Yeo's Malaysia
Wednesday, June 11, 2014
Wednesday, June 11, 2014
Tuesday, June 10, 2014
Resepi Kenit
Tuesday, June 10, 2014
Yang Paling Simple & Paling Sedap!
Assalamualaikum!
Memang tak sampai hati nak tolak kalau anak-anak request kita masakkan makanan kegemaran mereka. Walau macam mana sedap pun makanan kat kedai-kedai di luar tu, mereka mesti akan cari makanan dari air tangan ibu jugak kan!
Kakak tahu kalau ibunya tak berapa mahir di dapur. Tapi, entah kenapa mungkin tekaknya memang boleh masuk kalau aku yang masak kot hehe. Nak kata sedap, idak la tapi kalau kena ngan tekak dia memang dia akan cakap sedap!
"buuu...hari ni boleh tak masakkan kakak kuey tiow goreng yang ibu masak dulu tu? sedap la buuuu"
Monday, June 09, 2014
Simplot Award
Monday, June 09, 2014
Simplot Award's Contest – Malaysia’s Best Home Chef
Assalamualaikum!
So, baru-baru ini Simplot telah mengadakan satu bengkel memasak menggunakan hashbrown bersama chef terkenal tanahair iaitu, Chef Florence Tan.
Apa?? Hash brown??
Yesszaaa! biasanya, hash brown ni makanan orang Barat terutamanya sewaktu breakfast. Kini, kita pun boleh memasak menggunakan hash brown tau! (^_^)
Pengurus Simplot bahagian Commercial Marketing & Asia Tenggara , Ong E- Laine |
Di bengkel memasak ini juga, beliau turut berkongsi resepi hashbrown beliau yang popular, iaitu mi rebus dan karipap - made with an added Malaysian twist!
Dan, yang ni pula antara hasil resepi yang dikongsikan oleh rakan blogger yang menyertai bengkel memasak bersama Simplot :
Simplot Hashbrown potato and vegetable cutlet |
Simplot Popcorn Hashbrown sweet and sour chicken |
Simplot Popcorn Hashbrown with Bolognaise Sauce |
Simplot Potato Curry Puff |
Menarik bukan!
Kreatif sungguh mereka ni memasak menggunakan produk Simplot.
Anda juga boleh menunjukkan kreativiti dan skill memasak anda dengan menyertai pertandingan Simplot Award - Malaysia's Best Home Chef jugak tau!
Macam mana caranya?
Sesiapa sahaja boleh menyertainya dengan hanya menghasilkan resepi sendiri menggunakan produk Simpot Hashbrown. Foto resepi dan masakan kemudian, boleh diupload di Instagram dan letakkan caption dan hashtag #SimplotAward.
- 20 resepi terbaik akan disenaraipendekkan dan bakal menerima voucher bernilai RM200 dari TESCO bersama dengan goodie bag dari Simplot Malaysia Sdn Bhd. Dari senaraipendek itu, Simplot akan memilih top 8 finalis untuk bertanding dalam acara akhir pada 19hb Jun.
- Orang ramai juga boleh mencalonkan ahli keluarga, rakan atau mana-mana food bloggers untuk pertandingan ini. Sekiranya, calon yang dipilih tersenarai dalam top 8 finalis, mereka juga akan memenangi voucher bernilai RM200 dari TESCO bersama dengan goodie bag dari Simplot Malaysia Sdn Bhd bernilai RM100! Jika calon mereka berjaya memenangi Simplot Award - Malaysia's Best Home Chef, mereka juga akan membawa pulang hadiah perkakas dapur!
Hadiah-hadiah yang bakal menjadi rebutan termasuk :
Juara:
RM5000 tunai, set perkakas dapur dan goodie bag dari Simplot.
Runner-up :
RM3000 tunai, set perkakas dapur dan goodie bag dari Simplot.
3rd Place :
RM2000 tunai, set perkakas dapur dan goodie bag dari Simplot.
Hadiah saguhati :
set perkakas dapur dan goodie bag dari Simplot untuk setiap seorang.
Wow! menarik bukan!
So, pada anda tak kira ibu-ibu atau bapa-bapa yang pandai memasak, dan pandai merekacipta resepi baru setiap hari, Inilah masanya untuk anda menyerlah!
Mana tahu, anda antara yang bertuah memenangi hadiah menarik dan hebat dari Simplot Award. Jom sertai sekarang, kerana tarikh tutup penyertaan Simplot's Award ini ialah pada 14 Jun 2014!!
Masih ada masa untuk rekacipta resepi lagi ni!! hehe.
Untuk maklumat lanjut mengenai kontes ini, anda boleh melawati :
Facebook Simplot : www.facebook.com/SimplotAward
Instagram : @SimplotMY
Jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk anda menyerlah sebagai chef terbaik bersama produk Simplot! (^_^)
Parenting & Tips
Monday, June 09, 2014
BerMonopoly Dengan Ayah!
Assalamualaikum!
Seperti yang dijanjikan oleh ibunya, kalau kakak dapat top 5 dalam peperiksaan maka ibu akan bagi hadiah. Apa kakak nak, ibu belikan. Maka, menujulah kami anak beranak ke kedai Meei Mei (kedai Meei Mei lagi!!) hehehe.
Situ je la pun ada barang mainan murah-murah sikit dan mampu milik ekekeke.
Food Review Event
Monday, June 09, 2014
BUFFET RAMADHAN DI BANGI GOLF RESORT
Assalamualaikum!
Sabtu lepas, Anim bersama keluarga dan akan blogger lain telah berkesempatan membuat food review sambil menikmati kelazatan dan keaslian juadah berbuka puasa di Restoran Bangi Golf Resort bertempat di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Senang je nak cari Bangi Golf Resort ni. Kalau dari arah KL terus amik jalan ke Lebuhraya PLUS menuju ke Selatan, masuk kat Exit Kajang pastu korang dah boleh jumpa papan tanda ke Bangi Golf Resort.
Paling nak senang hidup, gunakan aje Waze tu hehehe.
Paling nak senang hidup, gunakan aje Waze tu hehehe.
Harga yang ditawarkan? Cuma RM50 untuk orang dewasa & RM25 untuk kanak-kanak. Menarik bukan! Dan bukan itu saja, hidangan buffet ramadhan di sini juga menawarkan pelbagai jenis makanan popular tempatan, barat dan Cina.
Dengan lebih 200 jenis hidangan yang menarik dan semestinya lazat, para pengunjung pastinya akan merasa puas menikmati sajian hebat dan asli dari Restoran Bangi Golf Resort ini.
Dengan lebih 200 jenis hidangan yang menarik dan semestinya lazat, para pengunjung pastinya akan merasa puas menikmati sajian hebat dan asli dari Restoran Bangi Golf Resort ini.
Antara hidangan istimewa yang bakal dihidangkan kepada pengunjung sempena Buffet Ramadhan :
Turut tidak ketinggalan kuih muih tradisional Melayu dan kek serta manisan yang pasti membangkitkan selera.
Antara signature dish di Restoran Bangi Golf Resort ini, menyediakan kambing panggang yang memang menjadi daya tarikan utama pengunjung ke sini.
Daging kambing lembut dilimpahi dengan black pepper sauce yang hebat! Even, anak Anim yang sulung pun cakap kambing panggang di sini sedap! Dan, yang pelik lagi ini merupakan kali pertama dia merasai daging kambing!
Marveles!!
Antara makanan yang menarik perhatian ramai orang malam tu, ialah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma! Demi menjaga keaslian dan aromanya, ia hanya disediakan sendiri oleh chef.
Jangan risau, memang senang je tengok chef ni buat. Anim berpeluang merasai kedua-dua hidangan pembuka selera ala Western ini dan tidak ragu lagi ianya sedap! (^_^)
Untuk makluman semua, Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma ini merupakan satu-satunya hidangan di Malaysia dan hanya terdapat di Restoran Bangi Golf Resort!
So, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya!
Satu lagi daya penarik yang terdapat di Restoran Bangi Golf Resort ini ialah, pengunjung dapat menyaksikan sendiri para chef kita menunjukkan kemahiran masing-masing memasak dan menyediakan makanan.
Pastinya, ini dapat menjamin kesegaran dan aroma makanan itu sendiri.
Oh ya, jangan tak tahu Bangi Golf Resort juga menerima tempahan perkahwinan, makan malam, seminar dan majlis keraian juga.
Selain variasi makanan yang menarik hati, Restoran Bangi Golf Resort juga sangat menekankan keselesaan pengunjungnya. Ruang solat yang selesa, tandas yang bersih dan dewan makan yang santai serta menceriakan suasana pasti menambah keriangan menyambut Ramadhan nanti.
Lagi satu, anda tak perlu risau dengan masalah parkir, kerana Restoran Bangi Golf Resort telah menyediakan lebih 500 ruang parkir menjelang Ramadhan nanti.
Marveles!!
Alhamdulillah, Anim dan keluarga serta rakan-rakan sangat berpuas hati dengan makanan yang ada di sini. InsyaAllah tentunya kami akan kembali ke sini Ramadhan nanti.
So, jika anda masih tercari-cari tempat berbuka puasa yang sesuai untuk anda seisi keluarga, maka jangan ragu lagi jangan mencari lagi. Semuanya ada sini di Bangi Golf Resort!
Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi terus:
Luliy Shalwani
( 016 267 8284 )
atau
Siti Zawiah
( 017 316 9316 )
atau
+[60] 03 – 8925 3728
Alamat :
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650
Malaysia.
GPS Coordinates :
2.95716N, 101.76518E
Website/Facebook/Email :
bgb.bangigolf@gmail.com
Waktu operasi :
6.30 am - 9.30pm Daily
Friday, June 06, 2014
Makanan
Friday, June 06, 2014
Resepi Baru : Kari Kepala Ikan Bersama Mata Kail!
Pasal Blog
Friday, June 06, 2014
Cashout Nuffnang - Yabedabeduuuu!
Assalamualaikum!
Alhamdulillah dapat jugak aku cashout dari tabung Nuffnang buat kali kedua hehehe.
Dan, ini kali pertama aku dapat lebih sedikit dari cashout yang pertama. Dan, tak syak lagi income aku banyak yang datang dari Video Blogbuster Campaign yang baru saja berakhir 29hb Mei lepas.
Dan, ini kali pertama aku dapat lebih sedikit dari cashout yang pertama. Dan, tak syak lagi income aku banyak yang datang dari Video Blogbuster Campaign yang baru saja berakhir 29hb Mei lepas.
Promosi
Friday, June 06, 2014
Kempen Amal Seceria Air Tangan Ibu Bersama Planta
Assalamualaikum!
Sebelum tu, Anim ingin berterima kasih kepada Kak Roshidayu yang sudi memberikan Anim peluang untuk bersama dalam majlis pelancaran yang serba meriah dan penuh bermakna. Terima kasih kak! (^_^)
Jenama Planta sudah sebati dalam masyarakat Malaysia yang kaya dengan makanan dan kuih muih tradisional. Kini, Planta bukan sekadar suatu jenama hebat dalam bidang masakan, tetapi peranannya dalam sumbangan komuniti dan kebajikan telah diperluaskan lagi dengan tercetusnya idea kempen amal ini.
Dan, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini Planta tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama membuat amal kebajikan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Semestinya, usaha murni Planta ini dipandang serius oleh semua pihak dan sama-sama berganding bahu menjayakannya.
Dan, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini Planta tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama membuat amal kebajikan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Semestinya, usaha murni Planta ini dipandang serius oleh semua pihak dan sama-sama berganding bahu menjayakannya.
Majlis pagi itu diserikan lagi dengan kehadiran Serina O'Luanaigh, seorang aktres yang tidak asing lagi sebagai pengacara. Sesungguhnya, kepetahan beliau mengacarakan majlis tersebut turut menceriakan suasana dan tetamu yang hadir.
Majlis pelancaran kempen amal ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Unilever Malaysia & Singapore, En. Rakesh Mohan. Dalam ucapannya beliau turut menekankan bahawa masakan dari air tangan seorang ibu mampu membangkitkan perasaan kasih sayang dalam diri anak-anak.
"Planta sudah lama menjadi kegemaran kaum ibu dan anak-anaknya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kaum ibu hari ini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan biksut yang ceria dan berwarna warni. Anak-anak pasti menggemarinya. Lagipun, tiada apa yang dapat menandingi kualiti masakan air tangan ibu yang dibuat dengan penuh kasih sayang"
Maka, untuk kempen amal Seceria Air Tangan Ibu ini Planta ingin bekerjasama dengan kaum ibu khususnya untuk menghasilkan 50,000 keping biskut buatan air tangan sendiri untuk diedarkan kepada rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia.
Seterusnya, pada majlis pelancaran tersebut turut dijemput untuk memeriahkan suasana ialah dua aktres popular yang juga merupakan ibu, iaitu Sharifah Shahirah & Sheila Rosly serta dua orang usahawanita berjaya yang sudi berkongsi pengalaman serta cerita-cerita lucu zaman kanak-kanak masing-masing.
Bagi anda yang berkesempatan menonton teaser segmen Seceria Air Tangan Ibu di kaca tv, pastinya anda akan teruja menyaksikan Sharifah Shahirah sebagai hos utama dan bakal mengongsikan resepi biskut yang mudah, sedap dan berwarna warni sempena Syawal ini.
Rancangan ini akan mula ditayangkan pada 11hb Jun 2014 selama tujuh minggu, menerusi segmen Wanita Hari Ini di TV3.
Dalam segmen ini, Sharifah Shahirah akan turut bersama ahli keluarga beliau, bersama-sama menyiapkan juadah biskut raya serta berkongsi cerita-cerita lucu yang pastinya membuatkan anda tersenyum di depan kaca tv.
Pada majlis pelancaran kempen Seceria Air Tangan Ibu ini juga, Sharifah Shahirah bersama Chef Rose Weiss turut menunjukkan dan mengajar kami membuat biskut Red Velvet sebagai menyahut cabaran sasaran menghasilkan 50,000 keping biskut.
Semestinya, pengalaman baru ini menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga. Anak-anak juga turut seronok dengan aktiviti membuat biskut raya ini.
Menerusi Beramal Bersama Planta, ibu-ibu boleh menghasilkan biskut dengan Planta buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut berkenaan ke pasar raya Mydin dan Giant terpilih mulai 16hb sehingga 20 Julai 2014. Seterusnya, Planta akan menyalurkan sumbangan biskut tersebut ke rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia.
Orang ramai juga boleh turut serta untuk menyumbangkan dan Beramal Bersama Planta apabila mereka membeli Planta dan menghasilkan biksut di pameran bergerak yang disediakan di Mydin dan Giant terpilih.
Maklumat lanjut mengenai lokasi pasar raya Mydin dan Giant yang terpilih dan cara-cara menyertai boleh didapati di saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta.
Anda juga boleh mendapatkan resepi-resepi biskut dan kuih raya yang menarik untuk dijadikan juadah raya Syawal ini di saluran Youtube Planta.
Justeru, marilah kita bersama-sama berganding bahu menjayakan kempen amal Seceria Air Tangan Ibu bersama Planta ini dengan menghasilkan sasaran 50,000 keping biskut raya dalam tempoh yang ditetapkan.
Di kesempatan ini juga, Anim ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran kempen amal Seceria Air Tangan Ibu ini, juga kepada Planta yang sudi menerima kehadiran kami sekeluarga.
Tak lupa juga, terima kasih kepada Planta dan The Saddle Coffee House yang sudi menjamu kami dengan hidangan sarapan dan hidangan tengah hari yang cukup lazat pada hari tersebut.
Layanan yang diberikan amat memuaskan.
Semoga kempen murni ini dapat menceriakan Syawal anak-anak yatim dan merasai kebahagian serta kelazatan masakan dari air tangan seorang ibu.
Justeru, marilah kita bersama-sama berganding bahu menjayakan kempen amal Seceria Air Tangan Ibu bersama Planta ini dengan menghasilkan sasaran 50,000 keping biskut raya dalam tempoh yang ditetapkan.
Di kesempatan ini juga, Anim ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran kempen amal Seceria Air Tangan Ibu ini, juga kepada Planta yang sudi menerima kehadiran kami sekeluarga.
Tak lupa juga, terima kasih kepada Planta dan The Saddle Coffee House yang sudi menjamu kami dengan hidangan sarapan dan hidangan tengah hari yang cukup lazat pada hari tersebut.
Layanan yang diberikan amat memuaskan.
Semoga kempen murni ini dapat menceriakan Syawal anak-anak yatim dan merasai kebahagian serta kelazatan masakan dari air tangan seorang ibu.
Thursday, June 05, 2014
Story Kenit
Thursday, June 05, 2014
Menu Brunch - Nasi Lemak Sambal Paru
Assalamualaikum!
Haaaaa inilah natijahnya kalau makanan breakfast dibawa makan time lunch hehe. Serius, memang sejak aku consume Ephyra (dah masuk kotak ke-2) ni, aku memang cepat kenyang! Selalu macam ni! :D
Biasanya, aku pasti akan tapau nasi lemak atau mihun goreng atau kueytiow goreng kat warung Pak Ayob untuk breakfast. Kadang-kadang aku makan kat sana je, tapi sejak aku amalkan minum Ephyra setiap pagi, aku nekad nak minum Ephyra dulu, pastu baru leh makan benda lain.
Parenting & Tips
Thursday, June 05, 2014
Bila Mak Budak Jadi Budak!
Assalamualaikum!
Cuti-cuti sekolah gini, tersangatlah boring kalau takda aktiviti nak dibuat kan. Maka, sebagai ibu kepada anak-anak yang hyperakif macam kakak & adik ni, aku kena fikirkan sesuatu untuk mengisi masa lapang mereka.
Asyik tengok citer Frozen tu, naik jenuh aku dah! Ada lapanploh kali aku rasa diaorg dok ulang tengok citer tu, sampaikan dah boleh hafal dialog dan lagu segala! Kadang-kadang tu aku perlikan jugak lagu Frozen kemain lagi korang hafal, doa pas amik wudhu' bila nak hafal? Huh!
So, puas dah aku mikiorkan kekdah nak bagi diaorg berasa seronok dan tak boring menghadap gajet sepanjang hari, maka aku bawa diaorg gi kedai Meei Mei dan beli ini .....
Disclaimer
If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.