Breaking

Wednesday, January 21, 2015

Wednesday, January 21, 2015

Nurul Hazwani


Assalamualaikum!




Tahun ni kakak dah 8 tahun. Dah besar dah anak ibu yang sulung ni. Masuk minggu ke dua persekolahan, ibu tengok so far so good. Takde lagi insiden culture shock seperti tahun lepas hehe. Dan ibu harap sepanjang tahun ni, kakak dapat menghabiskan sesi persekolahan dengan happy dan tenang. 

Ibu pun tak risau banyak sebab kakak dah boleh berdikari sikit terutama bab menyiapkan homework. Kalau perlu bantuan pun time nak nyusun buku sebab kat jadual tu cikgu suka tulis nama subjek ikut shortform. Jenuh ibu nak mikior ape benda buku yang sepatutnya kakak kena bawa. Bila ibu tanya kakak ... kakak pun blur! Ha baguslah ... mak blur anak pun blur hehe.

Tuesday, January 20, 2015

Tuesday, January 20, 2015

Rahsia Telur Dadar Jadi Sedap!


Assalamualaikum!

Sabtu lepas demam kakak kembali ..! Khamis sebelumnya dah mc sehari ... haihhh baru bulan Januari dah mc ye kak hehe. Patutnya pagi tu ada sambutan maulidur rasul di sekolahnya, tapi aku tak benarkan dia pergi sebab suhu badan naik. Kesian kakak ... berkobar-kobar dia nak pergi tapi dah ibu tak benarkan atas sebab kesihatan, maka terpaksa turutkan.

Dalam tak sihatnya tu, sempat lagi dia bukak soalan kat ibu ...

Bu ... kakak tak pergi maulidur rasul ni camna kakak nak selawat nanti?

Sayang ... nak selawat tak semestinya kena tunggu maulidur rasul, dan tak semestinya kena buat ramai-ramai  dan tak semestinya di masjid. Dimana-mana pun kakak boleh berselawat ... even kakak tengah baring-baring tengok tv pun masih boleh selawat. Macam yang ibu selalu cakap, luangkan masa 5 minit tuk selawat ke atas Nabi .. itu pun dah cukup kak. Dah ... kakak just rehat, nanti ibu cakap ngan cikgu kenapa kakak tak dapat pergi ..ok

Pastu barulah dia rasa lega sikit.


Tuesday, January 20, 2015

Tanda-tanda Badan Tak Sihat


Assalamualaikum!

Cuaca dah tak menentu sekarang ni. Kalau bulan lepas hujan lebat, suhu pun sejuk. Tapi bulan ni terasa dah kepanasannya. Even malam pun panas sekarang ni, tak hairanlah kalau ramai yang ngadu tak sihat kebelakangan ni.

Minggu lepas kakak tak sihat, minggu ni berjangkit kat ibunya. Dari malam Sabtu aku bertahan sampai malam Ahad ... mula-mula batuk ngan selsema je. Pastu melarat ke demam dan sesak nafas. Buat keje sikit sesak nafas. Berjalan dalam rumah jadi sesak nafas. Baring tak kena ... mengiring tak kena. Satu-satunya posisi yang selesa bagi aku ialah menonggeng! Dalam keadaan menonggeng tu la baru pernafasan aku clear.

Monday, January 19, 2015

Monday, January 19, 2015

Satay Ikan Snek Yang Menggiurkan!


Assalamualaikum!




Inilah yang dinamakan ... SEKSI! haha. Time nak tunggu kakak balik dari sekolah agama petang, ada sorang brader ni jual satay ikan depan sekolah. Kalau ikutkan marketing strategy, ko jual la apepun depan sekolah nescaya memang laku! hahaha. Inikan pulak satay ikan ... dah la brader tu sorang je yang menjual di situ memang haruslah laku.

Time sekolah rendah lagi aku dah merasa kesedapan satay ikan ni. Bukan satay dia je yang harus sedap tapi sos kuah tu harus mantop! Punyela sedap sos kuah tu aku hirup sampai habis! hehe.
Monday, January 19, 2015

Powerbank Sofia The First


Assalamualaikum!




Seni tidak mengenal umur, tidak kira masa dan dimana saja! Barangkali itulah tagline kakak dan adik hehe. Adeeeee saje benda nak dibuat selagi mata tu celik. Idea datang tak kira masa ... apa saja yang dipegang dalam tangan pasti akan bertukar jadi benda lain akhirnya ...haha!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.