Breaking

Saturday, March 07, 2015

Saturday, March 07, 2015

Minat Mereka Sama!


Assalamualaikum!


Aku rasa inilah kelebihannya bila mempunyai adik beradik yang boleh berkongsi minat dan bermain bersama. Sebagai anak bongsu, aku tak dapat merasa tu semua dulu. Aku takda adik yang boleh diajak bermain. Teman aku bermain dalam umah adalah kucing-kucing yang aku pelihara ketika berumur 12 tahun. Sebab tu abah benarkan aku bela kucing dulu .... supaya aku ada 'teman' bermain. Bila ada kucing, aku boleh habiskan masa duduk di rumah instead of bermain kat luar.

Seperti mana kami, ibu dan ayah cuba untuk meluangkan masa bersama kakak dan adik sejak dari kecil, begitu jugalah aku perlu membiarkan mereka meluangkan masa berdua bersama ... just the two of them. Perempuan sama perempuan lebih mudah berkongsi minat dan permainan. Walaupun ada masanya, masing-masing tunjuk 'drama swasta' tapi masih boleh bertoleransi ketika bermain bersama.


Friday, March 06, 2015

Friday, March 06, 2015

Pendaftaran Tahun 1 2016 - Daftar Online Darjah 1


Assalamualaikum!

Bizi giler aku seminggu ni, dengan kursus lagi ... dengan kerja menimbun lagi! Alhamdulillah habis kursus, aku setelkan semua kerja yang tertunggak selama 3 hari. Barula lega sikit sekarang semua dah kembali ke keadaan normal hehehe.

Tetiba teringat pulak adik yang akan masuk darjah 1 tahun depan. Hurm .. besar dah anak dara kecik aku tu. Alhamdulillah ... dalam pada dok merengek-rengek, dok ber'drama swasta' dengan air matanya tu, membesar jugak dia dengan jayanya hehehe.


Thursday, March 05, 2015

Thursday, March 05, 2015

Pemenang Simple Delifrance Giveaway - Nukilan Kenit


Assalamualaikum!





Minggu lepas telah berlangsungnya Simple Delifrance Giveaway - Nukilan Kenit. Alhamdulillah, walaupun tempoh GAnya pendek aje, tapi syukur dan terima kasih aku ucapkan pada yang sudi support dan join. So, takmo buang masa .. jom kita chekidaut nama-nama pemenangnya! Yeahhh .....!

Oh sebelum aku umum pemenangnya, aku nak umumkan jawapan TEPAT bagi 3 soalan yang dikemukakan. Senang giler punyer soalan ... tengok gambar dah tahu jawapannya kannnn!

Jawapan 3 menu Delifrance :

1. Meatball Pasta
2. Chicken Crois-Bread
3. Provencal Lamb Shoulder


Yeaaaaa! ada sapa-sapa jawab betul seperti diatas? Meh kiter tengok sapa yang kenaaaaaaaaaa! ^^


Pemenang 5 keping Voucher Delifrance:
  1. irra yyan
  2. Miss Moon
  3. Diana Rashid
  4. NA
  5. Cikna
  6. IbuNoey
  7. vANniLLa cHoCoLaTe

Tahniah dan tahniah kepada semua pemenang! Actually, jawapan cik 
vANniLLa cHoCoLaTe sedikit 'tersasar' tapi still aku nak hadiahkan voucher Delifrance sebagai tanda penghargaan dan support beliau terhadap GA aku kali ni. 

Kepada semua pemenang di atas, sila pmkan butiran peribadi berikut secepat yang mungkin di fb. Korang boleh pm kat fanpage Nukilan Kenit (lihat kat sidebar) atau kat personal fb aku (HanimHashim). Yang mana satu pun boleh, nanti aku akan sentiasa check dari masa ke semasa.

Aku harap korang dapat berikan butiran peribadi secepat mungkin supaya aku boleh pos serentak kesemua voucher tersebut. 

Pemenang Simple Delifrance Giveaway

Nama :
Alamat :
No. tel : 

Again terima kasih sumer pada yang sudi support dan join. Terima kasih Delifrance and love you all! ^^



   

Wednesday, March 04, 2015

Wednesday, March 04, 2015

Tips Tidak Mengantuk Ketika Berkursus


Assalamualaikum!




Oohhh perkara ini memang banyak kali terjadi setiap kali berkursus. Terutama kalau ko pergi kursus yang hanya banyak bercakap dari melakukan aktiviti. Kelas pulak ber-aircond, lagi sedap kite menguap hehe.

Aku biasa mengantuk dalam kursus. Mungkin terbawa-bawa sejak dari bangku sekolah lagi, tambah dalam kelas Sejarah .. aku mesti mengantuk! hehe. Tapi, ada satu dua kursus yang aku rasa seronok dan puas! Contohnya macam kursus tahun lepas bersama CuteCarry, memang happening dan puas giler! Ade aku kongsikan di blog ni. 

Tuesday, March 03, 2015

Tuesday, March 03, 2015

SMART Library by SAMSUNG


Assalamualaikum!

Pernah tak aku habaq yang aku dah lama tak mai Perpustakaan Negara? Haaa dah habaq kan ... arini aku nak habaq lagi yang sepanjang aku tak mai sini, memang banyak yang dah berubah! Bukan takat tang register je tak pakai borang segala ... tapi ada pulak SMART Library ni ha! Menatang ape SMART Library ni? Ape ... library yang sedia ada tak cukup smart ka? hahaha.

Patience Hanim ... patience. Jangan kalut ngat! Citer one by one yek! hehe ^^



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.