Breaking

Wednesday, November 05, 2014

Wednesday, November 05, 2014

Pembuli


Assalamualaikum!


Rakaman video pelajar dibuli dah jadi viral kat media sosial. Aku tak sanggup nak tengok sampai habis ... kesian tengok budak-budak tu kena sepak terajang. Aku tengok budak #singlethitam ngan geng dia hentam junior-junior tu pun dah menggigil tangan ni. Takleh bayangkan kalau yang disepak terajang tu anak aku ...! Sampai lubang cacing aku korek ko keluar!

Sesetengah orang cakap ragging session ni sebahagian dari proses 'ice-breaking' di sekolah bagi pelajar baru. Budak baru a.k.a junior wajib kena ragging ngan senior. Apa pekdahnya aku pun tak tau! 

Pukul memukul sepak terajang anak orang tak tentu hala! Eeeeeeeeiiiiiii ....! Perluke benda tu semua?? hantar Simpang Renggam terus kang ..haaaa!

Hakikatnya benda (buli pelajar) ni memang berlaku di kebanyakan sekolah. Bezanya dulu takda media sosial nak sharing benda ni. Tapi sekarang ... nah semuanya terbongkar! Nak salahkan siapa??


sumber : google
Wednesday, November 05, 2014

Majlis Pelancaran KL Kids Festival!


Assalamualaikum!





School holidays are cominggggg! Yessszaaa .... mesti anak-anak  kita dah tak sabar nak bercuti panjang kan! Apa plan korang tuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ni? Gi bercuti? gi jenjalan? balik kampung??

Wait seminit ...! Sebelum korang nak bawa balik kampung, meh sini aku nak kongsikan satu program menarik untuk anak-anak kita pada bulan Disember ni. Budak-budak mesti suka ni ...! Biasa tengok dalam tv je kan, tapi kali ni mereka akan datang menemui korang di sini KL, Malaysia!




Baru-baru ni aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran KL Kids Festival bertempat di The School by Jaya One di PJ. Pelancaran disempurnakan oleh YB P. Kamalanathan P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan sebagai tanda sokongan ke atas festival khusus untuk kanak-kanak yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.

“The festival is especially dedicated to kids so that they can have fun during the school holidays while participating in interactive workshops that cover both arts, performance, dance as well as science and technology. The festival is the first of its kind in Malaysia and we are happy to support it.”




Untuk pengetahuan korang, KL Kids Festival ini bakal diadakan selama 3 hari bermula 5 hingga 7 Disember ini, bertujuan mendedahkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di samping mendidik sambil menghiburkan mereka yang hadir.

Festival ini juga boleh memberi inspirasi dan menyerlahkan bakat anak-anak kita dalam pelbagai bidang yang mereka minati di sini. Kesemua aktiviti dan workshops bakal berlangsung di MARTRADE Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur dari 10am hingga 8pm selama 3 hari!





For your information juga, KL Kids Festival in dianjurkan oleh Mojo Live dan Universal Music Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Berucap di majlis tersebut, Pengarah Urusannya, Encik Aylwin Santiago berkata, “We are truly excited about organizing this kid-centric extravaganza. The three days are going to be packed with fun-filled activities and so many attractions to suit kids from ages 3 and up. There will be over 30 separate shows, performances, activities and workshops. We are bringing entertaining acts like GO! GO! GO! from the United Kingdom and Pororo, the Little Penguin from Korea and much more. No kid will go home bored!”

Selesai ucapan, kami dihidangkan dengan tayangan video pendek pelancaran KL Kids Festival dan seterusnya upacara perasmian. 




Menariknya di majlis tersebut, turut hadir ialah ahli silap mata Moudini yang menunjukkan skill magicnya sebagai simbolik kepada pelancaran majlis. YB Kamalanathan kena bakar kain (or kertas) dan Moudini akan buat something magical! hehe.




See see! terbakar dah ...! haha. YB ilek je aku tengok ... tapi dalam hati berdebar sapa tau kan haha.





Bila Moudini tutup bekas tu dengan penutup pastu buka balik, kuar la jambangan bunga cam kat atas tu hehe. Pastu dalam bunga tu ada pulak burung kaler hijau! hahaha. Tersengih YB :)





Yeaaaaa! dah rasmi ..! Eh apa Ning Baizura buat kat situ? Haaa Ning Baizura telah dilantik menjadi duta untuk KL Kids Festival ni tau. Kat majlis tu juga, aku jumpa Sharifah Sofea dan anak-anaknya tapi tak sempat nak bergambar pasal dah lambat dan tak sampai hati nak ganggu dia huhu.





Waahhhh! menarik kan! macam-macam aktiviti menarik untuk anak-anak kita selama 3 hari tu. Learn and have fun at the same time! ^^

So mana nak dapatkan tiket KL Kids Festival ni? Mudah je ...!

Melalui Groupon Malaysia :

a) one-day pass
  • RM40 per child (untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 15 tahun)
  • RM24 per adult

b) two-day pass
  • RM60 per child
  • RM30 per adult


Melalui Pintu Masuk
  • RM60 per child
  • RM40 per adult


Pakej School Trip
  • RM1000 for 40 kids & 4 adults
  • Belian tiket secara pukal juga boleh dibuat untuk syarikat korporat yang ingin sponsor golongan anak-anak kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim.
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi :

Athi : 012-2518649 atau 
Kim : 012-2980555 atau 


Tapiiii special offer ni akan tamat pada tengahmalam 4 Disember ini, so hurry up and get your tickets now at special price ok! ^^ 







Sebelum balik ......




Hahaha sapa lagi cute?? Tak dapat bergambar ngan selebriti pun takpe, janji dapat jumpa pororo! haha. Kemain muncung pororo tu...rasa nak cabut kepala dia bawa balik tunjuk kat anak-anak hehe. Kakak dan adik memang suka ngan kartun Pororo ni tau. Sorry ye anak-anak ... pororo yang nak bergambar ngan ibu ekekeke :p

Jangan lupa layari laman Facebook www.facebook.com/KLKidsFestival dan follow mereka di Instagram @KLKidsFestival.

Tiket-tiket boleh didapati di  http://gr.pn/KLKidsFestival.

Tuesday, November 04, 2014

Tuesday, November 04, 2014

Mana Ada Hantu??


Assalamualaikum!


Gelak besar aku ngan Pak Jelan dengar Mira bercerita pasal hantu semalam. Dia kalau bercerita kemain penuh semangat macam benda tu betul-betul berlaku! Aku ngan Pak Jelan iya kan aje la pasal tak mo kasi putus mood dia nak bercerita hehe.

Iye buuuuu .... kawan adik memang nampak hantu tu buat bunyi 'heeee heee heeee' (hantu mengilai barangkali)

kat mana dia dengar?

masa dia dalam perut ibu dia ....

apa yang dia buat dalam perut ibu dia???

dia baby kannnn ... memang la duduk dalam perut ibu dia! Ape la ibu ni ....!

Eh eh .... kita pulak! hahaha. 

Topik 'hantu' memang boleh jadi bualan hangat kami anak beranak. Bukan berborak atau bercerita sebab hantu itu hantu ini, tapi sebab 'bertekak' nak memahamkan diaorg dalam dunia ni MANA ADA HANTUUUUUUU .....!


Tuesday, November 04, 2014

Anak Cemburu


Assalamualaikum!


Aku tak pasti samada perasaan ini lahir di kalangan adik beradik yang sama jantina atau sebaliknya. Tapi, melalui pemerhatian aku terhadap pasangan yang dapat anak sepasang, kebarangkalian menghadapi masalah 'anak cemburu' ini agak kecil nak dibandingkan dengan anak yang sama jantina.

Mira lahir pada usia Wani genap dua tahun! Since adik lahir, tiada masalah cemburu ketara yang aku dapati antara mereka berdua. Kedua-duanya aku layan sama rata dan penuh kasih sayang. Maklumla, masa tu masing-masing masih kecil.

Kakak tak pernah jentik adik dia atau tarik rambut atau cuba 'mencederakan' ketika Mira masih baby. Kalau dia geram pun, dia akan cium dan gomol pipi dan mata si Mira. Pendek kata, aku tak pernah tertekan menjaga mereka berdua.


Monday, November 03, 2014

Monday, November 03, 2014

Aplikasi MyHRMIS Cuti Melalui Smartphone!


Assalamualaikum!




Dari zaman guna borang kertas, ke zaman teknologi komputer dan kini boleh dicapai melalui smartphone! Lepas ni, staf gomen takda masalah lagi nak mohon cuti :).

Minggu lepas aku dapat emel HRMIS kini boleh dimuat turun di smartphone! Pergh! Ini sudah bagus sehhh! Tak perlu nak buka kat pc selalu. 
Monday, November 03, 2014

Beri Support Kakak Nak Exam!


Assalamualaikum!

Dua hari aku tidak bersiaran di blog ini disebabkan hal-hal yang terjadi. Hanya mampu berdoa dan pasrah dengan kejadian yang menimpa. Itu tanda Allah sayang kita ... nak kasi peringat kat kita supaya jangan lupa Dia.

Dalam masa yang sama, aku kena kuatkan semangat. Semangat sebab kakak akan menempuh exam pagi ini! Yeah .... hari ni officially secara rasminya kakak akan menduduki peperiksaan SPM akhir tahun! haha. Kali ni betul-betul punya... aku tak tipu dan kakak pun tak blur dah!

Friday, October 31, 2014

Friday, October 31, 2014

Hampir Tertipu ..!


Assalamualaikum!


Malam tu aku ajak Pak Jelan dan anak-anak 'menerokai' pasar malam yang dah lama kami tinggalkan hehe. Weh! lama gak tak gi .... dekat 3 bulan dah rasa! Dah tu ... asyik sampai umah lambat je! Nak kejar solat maghrib lagi, budak-budak nak siapkan homework lagi, badan penat lagi ... akhirnya masak di rumah aje la huhu.



Friday, October 31, 2014

Blogger Masuk Mahkamah ...!


Assalamualaikum!

Tak tahu apa kesalahan yang telah aku lakukan, tetiba mak call minggu lepas suruh aku pergi mahkamah! Dah la tu ... mahkamah kat Rembau plak tu! Ntah masa bila plak aku melakukan kesalahan di negeri kelahiran mak aku tu. Angin takda ribut takda taufan takda tetiba kena masuk mahkamah kelmarin!


Thursday, October 30, 2014

Thursday, October 30, 2014

Libresse ® The Hunt Dengan Wajah Baru Dan Ciri Yang Lebih Baik!


Assalamualaikum!


Pemilihan tuala wanita yang sesuai adalah keutamaan yang terpenting sekali! Antara ciri-ciri tuala wanita yang paling diinginkan ialah TIADA KEBOCORAN! Ini kerana masalah kebocoran akan mengundang ketidakselesaan kepada kaum wanita ketika 'datang bulan' terutama sekali tiga hari pertamanya!

Cuba bayangkan kalau kita berjalan di tempat orang ramai tetiba belakang baju kita ada kesan tompokan merah dotdotdot ... hahaha tentu malu kan! Ish ... 

Atas keprihatinan berterusan oleh jenama tuala wanita yang popular hari ini, Libresse mengambil inisiatif memperkenalkan kempen sosial medianya iaitu, Libresse® The Hunt. Kempen ini dimeriahkan lagi dengan memperkenalkan dua produk terunggul barunya - Libresse Maxi Night Secure dan Libresse Longer and Wider CurveFit™ Liner.





Aku juga tidak ketinggalan menghadirkan diri di kempen Libresse The Hunt yang diadakan baru-baru ini di The School by Jaya One. Oleh kerana ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di sana, maka perjalanan aku sedikit mencabar semalam haha! Ini kerana aku menggunakan public transport dan berseorangan!




Tunggu bas 15 minit baq ang! 

Rupa-rupanya, Jaya One ni sangatlah dekat dengan opis aku di PJ hehe. Hanya perlu naik LRT ke Asia Jaya dan amik bas Rapid KL T628 untuk ke Jaya One. Oleh sebab aku tak familiar lokasi sebenar, aku minta tolong pakcik bas Rapid KL ni berhentikan bas kalau nampak Jaya One hehe.





Mujur pakcik ni baik hati. Terima kasih pakcik ....jasamu kukenang! :)





Hadirin yang datang memeriahkan. Tunggu masa nak masuk dalam.




Lepas register, setiap seorang diberikan goodie bag berisi antaranya borang ni. Ada simple game tuk yang hadir. Bloggers pun boleh join! ^^



Aku tiba di sana tepat jam 2.30ptg. Kempen Libresse The Hunt bukan saja bertujuan memperkenalkan produk terbarunya, tetapi ada game yang menarik disertai oleh orang ramai untuk merebut hadiah gempak dari Libresse! Memang gempak ... tak caya baca sampai habis! ;)




Dah isi borang game tadi, hadirin kena buat task yang pertama iaitu kira berapa perkataan 'Libresse' yang terdapat pada panel.

Sonang je ni! ^^




Cer korang kira pulak .... sama tak ngan apa yang aku dapat? hehe




Pastu main seluk-seluk pulak hehe. Seluk tangan dalam setiap kotak selama 3 saat dan teka apa ada dalam box tu.

Kotak 1 sampai 4 konfiden je aku jawab ... sampai kotak 5 aku dah blur! haha. 




Akhir sekali, shoot the target! hehe. Tembak mana-mana kad dan kad belakang kad tu ada nombor untuk cabutan bertuah nanti. Phew!





Diterajui oleh Adibah Noor dan Fahrin Ahmad, Libresse The Hunt bermula pada 7 Oktober 2014 dengan siri iklan dan petunjuk di www.thehunt.my untuk membantu pengguna dan peserta ingin tahu bagaimana untuk mencari beg bimbit yang hilang. Dengan tema 'perisikan', kempen ini berjalan selama tiga minggu berturut-turut di mana setiap minggu memberikan petunjuk berbeza untuk merungkai jawapan berbeza yang akhirnya membawa kepada penemuan isi kandungan beg bimbit.

Believe me ... memang berbaloi dengan hadiahnya! ^^




Menariknya di majlis pelancaran ini juga, aku dan rakan blogger serta yang hadir digalakkan merakamkan 'wefies' terhebat melalui 'Mobsta', serta aktiviti-aktviti samaran lain seperti mencari bilangan perkataan LIBRESSE, Kotak Misteri dan Latihan Sasaran. 

Syok woooo! Memang aku tak lepaskan peluang ini untuk bergambar sebanyak yang mungkin dengan mereka hehe ^^





Tegak berdiri ... skema sangat kan haha :D




Bersama Qaseh dan Sue Izza


Dari kiri : Ayu Rafikah, Sue Izza, Qaseh, aku, Nannie dan Ruby


Sakan masing-masing berposing hehehe :D

Kempen ini mencapai kemuncaknya dengan acara permainan yang menyeronokkan yang dihoskan oleh Adibah Noor dan Fahrin Ahmad. Tepukan gemuruh kedengaran apabila Adibah mengumumkan Top 2 agents dari siri permainan Libresse The Hunt. Dan, amatlah membanggakan salah seorang pemenang Top 2 tu adalah seorang blogger dan kawan kami ... weehuuu! ^^

Top 2 agents yang dimaksudkan ialah .....


Blogger Nannie Isa dan sorang lagi (baju putih).



Top 2 agents kita kena susun huruf untuk membentuk perkataan yang akan diberikan oleh Adibah Noor. Siapa susun cepat dan betul, maka dialah Top Agent sekaligus menjuarai permainan keseluruhannya!





Yeaaaa dah tahu siapa pemenangnya dah! Tahniah kepada pemenang kita kerana berjaya memenangi tempat pertama! Hadiahnya berupa iPad Air .... wow! masyukkkkk! hehe.




Tak lupa tahniah pada rakan blogger, Nannie Isa yang turut tidak pulang dengan tangan kosong. Dapat iPad mini tuuuuuuu! Tahniah Nannie .... ramai jeles ni! hehehe.





Seterusnya, majlis diteruskan dengan pelancaran 2 produk rangkaian terbaru Libresse, iaitu Libresse Maxi Night Secure dan Libresse Longer and Wider CurveFit Liner yang pasti memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.




Pengurus jenamanya Debbi Ho berkata, "Apa lagi cara yang lebih baik untuk memperkenalkan Libresse baru dengan melibatkan pengguna kami bersama kempen LIBRESSE THE HUNT? Aktiviti medial sosial ini menggalakkan pengguna mengambil bahagian dalam permainan pelbagai tahap untuk merungkai petunjuk dan jawapan yang membawa kepada kemenangan juga lebih ganjaran. Ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan untuk kepercayaan mereka terhadap jenama Libresse selama ini."

Selepas itu, Adibah Noor dan Fahrin Ahmad  meneruskan acara dengan mengumumkan Top 8 agents yang terpilih memenangi Libresse The Hunt. Kesemua pemenang dikumpulkan di atas pentas, dan memang tergamam apabila diumumkan hadiah yang mereka menang semalam!




Setiap seorang membawa pulang ipod nano ....wuuuhuuuu! Mengucap syukur masing-masing :)



Rangkaian terbaru ini boleh didapati di kebanyakan pasar raya, kedai serbaneka, farmasi, pasar mini dan kedai runcit di seluruh Malaysia. Rangkaian Libresse Tanpa Haruman dijual pada harga RM2.95 ke RM14.90 manakala rangkaian Baru, Haruman Teh Hijau adalah di antara RM3.30 ke RM15.90.

Korang boleh layari www.libresse.com.my 

atau

http://www.facebook.com/LibresseMalaysia









Sekali lagi, tahniah  kepada semua pemenang yang diraikan dan syabas Libresse di atas pelancaran dua produk baru ini. Memang happening dan seronok berada di sini semalam! The food was good, the crew was nice and overall I'm happy to be here with my friends.





Last but not least, thank you Libresse for the goodies! ^^


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.