Breaking

Sunday, June 29, 2014

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Treat At Bangi Golf Resort Restaurant Giveaway!!


Assalamualaikum!





Kali terakhir Anim buat contest di blog kesayangan Nukilan Kenit ini ialah pada bulan September 2013. Taklah lama sangat kan hehehe. Bukannya tak nak buat, malah kepingin sangat nak aktif bersegmen dan bergiveaway dengan semua rakan-rakan blogger, tapi komitmen terhadap benda lain sangatla tidak mengizinkan waktu tu.

Anim ingin berikan sesuatu yang istimewa buat pembaca dan rakan-rakan sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Dan, kali ini pihak Bangi Golf Resort telah bermurah hati ingin memberikan hadiah istimewa kepada pembaca blog Nukilan Kenit

Terima kasih BGR!! (^_^)

Ini juga salah satu cara Anim menghargai rakan-rakan dan pembaca yang tidak jemu berkunjung ke blog ini. Terima kasih atas sokongan dan kehadiran korang di blog Anim ni.

So, Anim nak buat GA seringkas dan semudah yang boleh. Harap korang boleh join dan support Anim ye! Oh ya, blogger atau bukan blogger juga dijemput untuk join tau. Asalkan ada emel, senang Anim nak hubungi korang.




Bismillahirrahmanirrahim


Caranya tersangat la mudah uolls!!


  • LIKE fanpage NUKILAN KENIT

  • Sila berikan jawapan untuk soalan ini, "Kenapa anda ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort?". Jawapan hendaklah tidak melebihi 30 patah perkataan.

  • Tinggalkan jawapan anda di ruangan kotak komen di bawah entri ini beserta alamat emel. Jawapan yang tidak disertakan dengan emel tidak akan dikira sebagai jawapan lengkap, lantas tidak akan dilayan.


Tarikh tutup penyertaan



29hb Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435H
(SEBELUM 12.00 TENGAHARI)



Anim mencari 5 pemenang bertuah yang boleh memberikan jawapan terbaik dan paling menyentuh hati hehe. Nak tahu, hadiah yang bakal korang menangi?



2 VOUCHER BERBUKA PUASA PERCUMA 
di Restoran Bangi Golf Resort untuk setiap pemenang!!


Voucher ini sah tempoh dari 2hb Julai sehingga 26hb Julai 2014. Jadi, korang boleh set time and date yang sesuai untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Restoran Bangi Golf Resort.

Terbaikkkk bukan! (^_^)


So, mudah je kan? Hanya berikan jawapan terbaik untuk soalan di atas dan sekiranya terpilih korang dah boleh berbuka puasa bersama pasangan korang di Restoran Bangi Golf Resort! Mana tahu rezeki korang kali ini (^_^)

Ohsem! (^_^)

Seorang dapat 2 voucher ok! Korang nak bawa pasangan ke, nak bagi pada ibu ayah sebagai token atau hadiah anniversary diaorg ke, atau korang nak hadiahkan voucher tu sebagai hadiah hari lahir pada sahabat atau kenalan pun boleh!

So, moh join sekarang dan berikan sebab mengapa korang ingin makan di Restoran Bangi Golf Resort. Tak tahu jawapannya? Boleh rujuk entri INI dan insyaAllah korang akan tahu jawapannya hehe.


Selamat Mencuba!

(^_^)

Saturday, June 28, 2014

Saturday, June 28, 2014

Tabiat Makan Yang Perlu Dielakkan Di Bulan Puasa.


Assalamualaikum!


Bila kita berpuasa, sistem operasi tubuh akan mengalami suatu perubahan terutama di bahagian perut. Jika tidak di'handle' dengan baik, ia akan memberi kesan kepada sistem tubuh dan metabolisme badan kita.



kredit foto : google.com

Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa:

Friday, June 27, 2014

Friday, June 27, 2014

Giant Bubble Putrajaya - Part 2


Assalamualaikum!

Kesinambungan dari Part 1 menunjukkan betapa eksitednya seorang ayah melayan permainan yang biasa dimainkan oleh budak-budak kecil muahahaha. Takpela takpela, kita kasi chan la kat Pak Jelan yek, sekali sekala hati tu teringin jugak kan nak rasa permainan tu.

Kita dulu kecik-kecik pun main gak tiup buih sabun tu, tapi tu jenis tiup punye botol pun yang kecik je. Tak sama macam yang sekarang punye. Korang tak tau, ibunya ni pun boleh tahan jugak jakun menghayunkan buih sabun hari tu, cuma tak masukkan gambo je muahaha. Kalau masukkan, kantoi la den!! hahaha :p

Anyway, lepas budak-budak ni kasi perabih buih sabun tu, kitaorg gi masuk dalam sikit tengok pameran-pameran flora yang ada di situ. Masa ni memang tak berapa nak crowded sangat, tapi panasnya masyaAllah boleh tahan!

Eh sebelum tu kita cuci mata dulu tengok keindahan flora-flora yang sempat aku capture dengan iPad aku ni. Ini antara yang menarik perhatian aku .....



Thursday, June 26, 2014

Thursday, June 26, 2014

Checklist Ramadhan


Assalamualaikum!

Tinggal beberapa hari je lagi kita dah nak melangkah ke dalam bulan penuh barokah bulan Ramadhan. Selalunya, rutin bulan Ramadhan yang aku ingat nak buat ialah solat Terawih di samping solat wajib 5 waktu dan bayar zakat fitrah.

Itupun kadang-kadang aku terlupa nak buat yang mana satu dulu atau dah buat ke belum. Maklumla, selalunya kita ni lebih pentingkan benda-benda remeh dari perkara-perkara yang sepatutnya kita lakukan dalam bulan Ramadhan.

Wednesday, June 25, 2014

Wednesday, June 25, 2014

Giant Bubble Putrayajaya - Part 1


Assalamualaikum!

Memang nak jadi rezeki sungguh, benda yang kita tak rancang selalunya itu la yang terjadi kan! Alkisahnya, hari Sabtu lepas budak-budak ni dok tengok kartun tv9, tetiba keluar slot Bananana Squad tu dok tunjuk budak-budak main Giant Bubble di Putrajaya.

Kakak tercengang tengok buih-buih besar dalam tv tu, terus dia kalih kepala kat aku yang duduk kat sofa. Mulut sepatah apa pun tak kata, takut aku marah atau tak bagi pergi gamaknya hahaha. Tapi, dari ekspresi muka dia aku tahu dia nakkkkkkkkkk sangat gi sana. 

Kesian kakak ....

Malam tu, dalam bilik aku terus bagi cadangan kat Pak Jelan untuk bawak kakak & adik gi Putrajaya dan main benda alah tu. Maklumla, kakak minta nak gi Kidzania sampai sekarang kami tak dapek nak tunaikan. At least, kalau gi Putrajaya tu dan bagi dia main apa yang dia suka, terubat la sikit hati tu kan mihmihmih :p

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.