Breaking

Sunday, August 31, 2014

Sunday, August 31, 2014

Salam Merdeka Ke-57 Untuk Malaysia!


Assalamualaikum!


Syukur alhamdulillah, tahun ni sekali lagi kita berpeluang menyambut hari paling bersejarah bagi negara kita. Dah 57 tahun dah negara kita merdeka dari penjajahan kuasa Barat & Timur. Aikkk! bukan Barat je ke yang jajah kita, apasal masuk negara Timur sekali? Dah tu ... Jepun tu bukan negara dari Timur ke dik non? hehe.


Saturday, August 30, 2014

Saturday, August 30, 2014

Pengalaman Baru!


Assalamualaikum!




Semalam kali pertama aku menjejakkan kaki di area Uptown Damansara. Memula Pak Jelan ingat, Uptown Damansara ni dekat Seksyen 24 Shah Alam tu. Tu pun dipanggil Uptown Damansara jugak hehehe. Bila aku tunjuk Google Maps kat mana sebenarnya, baru dia faham. 

Thursday, August 28, 2014

Thursday, August 28, 2014

Sentap Bila Ditegur Anak!



Assalamualaikum!




Aku ingatkan 'fenomena' Frozen sudah berakhir cuti sekolah hari tu. Rupanya, budak-budak ni dalam diam dok berangan dengan citer kartun tu lagi. Adik siap cakap kat aku, nak 'bela' Olaf! hahah hadoiii pening aku ngan anak dara kecik ni!
Thursday, August 28, 2014

Terima Kasih Sifu!


Assalamualaikum!


Sebenarnya, ini bukan kali pertama aku minta pandangan, idea, nasihat dan tuto pasal blog dari beliau. Jujur aku katakan, sebenarnya aku sangat 'hijau' dalam dunia blog ni. Terlalu banyak kekurangan di sana sini yang perlu aku perbaiki terutama dalam bab coding.

Masa mula-mula nak berjinak buat blog dulu, banyak blog yang aku jadikan sebagai rujukan dan setiap kali aku tak faham sesuatu tuto tu atau aku dah try buat tapi tak menjadi, bila aku PM orang tu nak tanya, orang tu buat dekkkkkk je! Senyap tak berbunyi!
Thursday, August 28, 2014

6 Perkara Yang Patut Diketahui Bila Anak Berusia 7 Tahun


Assalamualaikum!


Membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak seawal usia mereka 7 tahun antara tugas paling mencabar bagi kita yang bergelar ibu dan ayah. Bukan mudah nak melentur dan mencorak karakter anak di awal usia yang baru nak memahami erti dan hakikat kehidupan yang sebenar. 

Sebagai ibubapa, kita pasti ingin anak-anak kita menjadi insan yang terbaik samada dalam pelajaran mahupun kehidupan. Sebab itu, didikan awal dalam keluarga penting sebagai permulaan untuk menjadi insan yang hebat luaran dan dalamannya.

Wednesday, August 27, 2014

Wednesday, August 27, 2014

Tambah Susu Ibu Dengan Umma Lacto


Assalamualaikum!


Susu ibu merupakan susu paling berkhasiat yang dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh ibu untuk memenuhi keperluan nutrisi bayinya. Penghasilan susu badan yang optimum dapat memastikan proses tumbesaran yang baik serta sebagai nutrisi lengkap untuk bayi terutama dalam tempoh 2 tahun pertama tumbesarannya.

Namun bukan semua ibu-ibu dapat mengekalkan momentum pengaliran susu dalam tubuh untuk jangkamasa yang lama. Kadang-kadang hanya sempat menyusukan anak untuk dua bulan sahaja! Faktor tekanan dan masalah kesihatan menjadi penyebab kepada masalah kurang susu, seterusnya ibu terpaksa memberi bayi mereka susu formula sebagai ganti.

Dan ini pasti akan menjejaskan sistem imunisasi dan menimbulkan masalah alahan kepada bayi.




Untuk mengatasi masalah ini, Legacy Secret telah menghasilkan satu rumusan khas untuk kaum ibu yang menyusukan anak. Produk Umma Lacto ini adalah kombinasi dari 19 jenis bahan semulajadi yang disatukan menjadi rumusan berkhasiat untuk kaum ibu.




Umma Lacto dihasilkan bukan sekadar berfungsi menambah dan meningkatkan kualiti susu ibu, tetapi produk yang bernaung di bawah label Legacy Secret ini turut memberikan kelebihan seperti :

  • membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu
  • memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
  • membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
  • membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnya kepada ibu dan bayi
  • membantu mengelakkan sembelit
  • membantu kesihatan perut dan kolon
  • sebagai prebiotik ibu dan anak
  • membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
  • membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
  • membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
  • membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
  • membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut







Dengan Umma Lacto, pengalaman menyusukan pastinya akan menjadi lebih indah dan bermakna buat ibu dan anak. Bukan sahaja hubungan kasih sayang dapat dieratkan, kesihatan ibu dan anak turut terjaga. 

Umma Lacto

Harga Sekotak : RM60

*Promosi terbaru dari Umma Lacto, beli dua kotak PERCUMA 1 kotak dengan harga hanya RM120! ^^


Semoga dengan terhasilnya produk Umma Lacto ini, kaum ibu dapat meneruskan impian mereka untuk memberikan yang terbaik buat si kecil. Jom dapatkan segera di pengedar-pengedar yang sah berdekatan anda atau boleh layari LegacySecret.Com




Untuk makluman anda selain Umma Lacto, Legacy Secret turut mempunyai beberapa produk kesihatan lain seperti Harum Malam & B'Vite yang telah mendapat banyak respon positif dari pengguna-penggunanya.

Dan sebagai langkah keselamatan, Legacy Secret telah menyediakan beberapa ciri keselamatan pada produk mereka untuk memastikan pengguna mendapat produk yang betul dan original.


Antara cara mengenal pasti ciri-ciri keselamatan produk Legacy Secret


1. Pengesahan Melalui Visual
Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah




2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari




3. Pengesahan Melalui QR Wechat
Imbas kod produk dan info akan diberikan






PERINGATAN !!!

  1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
  Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.
  Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.

Wechat ID : harummalam


Wednesday, August 27, 2014

Tutorial Masukkan Google Form Dalam Entri


Assalamualaikum!


Lamanya aku tak berbicara pasal coding-coding blog ni kan hehe. Sebenarnya, aku bukan pro sangat bab-bab coding ni. Ilmu yang aku dapat ni pun secara tak sengaja timbul hasil dari perbincangan aku dengan seorang rakan dan juga otai dalam dunia blog!

Aihh segan plak nak mengaku sebagai rakan, bukan sebab malu sebab dia blogger!! Hey, aku pun blogger juga walaupun sekadar picisan huhu. Aku segan sebab dia sudah pangkat senior dalam dunia blog, dan ilmunya berkaitan ilmu blogspot ni dah setinggi Gunung Everest. Aku ni ha kaki bukit pun tak sampai lagi hehehehe ^^

Tuesday, August 26, 2014

Tuesday, August 26, 2014

Misi Menyelamat ... Errr


Assalamualaikum!


Pagi tadi ....

Turun dari kereta, gi thumb-print dan kuar semula ke MPC beli makanan. Lalu bawah pokok besar, aku terdengar bunyi "criiittt!criiittt!criitttt!" dekat celah pokok tu. Eh cengkerik ni, boleh pulak ko berbunyi di sini. Suke la ko hujan dah berenti ye. 

Terus berjalan tinggalkan pokok dan bunyi tu.

Balik dari MPC, lalu kat bawah pokok tu lagi. "Crittt!criiiitt!criiitttt!!" kali ni lebih kuat dari tadi. Aku tengok juga kat pokok tu, eh apasal cengkerik ni kuat nau bunyi dia. Mata dok 'teraba-raba' cari bunyi cengkerik bising tu. 

Sekali .....
Tuesday, August 26, 2014

10 Bentuk Kreatif Yang Boleh Dibuat Dengan Getah Rambut!


Assalamualaikum!




Bila dah terlampau boring duk dalam umah, getah rambut pun boleh dijadikan bahan mainan! hehe. Gitulah agaknya bila sel-sel otak berhubung kan. Rupanya, kesini duit belanja dia perabihkan. Satu enam posen, dalam beg dok 3-4 getah rambut begini. Bila tanya, belikan untuk adik sekali katanya.

Yo la tu!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.