Komen Terbanyak Denaihati


Assalamualaikum!

Sebenarnya, lama dah aku nak buat satu entri khas penghargaan di atas hadiah-hadiah yang telah mereka berikan sepanjang aku menyertai kontes-kontes anjuran Denaihati Network.




Setakat ini dah 4 kontes yang aku join di bawah kelolaan Denaihati.com. Dan, alhamdulillah rezeki aku memang sentiasa ada dengan mereka hehe.
Wednesday, May 28, 2014

ISU CADBURY : APA KATA USTAZ MENGENAI 'BERSIH DARAH' & SAMAK/SERTU MULUT?


Assalamualaikum!

Banyak betul isu-isu panas yang menjadi perbualan hangat di media-media sosial sekarang ni. Ni baru setengah tahun punya cerita, belum cukup setahun lagi hehe. 

Baru je minggu lepas, kita dihangatkan dengan isu dua ekor beruang panda yang menjadi perhatian banyak pihak termasuklah di ruangan media sosial. Sampaikan aku pun turut berkongsi 'kemeriahannya' di SINI hehehe.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.