Breaking

Sunday, February 15, 2015

Sunday, February 15, 2015

Shoe Hunting Untuk ....


Assalammualaikum!


Dekat-dekat nak CNY ni, seronok tengok orang shopping sana sini bawa family. Tapi yang tak tahannya kena handle anak-anak bila di tengah-tengah orang ramai... ! Seronok seronok juga tapi kalau sampai anak dah terlepas dari tangan ibu ayah time memilih barang ... yang tu memang boleh mengundang trauma!


Friday, February 13, 2015

Friday, February 13, 2015

Luncheon Di Restoran Kapitan


Assalamualaikum!

Tergerak pulak kaki ni menerjah AmCorp Mall hari ni. Mentang-mentang semalam dah gaji, harini berani la nak jejak kaki di sana kan huhu. Kali ni aku lunch kat Restoran Kapitan kat Ground Level, AmCorp. Kak Tun la dok canang kata mee kari kat sini sedap, so harini jom ikut Kak Tun makan sana ye!


Inilah restorannya .. Restoran Kapitan terletak di Ground Level. Ni first time aku makan kat sini, memandangkan Kak Tun kata mee kari sini memang recommended so why not aku cuba kan hehe. 

Friday, February 13, 2015

Lelaki


Assalamualaikum!




Langit tak secerah seperti kebiasaannya sejak seminggu lalu. Lebih suram dalam dua tiga hari yang lepas. Mendung tapi tak hujan ... panas tapi langit kelam. Dan malam tadi, rembesan hujan lebat membasahi lantai bumi. Rupa-rupanya murobbi kami telah pergi menghadap Ilahi ....

Belum pun hilang kesedihan di atas pemergian tokoh pengulas sukan arwah petang semalam ... kita dikejutkan pula dengan pemergian tokoh ulama, murobbi kesayangan Tok Guru Niz Aziz pada sebelah malam.

Thursday, February 12, 2015

Thursday, February 12, 2015

Peraturan Gajet


Assalamualaikum!


Pemantauan berterusan menunjukkan perubahan yang baik bagi permulaan tahun 2015. Wah! macam buat marketing report pulak ye hehe. Alhamdulillah ... sekarang dah masuk pertengahan bulan kedua tahun 2015, kakak dan adik sudah boleh 'hidup' tanpa gajet! haha. Bukan sepenuhnya .. tetapi dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh aku.

Sejak tahun lepas lagi, aku telah menguatkuasakan peraturan WAJIB untuk dua beradik ni. Apakah peraturan itu? No gadgets on school days. Isnin sampai jumaat tak dibenarkan untuk mengadap iPad, henpon atau laptop. Memula berkuatkuasanya peraturan ni, dua beradik tu agak payah nak ikut. Ada masanya aku dapat tangkap kakak atau adik sorok-sorok main game dalam iPad haha. Bila ibu dapat tau ape lagi ... kembangla segala rerambut yang ada macam mak singa! haha.



Thursday, February 12, 2015

Jom Pergi London!


Assalamualaikum!


"buu... nantikan bulan disember kakak dah ada duit ... katakan kakak ada lima ribu ibu ada seribu ... kita gi london nak?"

Tanjat ibu gegurl semalam bila kakak ajukan soalan tu haha. Tetiba fefeeling london ni apeke heinye anak dara sulung aku ni? Speaking london pun tak lepas level lagi dah nak pasang angan jejak kaki ke sana hehe.


Wednesday, February 11, 2015

Wednesday, February 11, 2015

Aku & Kembar


Assalamualaikum!

Sebagai anak bongsu dari 3 beradik, hidup aku agak sunyi la time kecik-kecik dulu. Ye la ... teman bermain dalam umah takda! Nak bermain nak bergelak kena turun bawah jumpa kengkawan hehe. Jarak umur antara aku dan kakak dan abg aku hampir 8-9 tahun ... so pergaulan tu tak berapa nak mesra alam sangat time tu haha.

Ye la .. time tu diaorg dah dewasa tapi adik bongsu diaorg ni masih kebudak-budakan. Time aku remaja diaorg dah kuar bekerja dan ada kehidupan sendiri. Dan aku selalu jadi 'orang gaji' tak berbayar tuk abg aku dulu. Time nak makan nasi dia akan panggil aku suh amikkan nasi dan lauk tuk dia. Grrrr .... hahaha! Tapi takde plak aku memberontak atau menjawab dia seingat aku hehe. Ikut je la ape abg tu suruh buat .... budak-budak lagi kan! Haih ... senang-senang kena buli T__T


Wednesday, February 11, 2015

Terjebak Dengan Feast of Gods!


Assalamualaikum!

Last drama Korea yang aku tengok ialah citer Full House. Citer ni rasanya semua orang tahu dop. Sapa hero dan heroinnya jangan tanya aku, sebab aku tak amik port sangat pasal profile diaorg hehe. Boleh tahan best jugak citer dia, tapi selain citer dia lagu tema citer ni pun aku suka. Tapi suka-suka gitu je la ... takda la sampai nak menghafal senikata bagai! huhu.




Sebetulnya, aku bukan peminat citer drama Korea ni. Maksud aku, aku bukan peminat tegar ...! Yang mana jalan citer tak lembap atau boring sangat tu aku tengok la hehe. Citer Korea ni kalau ko nak faham dan layan bebetul, ko kena tengok dari awal. Kalau ko tengok dah separuh episod ... alamat memang ko tak faham la kenapa citer dia jadi begitu dan begitu hehe. 

Tuesday, February 10, 2015

Tuesday, February 10, 2015

Silap Percaturan!


Assalamualaikum!


Keluar mulut singa masuk mulut buaya! Haaa gitulah alkisah hikayat petang semalam haha. Inilah punca utama kenapa aku 'lari' ke Kuantan 10 tahun yang lalu! Aku rela tinggalkan KL .. tempat aku membesar semata-mata nak lari dari 'masalah' yang satu ni!

Indahnya kehidupan di Kuantan ... rumah sebelah pangkalan TUDM. Jarak opis dengan rumah hanya 5 minit! Time tu aku takda kereta lagi .. baru nak mula membina kerjaya tetap di sana. Pergi keje hanya dengan berbasikal!

Tak pernah aku malu pergi keje ngan basikal. Malah aku rasa bebas dan sihat! Keje syif pagi naik basikal, keje syif malam naik basikal. Umah ngan opis bukan jauh sangat .... tak sampai 2km pun ... hanya perlu lepasi pemeriksaan provos di pintu masuk belakang. Tapi kalau pintu belakang tutup, aku terpaksa berbasikal ke pintu gerbang utama di depan. Kalau kayuh basikal tepi jalan tu, lori lalu memang bergoyang-goyang basikal aku hehe.

Oh kenangan ... kehidupan sederhana di sana mengajar aku untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki. Moga aku tak lalai dengan kesenangan duniawi.

Transfer ke KL .. semuanya berubah! Well, aku memang patut dah jangka semua ni. Situasi trafik di KL ni memang takkan pernah berubah. 


Tuesday, February 10, 2015

Bila Mira Beli Sendiri


Assalamualaikum!




Bakat terkini yang makin terserlah dari hari ke hari. Inilah kepandaian terbaru my kenit yang berumur 6 tahun ini. Sekarang dah pandai menyopping sendiri dahhhh ...! Sejak duduk di transit baru ni, adik semakin bijak menggunakan kuasa membelinya hehe.

Monday, February 09, 2015

Monday, February 09, 2015

Sama-sama Beringat!


Assalamualaikum!



Hurmm ... tak siapa minta tragedi sebegini menimpa diri dan keluarga. Dalam kita berhati-hati pun, benda kalau nak jadi ..jadi jugak. Tapi itu tak bermakna kita hanya membiarkan ia terus berlaku. Kena sentiasa beringat ... kena sentiasa melihat.

Walaupun sekarang ni aku dah duduk di rumah apartmen, tapi time petang budak-budak memang ramai bermain kat tempat parkir bawah tu. Kalau nak gostan kereta memang kena intai-intai kat belakang takut-takut budak kecik dok bermain di belakang.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.