Breaking

Sunday, September 07, 2014

Sunday, September 07, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 7 - Sejauh Mana Pentingnya Pendidikan Bagiku


Assalamualaikum!



sumber : google

Waaaaa dah masuk hari ke-7 dah! Hari ni aku nak berkongsi pendapat mengenai kepentingan pendidikan dari perspektif Dr. Hanim :D

Sabda Nabi saw  yang bermaksud :


"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Riwayat Ibnu Majah)

Setiap peringkat fasa kehidupan kita memerlukan kita untuk menuntut ilmu sebanyak yang boleh. Sebab itu manusia diberikan akal oleh Allah swt kerana dengan akal maka kita dapat menerima dan memberi ilmu dengan mudah.

Sejak dari dalam kandungan ibu lagi, kita sudah pun diberikan pendidikan. Kalau kita tanya mak-mak kita dulu, apa yang mak ajarkan kita masa kita dalam kandungan? Mak kita jawab, mak bacakan surah Luqman, surah Yusof untuk kamu. Supaya kamu nanti membesar jadi anak yang soleh/solehah

Sebagai ibu, aku juga turut mementingkan pendidikan untuk anak-anak. Baik dari segi akademik, moral dan pengetahuan tentang Islam. Benda yang selalu aku ingatkan pada anak-anak ialah beza antara orang berjaya dengan tidak adalah pada ketinggian ilmunya. 

Kalau nak berjaya mesti ada ilmu. 

Namun, ada ilmu saja tidak menjadikan kita berjaya sepenuhnya jika kita tidak sebarkan pada orang lain, dan ilmu itu akan menjadi sia-sia jika kita tidak beramal dengannya.

Jadi, teruskan menuntut ilmu dalam apa jua keadaan kita. Dan, sentiasalah beramal dengannya supaya kita dan orang lain sama-sama mendapat manfaat di dunia dan di akhirat.

Tapi, jangan pula kita pi belajar ilmu yang tidak sepatutnya, pastu kita sebarkan pada orang lain atau kita aniaya orang lain. Nescaya ia akan mengheret kita ke lembah kehinaan.

Wallahualam.



Koleksi Cabaran 30 Hari


Saturday, September 06, 2014

Saturday, September 06, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 6 - Apa Yang Aku Makan Hari Ini?


Assalamualaikum!

Cabaran hari ke-6 nak citer pasal bab makan. Haaaa bab makan ni paling cukup senang kalau nak dibandingkan dengan sebelum-sebelum ni hehe. Sapa yang tak terer kalau citer bab makan ni kan, tambah kalau yang bercerita tu pun kuat makan ... macam aku! hehehe.


Breakfast : Kuey Tiow Goreng + Sambal Paru



Pagi tadi, aku lepak kedai Cik Tonah. Apa lagi yang aku nak makan, kalau bukan feveret aku kuey tiow goreng dengan sambal paru. Perghhh! bersepah daun kucai dia tapi ku gagahkan jugak kais-kais letak tepi dan makan hanya kuey tiow hahaha.


Tengahari : Eskrem



Tengahari aku melantak eksrem pulak. Balik dari Subang, anak-anak minta setelah seminggu lebih aku kuatkuasakan 'larangan' memakan eksrem hehe. Bukan ape, sekarang ni cuaca tak menentu. Kalau aku tak pantau, nanti yang kanan batuk yang kiri selsema!

Tapi, since ayah dia yang nak belanja maka aku tumpang semulut jugak la hehehe.




Tudiaaa! nikmat dapat makan eskrem ... muke stim terus! muehehehe :p


Makan malam : Nasi + sambal ikan bilis petai + Ikan goreng + telur dadar







Hari cuti la baru dapur aku berasap sikit hehe. Untuk tengahari dan makan malam, aku masak simple-simple je. Teringin pulak nak makan sambal ikan bilis ngan petai. Kena plak ngan nasi panas ... pergh! tangkap leleh yuuuuuuuuu! heehehehe

Dah ... tu je la makanan aku hari ni. 

Nak sambung makan lagi ni, kasi perabih itu sambal ikan bilis petai ... nomnomnomnom ^^




Koleksi Cabaran 30 Hari


Friday, September 05, 2014

Friday, September 05, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 5 - 3 Pesanan Aku Untuk Bekas Kekasih


Assalamualaikum!


Cabaran masuk hari ke-5 dan mesti ramai yang tertunggu-tunggu tajuk untuk hari ni kan hehe. Aku pun mati kutu nak menyiapkan task kali ni .... tetiba otak jammed! haha. Ni pun menggigil tangan nak menaip! Tapi, nama pun CABARAN kan, so kira kasi bolos je la! haha.

Aku tak kisah kalau Pak Jelan baca entri ni pun, pasai dia tahu aku siapa dan aku macam mana. Apa yang aku gusarkan ialah ape benda aku nak cakap kat bekas-bekas kekasih aku dulu?? Yang mana satu aku nak tujukan ni? 'Stok' sekolah rendah ada, menengah ada, form 6 ada, masa dapat kerja pertama ada ..... wakakakaka! :p. 

Bila sebut 'bekas-bekas' bukanlah bermakna aku ni playgirl dulu. Tak ... aku cukup pendiam dulu hehe. Tak tahu macam mana mereka boleh 'sangkut' ngan aku .... ehh ehh! :p



Friday, September 05, 2014

Asas Wanita - Wiladah dan Nifas


Assalamualaikum!



gambar hiasan


Bab Wiladah dan Nifas


Berikutan masalah beranak, dalam bab nifas pula, tempoh maksimum keluarnya darah nifas dalam mazhab Syafie ialah 60 hari. Perlu difahami apa maksud wiladah, maksudnya ialah beranak. Dan nifas ialah darah yang keluar dari bahagian dalam faraj, selepas kosongnya rahim daripada bayi, contoh, dapat anak kembar 2, keluar bayi pertama dan keluar darah, darah tu tak dikira nifas lagi. Selepas keluar bayi ke-2 baru darah yang keluar dikira nifas.

Thursday, September 04, 2014

Thursday, September 04, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 4 - Buku Kegemaran Aku


Assalamualaikum!


Hohoho bila kali terakhir aku baca buku yek? 

Ahaa! Bulan 6 aritu ... buku prestasi Mira! Buku la jugak tu kan :p 

Kat sini aku nak buat pengakuan bahawa aku bukanlah pembaca buku yang setia. Zaman aku selak-selak mukasurat buku dah berlalu haha. Terutama buku-buku teks sekolah dan nota-nota zaman 'British' yang aku sampai sekarang bikin pusaka! heeee :D
Thursday, September 04, 2014

Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com


Assalamualaikum!



Assalamualaikum

Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com

Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014

Tujuan giveaway ini :  Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda. 

Sila FOLLOW BLOG mereka :


Sila LIKE PAGE mereka :


Sila FOLLOW IG mereka :
[nor_farihan] [aimimiddleton] [shidaradzuan] [ct aman] [huda] [asha]

Senarai Hadiah :
Goodie Beg - 40 pemenang (Mama)
Top up RM 10 - 9 pememang
Top up RM 5 - 5 pemenang
Wang Tunai RM 30 - 2 pemenang
Dish Wash Concentrate Shaklee - 1 pemenang
Potrait - 2 pemenang
Novel - 1 pemenang
Shawl - 5 pemenang
Fridge Magnet + Bookmark LE - 3 pemenang
Button Bagde + Bookmark LE - 2 pemenang
Agent Dorship Sophie - 20 pemenang
Brooch - 2 pemenang
Header Blog - 1 pemenang
Keychain - 1 pemenang
Buku Motivasi - 1 pemenang
Coin Purse dan Bookmark - 5 pemenang
Nota : Diharap semua peserta dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, dan enjoy blogwalking oke!

Wednesday, September 03, 2014

Wednesday, September 03, 2014

Surat Untuk Nurul Hazwani


Assalamualaikum!






Tengah dok blogwalking ke blog rakan-rakan, aku terjumpa entri terbaru ni di blog Abg Ben, bertajuk 'Letters For The Future'. Ia adalah inisiatif dari AIA untuk membantu kanak-kanak yang mengalami cleft (sumbing) dan masalah jantung kongenital, di mana kita boleh membantu dengan cara menulis surat kepada anak-anak kita di ruangan yang disediakan. Setiap surat yang kita hantar, AIA akan sumbangkan RM1 ke AIA Touching Lives Funds untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah di atas.
Wednesday, September 03, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 3 - Sesuatu Yang Menguatkan Aku


Assalamualaikum!


Selamat datang ke entri hari ke-3 untuk #cabaran30hari bersama #kelabbloggerbenashaari. Kali ni tajuk kita bunyi cam sedih gitu, ada sentimental value bak kata orang hehe. 

So, apakah yang menguatkan Hanim Bt Hashim? 

Nak jawapan stendet atau poyo? Dua-dua aku boleh bagi haha :p

Since, penganjur tak nyatakan secara spesifik maka #sukahati aku lah nak bagi jawapan apa kan hehe :D


Sesuatu Yang Menguatkan Aku?

Yang paling utama, Allah swt.  Ape-ape hal, Dia datang dulu. Dia Yang Maha Menghidupkan juga Maha Mematikan. Tanpa Dia, maka tiadalah aku dan korang semua. 100% bergantung pada Dia ...dulu, kini dan selamanya.

Lepas tu, susuDah kalau tak minum susu, acaner nak kasi kuat tulang? ekekeke :p

Next, keluarga. Mak, abah, akak dan abg aku. Mujur kami tiga beradik je, kalau tak jenuh nak mention satu-satu hehehe. Kemudian datang Pak Jelan, kemudian kuar Wani & Mira. Mereka semua penguat semangat aku. Penguat zahir dan batin aku. Kelebihan dan kekurangan mereka melengkapkan kehidupan aku. Jauh mana pun aku pergi, diaorg tetap sumber insipirasiku.




Banyak lagi faktor yang menjadi penguat kepada diri ini. Kawan-kawan dari kecil sampai besar. Dari zaman tadika sampai sekolah menengah. Pelbagai jenis pengalaman hidup yang dah aku tempuh sepanjang 31 tahun ni, ala-ala khabi kushi khabi gham gitu hehe.

Atas apa yang aku alami selama ini, aku berterima kasih pada korang semua yang pernah hadir dalam hidup insan kerdil ini walau cuma sementara. Aku tak mungkin boleh ingat semuanya, tapi jujur aku cakap kehadiran korang menjadikan hidup aku lebih bermakna setiap hari.


Sekian, dari insan sendu.

Tuesday, September 02, 2014

Tuesday, September 02, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 2 - 5 Cara Memenangi Hati Aku!


Assalamualaikum!






Segmen blog #cabaran30hari bersama #kelabbloggerbenashaari diteruskan lagi untuk hari kedua! Kali ni aku nak kongsikan tips-tips cara nak memenangi hati iolss! haha. 

So, dik non dik non terutama Pak Jelan kalau terbaca entri ni sila take note tau. Nak cakap depan tak berani, so kita cakap dalam entri je la yek hahaha :p


5 Cara Memenangi Hati Aku!


1. Belanja makan! Ini semua orang pun tentu suka kalau dapat makan FREE kan! hahaha. Tambah kalau yang tersayang belanja kita makan special hari tu. Aku tak minta yang mahal-mahal pun, cuma kalau nak amik hati aku, kena belanja aku makan char kuey tiow yang paaaaaling sedap. Bukan sekali tau, tapi direct seminggu! 

Amacam ...ada bran? haha :p


2. Jangan buat perangai! senang citer jangan cari pasal ngan aku haha. Kalau baik perangai orang tu, maka baikla perangai aku ngan dia. Tapi, kalau dia 'buat taik' ngan aku, memang kena balas ngan 'taik' jugak nanti! hehe :D


3. Buat kad cinta/sayang. Aku selalu 'cair' ngan anak-anak sebab ni la! haha. Kalau aku marah atau sedang merajuk, diaorg mesti akan buat satu kad nak pujuk aku balik. Touching tau! Nak tengok contoh kad diaorg? Tengok SINI! ^^


4. Jujur. Straight to the point, jangan 'bengkang-bengkok'! Kalau depan cakap lain, belakang 'tikam' lain bukankah tak seronok macam tu. Aku pun macam blerrghhh nak campur ngan orang cenggini.


5. Pandai memujuk. Aaaaa ni senang je ni! Macam mana aku cepat 'mendidih', cepat jugakla aku 'menyejuk' hehe. Kalau pandai dan tau cara nak pujuk aku, insyaAllah for sure kosong-kosong balik. Cara nak pujuk? sila baca no.1 (wakakaka :p)


Haa senang je pun nak amik hati aku. Bajet tak sampai RM100 pun hahaha. Part yang penting aku nak tekankan ialah belanja aku makan! wakakaka :p

Sebenarnya, bukan susah pun kita nak amik hati orang yang kita sayang kan. Di kalangan kawan-kawan pun, asalkan kita jaga mulut, jaga perkataan dan jaga tingkahlaku kira ok dah tu. Maklumla, bukan semua orang boleh terima cara kita bergurau, bercakap atau meluahkan pendapat.

Dah dah jom kita sambung merapu kat blog kengkawan lain ^^


Koleksi Cabaran 30 Hari


Tuesday, September 02, 2014

Simple Tapi Nikmat!


Assalamualaikum!


Ikan puyu

Bila kepala ni buntu tak tahu nak masak apa untuk family, masa ni la ikan pekasam memainkan peranan penting dalam menu makan kami sekeluarga hehehe.

Minggu lepas Pak Jelan oustation ke Kedah, singgah sat kat Pekan Rabu beli ikan pekasam. Style Pak Jelan suka makan benda yang simple ... macam ikan pekasam ni la! Dapat nasi panas-panas gorengkan telur dadar sebiji tuk dia ... fuh! tak pandang anak bini dah time tu hehehe :D

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.