Family Time
Monday, February 02, 2015
Ini Semua Salah Ibu!
Assalamualaikum!
Dah 2 minggu dia asyik tanya soalan yang sama. Nak dibantah tak sampai hati ... nak diikut hari-hari sekolah, mana sempat nak pergi sana. Tapi semalam kan cuti, so dengan niat tulus ikhlas seorang ibu tidak mahu menghampakan permintaan si anak ... maka, kami tiga beranak pun berangkat la ke Perpustakaan Negara!
Tiga beranak je .... ayahnya dah selamat mendarat di Kuantan untuk jangkamasa yang agak lama. Takpe .. kami dah biasa ditinggalkan demi tugas hehe. Tinggal girl power je la hehe. So, pagi semalam lepas brekpes dan hantar ayahnya ke opis, kami patah balik ke Perpustakaan Negara.