Breaking

Friday, June 06, 2014

Friday, June 06, 2014

Kempen Amal Seceria Air Tangan Ibu Bersama Planta



Assalamualaikum!

Pada 4hb Jun yang lepas, Anim bersama anak-anak dan Pak Jelan menghabiskan masa bersama di majlis pelancaran kempen amal Seceria Air Tangan Ibu yang dibawakan khas oleh Planta, bertempat di The Saddle Coffee House, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Jalan Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Sebelum tu, Anim ingin berterima kasih kepada Kak Roshidayu yang sudi memberikan Anim peluang untuk bersama dalam majlis pelancaran yang serba meriah dan penuh bermakna. Terima kasih kak! (^_^)





Jenama Planta sudah sebati dalam masyarakat Malaysia yang kaya dengan makanan dan kuih muih tradisional. Kini, Planta bukan sekadar suatu jenama hebat dalam bidang masakan, tetapi peranannya dalam sumbangan komuniti dan kebajikan telah diperluaskan lagi dengan tercetusnya idea kempen amal ini.

Dan, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini Planta tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama membuat amal kebajikan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Semestinya, usaha murni Planta ini dipandang serius oleh semua pihak dan sama-sama berganding bahu menjayakannya.





Majlis pagi itu diserikan lagi dengan kehadiran Serina O'Luanaigh, seorang aktres yang tidak asing lagi sebagai pengacara. Sesungguhnya, kepetahan beliau mengacarakan majlis tersebut turut menceriakan suasana dan tetamu yang hadir.




Majlis pelancaran kempen amal ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Unilever Malaysia & Singapore, En. Rakesh Mohan. Dalam ucapannya beliau turut menekankan bahawa masakan dari air tangan seorang ibu mampu membangkitkan perasaan kasih sayang dalam diri anak-anak.

"Planta sudah lama menjadi kegemaran kaum ibu dan anak-anaknya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kaum ibu hari ini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan biksut yang ceria dan berwarna warni. Anak-anak pasti menggemarinya. Lagipun, tiada apa yang dapat menandingi kualiti masakan air tangan ibu yang dibuat dengan penuh kasih sayang"

Maka,  untuk kempen amal Seceria Air Tangan Ibu ini Planta ingin bekerjasama dengan kaum ibu khususnya untuk menghasilkan 50,000 keping biskut buatan air tangan sendiri untuk diedarkan kepada rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia.




Seterusnya, pada majlis pelancaran tersebut turut dijemput untuk memeriahkan suasana ialah dua aktres popular yang juga merupakan ibu, iaitu Sharifah Shahirah & Sheila Rosly serta dua orang usahawanita berjaya yang sudi berkongsi pengalaman serta cerita-cerita lucu zaman kanak-kanak masing-masing.






Bagi anda yang berkesempatan menonton teaser segmen Seceria Air Tangan Ibu di kaca tv, pastinya anda akan teruja menyaksikan Sharifah Shahirah sebagai hos utama dan bakal mengongsikan resepi biskut yang mudah, sedap dan berwarna warni sempena Syawal ini.

Rancangan ini akan mula ditayangkan pada 11hb Jun 2014 selama tujuh minggu, menerusi segmen Wanita Hari Ini di TV3.

Dalam segmen ini, Sharifah Shahirah akan turut bersama ahli keluarga beliau, bersama-sama menyiapkan juadah biskut raya serta berkongsi cerita-cerita lucu yang pastinya membuatkan anda tersenyum di depan kaca tv.






Pada majlis pelancaran kempen Seceria Air Tangan Ibu ini juga, Sharifah Shahirah bersama Chef Rose Weiss turut menunjukkan dan mengajar kami membuat biskut Red Velvet sebagai menyahut cabaran sasaran menghasilkan 50,000 keping biskut.

Semestinya, pengalaman baru ini menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga. Anak-anak juga turut seronok dengan aktiviti membuat biskut raya ini.









Menerusi Beramal Bersama Planta, ibu-ibu boleh menghasilkan biskut dengan Planta buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut berkenaan ke pasar raya Mydin dan Giant terpilih mulai 16hb sehingga 20 Julai 2014. Seterusnya, Planta akan menyalurkan sumbangan biskut tersebut ke rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia.

Orang ramai juga boleh turut serta untuk menyumbangkan dan Beramal Bersama Planta apabila mereka membeli Planta dan menghasilkan biksut di pameran bergerak yang disediakan di Mydin dan Giant terpilih. 

Maklumat lanjut mengenai lokasi pasar raya Mydin dan Giant yang terpilih dan cara-cara menyertai boleh didapati di saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta.

Anda juga boleh mendapatkan resepi-resepi biskut dan kuih raya yang menarik untuk dijadikan juadah raya Syawal ini di saluran Youtube Planta.

Justeru, marilah kita bersama-sama berganding bahu menjayakan kempen amal Seceria Air Tangan Ibu bersama Planta ini dengan menghasilkan sasaran 50,000 keping biskut raya dalam tempoh yang ditetapkan.





Di kesempatan ini juga, Anim ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran kempen amal Seceria Air Tangan Ibu ini, juga kepada Planta yang sudi menerima kehadiran kami sekeluarga.

Tak lupa juga, terima kasih kepada Planta dan The Saddle Coffee House yang sudi menjamu kami dengan hidangan sarapan dan hidangan tengah hari yang cukup lazat pada hari tersebut. 

Layanan yang diberikan amat memuaskan.





Semoga kempen murni ini dapat menceriakan Syawal anak-anak yatim dan merasai kebahagian serta kelazatan masakan dari air tangan seorang ibu.



Thursday, June 05, 2014

Thursday, June 05, 2014

Menu Brunch - Nasi Lemak Sambal Paru


Assalamualaikum!

Haaaaa inilah natijahnya kalau makanan breakfast dibawa makan time lunch hehe. Serius, memang sejak aku consume Ephyra (dah masuk kotak ke-2) ni, aku memang cepat kenyang! Selalu macam ni! :D

Biasanya, aku pasti akan tapau nasi lemak atau mihun goreng atau kueytiow goreng kat warung Pak Ayob untuk breakfast. Kadang-kadang aku makan kat sana je, tapi sejak aku amalkan minum Ephyra setiap pagi, aku nekad nak minum Ephyra dulu, pastu baru leh makan benda lain.


Thursday, June 05, 2014

Bila Mak Budak Jadi Budak!


Assalamualaikum!

Cuti-cuti sekolah gini, tersangatlah boring kalau takda aktiviti nak dibuat kan. Maka, sebagai ibu kepada anak-anak yang hyperakif macam kakak & adik ni, aku kena fikirkan sesuatu untuk mengisi masa lapang mereka. 

Asyik tengok citer Frozen tu, naik jenuh aku dah! Ada lapanploh kali aku rasa diaorg dok ulang tengok citer tu, sampaikan dah boleh hafal dialog dan lagu segala! Kadang-kadang tu aku perlikan jugak lagu Frozen kemain lagi korang hafal, doa pas amik wudhu' bila nak hafal? Huh!

So, puas dah aku mikiorkan kekdah nak bagi diaorg berasa seronok dan tak boring menghadap gajet sepanjang hari, maka aku bawa diaorg gi kedai Meei Mei dan beli ini .....

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.