Breaking

Thursday, March 12, 2015

Thursday, March 12, 2015

Nota Saya Untuk Cikgu Farizan


Assalamualaikum!




Luahan hati seorang murid terhadap cikgu di sekolah. Kakak sendiri yang tulis nota ni semalam, katanya untuk cikgu Farizan. Bila ditanya cikgu Farizan ajar subjek apa di sekolah kakak, jawabnya dia tak ajar pun cuma rasa sedih sebab cikgu nak pindah. Pulokkkk .... hehe.

Lalu, melalui nota ni la dia meluahkan kesedihan di atas perpisahan dengan cikgu Farizan. Personally, aku tak cam yang mana satu cikgu Farizan, tapi bila baca nota kakak ni, touching pulak rasanya.  Sayang jugak dia pada cikgu-cikgunye hehe. 

Thursday, March 12, 2015

Kakitangan Wanita Dapat Kelonggaran Waktu Bekerja!


Assalamualaikum!


Datuk Seri Rohani Abdul Karim


Wahhh! ini sudah bagusss ...! Dapat kelonggaran waktu bekerja di samping boleh pilih pulak kaedah bekerja yang lebih fleksibel. 

Menurut apa yang aku faham dari artikel INI la yek , perlaksanaan inisiatif yang baru diperkenalkan ini akan dapat dinikmati oleh kakitangan awam wanita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Wednesday, March 11, 2015

Wednesday, March 11, 2015

Bertabahla Ibu!


Assalamualaikum!




Hanya status di fb menjadi tali penghubung 'kami' untuk tempoh 12 jam ni haha. Tertinggal di rumah pun tak rasa tingtong camni hahaha. Tapi, nak wat cemana ... kena think positif! Bertabahlah Hanim ..... memang malam ni ko takkan dapat menatap wajah 'baby' kesayangan ko tu hahaha. Mujur tak tercicir di jalanraya. Tertinggal kalu .... tangisan meroyan la jadiknye aku hahaha. 
Wednesday, March 11, 2015

Projek DSV : Buyung


Assalamualaikum!

Oohhhh .. ini sebabnya dia mintak plastesin semalam. Untuk projek sekolah katanya. Tak pulak aku tanya nak buat apa. Petang semalam, dia cakap budak yang tak bawa plastesin ke sekolah kena siapkan di rumah dan hantar esok (hari ni). 

Laaaa ..... duit yang ibu bagi semalam tu pegi mane?

Kakak beli makanan ....

Hurmm ... beli makanan takpela. So, pas maghrib semalam aku bawak di gi kedai beli plastesin. Bersinar-sinar muka dia kalau kata nak pegi kedai hehe. Yang adik kena tinggal .. pasal lambat sangat mandi! Ayah dia kata, Mira menangis kuar dari bilik air bila tahu ibu dan kakak gi kedai haha. Tu la ... lambat lagi mandi!
Wednesday, March 11, 2015

Mung Letak La Taik Babi Sekali Pun!


Assalamualaikum!




Tak jalannnnnnnn ...! Walau beribu fakta dan bukti dilemparkan ke muka mereka, tetap takkan ada perubahan. Jika ada, hanya segelintir yang sedar .... minoriti! Yang majoriti? pe citer? Segala macam jenis ketakutan sudah terpampang di depan mata mereka ... pun masih juga 'sedap' menghisap huhu.

Aku tahu artikel di atas ni diedit tajuknya. Tapi, kalau benar ada taik babi dalam puntung rokok tu, adakah mereka akan berhenti merokok? Hatta, bila fatwa telah benar mengharamkan rokok pun mereka tak boleh ikut ... inikan pulak ko cakap ada darah ... taik babi dalam puntung rokok. DNA babi dalam coklat tau pulak ko geli ye!

Tuesday, March 10, 2015

Tuesday, March 10, 2015

Ada Benda Yang Ibu Takkan Layan!


Assalamualaikum!

Kalau diikutkan hati, memang tak puas lagi mulut ni membebel ke dia. Membebel bukan tujuan suka-suka tapi teguran atas kesilapan sendiri. Ada benda ibu boleh bertolak ansur, ada benda ibu takkan layan!

Bukan tak diingatkan sebelum ni, tapi aku muhasabah diri jugak. Sedangkan kita ni dulu pun kerap terlupa jugak inikan pulak budak-budak. Tapi, kalau tidak ditegur .. diajar nanti jadi tabiat! Mintak barang last minit ... cukup ibu tak berkenan!


sumber : google

Monday, March 09, 2015

Monday, March 09, 2015

Pertama Kali Pakai & Dia Sukakannya!


Assalamualaikum!


Dah lama dia perhatikan ibunya ni. Sejak ibunya jatuh cinta dengan shawl, dia pun sama terikut nak menggayakannya. Dok tengok ibu pusing shawl dari depan ke belakang di depan cermin, kemudian tusukkan pin comel di tepi dan atas tudung barangkali telah menarik perhatian anak dara sulungku ini hehe.

"Bu ... boleh tak kakak nak pakai tudung ni?" sambil tunjuk tudung shawl aku.

Ada 2 helai shawl aku yang dah tak boleh dipakai lagi. Bukan tak boleh pakai sebab rosak tapi sebab shawl tu pendek, tak sesuai untuk aku yang berleher jinjang ... tak menutupi dada! Amboiiii jinjang la sangattttttt! hahaha. Dari shawl tu tak berpakai, baik diberikan pada kakak kan. 

Teruja dia mendengar bila aku membenarkan dia memakainya malam tadi.



Saturday, March 07, 2015

Saturday, March 07, 2015

Minat Mereka Sama!


Assalamualaikum!


Aku rasa inilah kelebihannya bila mempunyai adik beradik yang boleh berkongsi minat dan bermain bersama. Sebagai anak bongsu, aku tak dapat merasa tu semua dulu. Aku takda adik yang boleh diajak bermain. Teman aku bermain dalam umah adalah kucing-kucing yang aku pelihara ketika berumur 12 tahun. Sebab tu abah benarkan aku bela kucing dulu .... supaya aku ada 'teman' bermain. Bila ada kucing, aku boleh habiskan masa duduk di rumah instead of bermain kat luar.

Seperti mana kami, ibu dan ayah cuba untuk meluangkan masa bersama kakak dan adik sejak dari kecil, begitu jugalah aku perlu membiarkan mereka meluangkan masa berdua bersama ... just the two of them. Perempuan sama perempuan lebih mudah berkongsi minat dan permainan. Walaupun ada masanya, masing-masing tunjuk 'drama swasta' tapi masih boleh bertoleransi ketika bermain bersama.


Friday, March 06, 2015

Friday, March 06, 2015

Pendaftaran Tahun 1 2016 - Daftar Online Darjah 1


Assalamualaikum!

Bizi giler aku seminggu ni, dengan kursus lagi ... dengan kerja menimbun lagi! Alhamdulillah habis kursus, aku setelkan semua kerja yang tertunggak selama 3 hari. Barula lega sikit sekarang semua dah kembali ke keadaan normal hehehe.

Tetiba teringat pulak adik yang akan masuk darjah 1 tahun depan. Hurm .. besar dah anak dara kecik aku tu. Alhamdulillah ... dalam pada dok merengek-rengek, dok ber'drama swasta' dengan air matanya tu, membesar jugak dia dengan jayanya hehehe.


Thursday, March 05, 2015

Thursday, March 05, 2015

Pemenang Simple Delifrance Giveaway - Nukilan Kenit


Assalamualaikum!





Minggu lepas telah berlangsungnya Simple Delifrance Giveaway - Nukilan Kenit. Alhamdulillah, walaupun tempoh GAnya pendek aje, tapi syukur dan terima kasih aku ucapkan pada yang sudi support dan join. So, takmo buang masa .. jom kita chekidaut nama-nama pemenangnya! Yeahhh .....!

Oh sebelum aku umum pemenangnya, aku nak umumkan jawapan TEPAT bagi 3 soalan yang dikemukakan. Senang giler punyer soalan ... tengok gambar dah tahu jawapannya kannnn!

Jawapan 3 menu Delifrance :

1. Meatball Pasta
2. Chicken Crois-Bread
3. Provencal Lamb Shoulder


Yeaaaaa! ada sapa-sapa jawab betul seperti diatas? Meh kiter tengok sapa yang kenaaaaaaaaaa! ^^


Pemenang 5 keping Voucher Delifrance:
  1. irra yyan
  2. Miss Moon
  3. Diana Rashid
  4. NA
  5. Cikna
  6. IbuNoey
  7. vANniLLa cHoCoLaTe

Tahniah dan tahniah kepada semua pemenang! Actually, jawapan cik 
vANniLLa cHoCoLaTe sedikit 'tersasar' tapi still aku nak hadiahkan voucher Delifrance sebagai tanda penghargaan dan support beliau terhadap GA aku kali ni. 

Kepada semua pemenang di atas, sila pmkan butiran peribadi berikut secepat yang mungkin di fb. Korang boleh pm kat fanpage Nukilan Kenit (lihat kat sidebar) atau kat personal fb aku (HanimHashim). Yang mana satu pun boleh, nanti aku akan sentiasa check dari masa ke semasa.

Aku harap korang dapat berikan butiran peribadi secepat mungkin supaya aku boleh pos serentak kesemua voucher tersebut. 

Pemenang Simple Delifrance Giveaway

Nama :
Alamat :
No. tel : 

Again terima kasih sumer pada yang sudi support dan join. Terima kasih Delifrance and love you all! ^^



   

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.