Breaking

Sunday, October 12, 2014

Sunday, October 12, 2014

"5 minit boleh ...?"


Assalamualaikum!


Hujung minggu begini memang sedap kalau dapat lelap sekejap kan. Rehat-rehatkan diri, topup balik tenaga untuk hari esok. Tapi, bagi yang ada anak mungkin tahu dah kalau beranak kecil ni memang tak dapek nak lelap hatta waktu siang!

Walaupun kakak dan adik dah besar dan boleh main sendiri, aku tetap takut nak tido tinggalkan diaorg hehehe. Kang dia kuar ayat sedih dia, alaaa bu jangan la tido. Kalau ibu tido sapa nak main ngan kakak adik...

Dah ..ayah kan ade?

Alaaaa ...nak main ngan ibuu....

See? selamat banyak ayah dia kat situ hahahaha. 


Saturday, October 11, 2014

Saturday, October 11, 2014

Bila Dapat Kad Cinta...


Assalamualaikum!




Inilah keistimewaan anak dara sulungku yang tak boleh dipersoalkan lagi. Hati yang panas boleh 'cair' serta merta bila menatap kad cinta dari anak sendiri. Kalau ada benda yang dia buat salah, inilah 'alat' pemujuk hati aku di kala resah.

Friday, October 10, 2014

Friday, October 10, 2014

Saat Mereka Tersenyum ..!



Assalamualaikum!


Sebagai ibubapa yang berkerjaya, kami tidak punyai masa yang banyak bersama anak-anak. Pagi masing-masing di sekolah dan di pejabat, petang baru berjumpa dan malam hanya ada masa yang sikit untuk berkumpul sekeluarga sebelum tidur.

Sebab itu, sedaya upaya kami akan luangkan masa bersama kakak dan adik supaya mereka tak rasa 'kosong' atau kurang kasih sayang kami. Kadang-kadang, kalau ada rezeki lebih kami turutkan kemahuan mereka yang tertangguh dulu. 


Friday, October 10, 2014

Notis Perlaksanaan Jalan Sehala Sekitar Petaling Jaya


Assalamualaikum!




Bagi korang yang sering melalui jalan di sekitar Petaling Jaya macam aku, ini ada notis pemberitahuan dari MBPJ yang baru saja opismate aku kongsikan tadi. Memula aku ingat ape la dok kecoh-kecoh tadi kan hehe ... rupanya notis ni.

Thursday, October 09, 2014

Thursday, October 09, 2014

Trickmu Dalam Poketku!


Assalamualaikum!

Hahahaha ibu nak ketawa dulu sebelum buka cerita!

Memang kalau hari sekolah aku dah tetapkan peraturan ngan anak² bahawa no ipad on schooldays!

Dari peringkat tadika lagi aku dah biasakan diaorg dgn peraturan ni walaupun kadang² aku 'cair' dengan pujukan rayu kakak dan adik hehe. Kali ni diaorg gunakan pendekatan ala-ala reverse psychology ...!



Thursday, October 09, 2014

Cabaran Mendisplinkan Anak


Assalamualaikum!


Sebenarnya, peraturan akan membuatkan anak-anak merasa lebih selamat kerana ia memberikan garis panduan yang jelas untuk diikuti. Dengan adanya peraturan dan displin yang jelas, semua ahli keluarga akan memahami dan melaksanakan tugas masing-masing. Anak-anak akan dapat mempelajari tanggungjawabnya dengan lebih cepat dan teratur.

Seperti mana yang Rasulullah s.a.w ajarkan pada kita, mendidik dan mendisplinkan anak haruslah mengikut peringkat umur tertentu. 


Wednesday, October 08, 2014

Wednesday, October 08, 2014

Kem Cuti Sekolah Oktober & November 2014


Assalamualaikum!





Kem Motivasi Sufi Cilik Bestari 2014

Tempat pendaftaran : Online @ Kafa Integrasi Khairaa, Bandar country homes.

Lokasi Kem motivasi : Di Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Khairaa & Laman Nur Bestari, Ulu Yam.

Tarikh : 17hb (Jumaat),18hb (Sabtu) dan 19hb (Ahad) haribulan Oktober 2014

Tempoh : 3 hari 2 malam.

Tema/Modul: Cinta dan Takutkan Tuhan kunci kejayaan

Anjuran : Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Khairaa

Yuran : RM 150.00

Objektif : Melahirkan dan mendidik anak-anak menjadi anak yang Soleh berwatak pemimpin berjiwa besar, cegas dan berfikiran kehadapan. Anak-anak di asuh dan diterapkan jiwa islam yang murni, bercita-cita besar untuk membangunkan islam.

Tentatif pengisian (Menarik) :

-Tahfiz Al-quran dan hadis
-Kebudayaan dan kesenian islam
-Melatih berdikari dan berjiwa besar
-Praktikal Fardu Ain (Mazhab As Syafie)
Sila Hubungi untuk Pendaftaran & maklumat lanjut :

Ustazah Atiqah 012-221 7105 (urusetia) – Call/sms/whatsapp





Kem Motivasi Sufi Cilik Bestari 2014 

Tempat pendaftaran : Online @ Kafa Integrasi Khairaa, Bandar country homes.

Lokasi Kem motivasi : Di Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Khairaa & Laman Nur Bestari, Ulu Yam.

Tarikh : November 2014

Tempoh : 4 hari 3 malam.

Tema/Modul: Anak Soleh Berjiwa Besar Pelapis Kepimpinan Negara

Anjuran : Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Khairaa

Yuran : RM 350.00

Objektif : Melahirkan dan mendidik anak-anak menjadi anak yang Soleh berwatak pemimpin berjiwa besar, cegas dan berfikiran kehadapan. Anak-anak di asuh dan diterapkan jiwa islam yang murni, bercita-cita besar untuk membangunkan islam.

Tentatif pengisian (Menarik) :

-Tahfiz Al-quran dan hadis
-Kebudayaan dan kesenian islam
-Melatih berdikari dan berjiwa besar
-Praktikal Fardu Ain (Mazhab As Syafie)
-Membuat Video pendek (Animasi)

Sila Hubungi untuk Pendaftaran & maklumat lanjut : Ustazah Atiqah 012-221 7105 (urusetia) – Call/sms/whatsapp



Wednesday, October 08, 2014

Sokonglah Pasangan Anda


Assalamualaikum!



Setiap pasangan tidak terlepas dari konflik dalam rumahtangga, lebih-lebih lagi bila mempunyai anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Bagi aku, perkara yang paling diperlukan oleh kami sebagai ibu bapa adalah sokongan terhadap satu sama lain.

Perjalanan membesarkan anak-anak  tidak selalunya berjalan lancar. Lebih-lebih lagi kami mempunyai dua orang anak perempuan yang comel tapi aktif tak kira masa dan tempat! haha. Maka, segala tenaga dan kesabaran perlu ada dalam diri kami untuk mengimbangi komunikasi dan hubungan dengan anak-anak juga antara kami suami isteri.




motif blur muka insan di belakang sebab tu gambar bos!
(ekekekeke)


Tuesday, October 07, 2014

Tuesday, October 07, 2014

Indoor vs Outdoor


Assalamualaikum!




Tak dinafikan kadang-kadang aku lebih suka mereka layan kartun kat iPad tu atau men game yang dah sedia diupload. Dengan cara itu, aku lebih mudah memantau aktiviti diaorg, sambil-sambil tu aku boleh buat benda yang aku suka macam memasak, kemas rumah, makan, tido ... ehh ehhh! hahaha.

Tapi at least dengan cara tu aku tahu mereka selamat dengan aku. Payah sungguh aku nak beri kebenaran mereka bermain berdua di luar rumah tanpa pengawasan aku. Bukan tak percaya pada mereka, tapi dengan banyak benda yang berlaku di zaman ini, memang aku tak sanggup nak amik risiko!

Monday, October 06, 2014

Monday, October 06, 2014

Aidil Adha 1435H


Assalamualaikum!


Huwaarghhh ...! entah kenapa raya aidiladha kali ni aku rasa sungguh penat yang amat ..! Membuteeeeeee je manjang ..penat buat ape aku pun tak tau ntah hehehe. Punyela ngantuk takleh nak cakap ...terutama lepas makan :p

Barangkali sebab kali cuti raya pendek kot, terkejar-kejar aku di rumah ni, membeli barang dan memasak, pastu bawa anak gi tengok lembu kena korban. Len kali aku cadangkan cuti raya korban kasi lama sikit, takdela aku ngantuk penat camni hehe.

Walaupun aidiladha kali ni aku tak balik ke kampung, tapi sambutan aidiladha di KL ni boleh tahan juga. Pagi raya pas solat raya, kami dah siap sedia nak gi nengok orang sembelih lembu kat belakang blok. Pak Jelan pulak demam selsema terpaksa berbaring aje di rumah.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.