Breaking

Monday, October 27, 2014

Monday, October 27, 2014

Bertemu George Calombaris!


Assalamualaikum!



Baru-baru ini aku mendapat jemputan untuk bertemu dengan salah seorang hakim dalam rancangan realiti memasak, MasterChef Australia, iaitu George Calombaris! Yesssss .... George Calombaris berada di KL semalam dan lebih tepat lagi di Mid Valley Megamall!
Monday, October 27, 2014

Menangi Perodua MyVi & Vespa Dengan Lux Fabulous Contest!

Assalammualaikum!


Baru-baru ini bertempat di Bora Asmara, Lux telah mengadakan majlis pelancaran kontes Lux Fabulous yang menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang antaranya iaitu sebuah Perodua Myvi atau satu dari lima Vespa untuk dimenangi!

Ohsem kan hadiahnya!

Lux telah menjadi ikon produk kecantikan yang popular sejak aku kecil lagi. Dan, sehingga kini jenama Lux masih gah dan menjadi teman setia kepada majoriti penggunanya di Malaysia. Tambahan pula Nur Fazura ialah Duta rasmi Lux, pastinya meletop-letops gituuu! hehe.




Di majlis pelancaran tersebut, Dutanya, Nur Fazura memperkenalkan kontes Lux Fabulous, yang telah bermula pada 1 Oktober sehingga 30 November 2014. Caranya mudah saja! Semua peserta perlu mengundi gaun mana yang paling fabulous dan menarik untuk Fazura. Penyertaan yang sepadan dengan undian terakhir paling tepat dan yang paling unik serta kreatif akan berpeluang memenangi hadiah Grand Prize iaitu Perodua Myvi!

Wowwweeeee! ^^




Turut memberikan ucapan di majlis tersebut, Siti Suhaila Abd. Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd berkata, 

“Kami mahu setiap orang menikmati pengalaman mandian yang hebat dan indah menerusi rangkaian Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif, yang diadun dengan nota haruman bunga-bungaan yang indah dan SilkEssence™ yang melembutkan. Di samping itu, kami juga mahu menggalakkan para pengguna kami untuk mencuba rangkaian sabun klasik dan mandian badan yang diperbaharui menerusi peraduan ini. Mereka boleh memilih sama ada untuk menyertainya menerusi halaman Lux Facebook kami atau menggunakan borang penyertaan yang boleh didapati di kedai terpilih berhampiran.”




Turut hadir di majlis pelancaran kontes Lux Fabulous ialah wakil media dan para bloggers, Fazura turut berkata, “Saya sememangnya peminat haruman menawan Lux dan seronok menikmati pengalaman mandian dengannya. Ia juga memberikan saya keyakinan yang membantu saya untuk menggayakan gaun menawan yang anda saksikan menerusi peraduan Lux Fabulous ini.”




So, tunggu ape lagi guys! Kontes Lux Fabulous telah pun bermula dan korang boleh start mengundi gaun mana yang paling menarik untuk Fazura dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik ni!  

Perghhh .... menarik bukan!^^




Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif telah dilancarkan pada awal tahun ini dan kini boleh didapati di semua rangkaian kedai utama. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga  RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90.

Untuk maklumat lanjut, korang layari halaman Lux Facebook www.facebook.com/LuxMalaysia.


Mengenai Lux

Lux telah mengeluarkan produk kecantikan sejak 1925, apabila ia melancarkan sabun kecantikan pertama di dunia untuk pasaran besar-besaran, ”made like the costliest French soap” ("diperbuat seperti sabun Perancis yang paling mahal"). Sejak itu, ia dikaitkan dengan lebih daripada 400 pelakon paling glamor di dunia, daripada Elizabeth Taylor dan Marilyn Monroe sehinggalah Aishwarya Rai dan Shu Qi, untuk menjadikannya sabun paling laris di dunia, yang menggembirakan wanita di lebih100 negara setiap hari.

Di Malaysia, duta jenama Lux termasuklah bintang seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Erra Fazira dan paling terkini, Nur Fazura.

Lux percaya bahawa kecantikan bukanlah semata-mata melibatkan kerja keras tetapi ia juga mengenai kenikmatan – perasaan hebat yang dihasilkan dari saat anda melangkah ke bilik mandian, sehinggalah keseronokan apabila menjadi perhatian. Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam aspek kecantikan yang mampu dimiliki setiap wanita di dunia – dengan menyediakan nikmat yang luar biasa menerusi pengalaman mandian dan penjagaan diri serta mencetuskan inspirasi kepadanya untuk berasa menawan dan yakin dengan kulitnya sendiri setiap hari! Rangkaian penjagaan kulit kami membelai, yang digabungkan dengan haruman menawan dihasilkan oleh pakar haruman terbaik di dunia, akan membangkitkan deria rasa dan membuatkan anda tidak ternilai dan sungguh berharga setiap hari.

Saturday, October 25, 2014

Saturday, October 25, 2014

Ban iPad Seminggu!


Assalamualaikum!

Minggu depan kakak mula exam. Both sekolah rendah dan sekolah agama! So, starting esok kakak sudah tidak dibenarkan mengadap iPad, Tab, laptop, handphone aku dan handphone ayahnya! haha. Kejam ke ..? Dak aihhh... seminggu je ponnnn! Pas habis exam kakak hadap la macam biasa k.

Sebelum ni pun memang aku dah tetapkan peraturan tuk budak-budak ni termasuk Mira! Hari sekolah no gadgets, tunggu hari Sabtu baru leh main. InsyaAllah takda masalah kat situ. Tapi, kali ni kakak sorang je kena 'ban' dari main gadgets hehe so, harap dia dapat bertahan tengok adik dia main sengsorang hehehe.

Friday, October 24, 2014

Friday, October 24, 2014

Kun Faya Kun!


Assalamualaikum!


Dugaan ... halangan ... cabaran ...call it whatever you want. Itulah yang aku tempuhi hari ini. Correction ... yang kami tempuhi hari ini. 

Kereta kami meragam lagi. Pada hari yang aku ada event pulak tu! Kali ni dia attack batang paip radiator. Pak Jelan perasan bila icon temp kat dashboard naik mencanak pastu lampu berkelip. Ape hal ....???? 

Buka bonet depan rupanya .... tudiaaaaaa ayaq memancut kuar dari batang paip radiator! Aku tak tau la apa istilahnya dalam bahasa mekanik, tapi tu la yang aku faham pun.


Friday, October 24, 2014

Taman Tasik Dato' Keramat


Assalamualaikum!


Aku lemah kalau budak-budak ni ajak keluar. Keje asyik nak berjaaaalannn je! hehe. Cuti deepavalinya dah la sehari je... tambah musim ujan sekarang ni lagi rasa malas nak buka pintu rumah dan tunjuk muka kat luar haha.

Tapi apakan daya, anak-anak aku pesen memang kuat berjalan! Nak tak nak kena bawa diaorg hirup udara segar bila ada kesempatan. Diaorg ni kalau dibawa ke taman permainan biasa-biasa pun ok jer! janji pijak tanah ..! haha. 


Friday, October 24, 2014

Maal hijrah 1436


Assalamualaikum!


Satu Muharam detik permulaan 
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban .... harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu .. mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman ...
Untuk sepanjang zaman.

Thursday, October 23, 2014

Thursday, October 23, 2014

[Kelas Menjahit] Dah Siap Belum ?


Assalammualaikum!




Disebabkan mesin jahitnya ada satu je, maka minggu lepas aku proceed dengan kain dulu. Sungguh aku blur tang kain ...! Sebab aku takleh fokus bila baju tak siap. Tapi, sebab takmo ketinggalan, aku belajar yang kain dulu.

Tu pun tak habis ..! blerrghh ...!
Thursday, October 23, 2014

Krisis


Assalamualaikum!


Lately pesen perangai dia memang annoying. Sikit-sikit marah adik ... sikit-sikit jerit kat adik. Memula aku boleh sabar lagi, layankan pertanyaan dia walaupun soalan dia memang yang mengarut-ngarut pastu jawapan yang kita beri dia takleh terima! Hok aloh ...

Takkan sebab beralih bulan? Relevan lagi ke benda tu?? hehe

Tak suka marah budak kecik. Apapun kesalahan yang mereka buat, sedaya upaya aku akan cuba tanya dan selami sampai ke akar umbi! Marah selalu pun tak elok untuk diri mereka. Pasal tu jugak la aku kena tarbiyah ngan Pak Jelan malam tadi ... hehehe.

Tuesday, October 21, 2014

Tuesday, October 21, 2014

Kalau Dia Aku Punya ...!


Assalamualaikum!


Sampai sekarang aku masih terkenang-kenang akan kemaskulinan otot-otot pejalnya. Fuh! kali pertama jumpa pun dah sampai terbayang-bayang. Memori duduk berkepit bersama tadi memang tak dapat aku lupakan hingga kini ...!

Apakah aku dah jatuh cinta padanya?? Auuww ...!



Meet the debab boy! ^^

Tuesday, October 21, 2014

I Want To Touch A Dog


Assalammualaikum!


First time dengar tentang program ni, aku rasa pelik dan janggal! Tapi bila aku tengok wajah-wajah orang Melayu Islam dengan gelagat masing-masing memeluk dan memegang anjing seolah-olah macam pegang kucing dan arnab lagi buat aku geleng kepala!

Anjing adalah makhluk ciptaan Allah ... tiada sebab aku nak pandang jijik dan keji kat anjing dan babi. Tapi, apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini boleh menimbulkan fitnah dan kekeliruan di kalangan muslim dan non-muslim sendiri!

Ingat lagi tak kita pernah belajar najis ada 3 peringkat :

  1. Najis mukhafafah
  2. Najis mutawassitah
  3. Najiz mugholazah

Ingat lagi tak kita belajar anjing dan babi termasuk dalam kategori najis apa? What happened to that knowledge?? It's the basic our parents and ustazah teach us since we are children! How can we easily forget that??

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.