Story Kenit
Monday, March 02, 2015
'Berkampung' Di Perpustakaan Negara
Assalamualaikum!
As per requested by kakak, baru-baru ni aku bawak diaorg pergi Perpustakaan Negara. Setelah beberapa minggu bertanya bila boleh pergi, akhirnya sampai juga sana hehe. Terkejut jugak memula dengar permintaan anak dara sulung aku ni. Apela kepelikan sungguh mintak nak pergi perpustakaan? hehe. Atau mungkin sebenarnya ibu yang pelik sebab fikir tempat macam perpustakaan tak fun tuk kakak dan adik? Well ... i was pelik indeed!
Dah banyak tempat yang ibu bawak kakak dan adik pergi. Walaupun sekadar di dalam negara dan dekat-dekat aje, tapi niat ibu nak gembirakan kakak dan adik di samping mengisi masa lapang bersama family.
Tapi, ibu lupa kakak dan adik juga suka mendekatkan diri dengan aktiviti yang berguna seperti ini. Dan, permintaan kakak sedia ibu penuhi sebab it's a good request. Takda alasan tuk ibu menolaknya ..!