Breaking

Tuesday, April 21, 2015

Tuesday, April 21, 2015

Bila teringin kan ....


Assalamualaikum!


Balik petang semalam tetiba teringat kat benda tu. Anak mintak lama dah ... tapi mintak kat maknya. Ni maknya nak try mintak kat ayahnya pulak hehehe.

"Jom yong tau foo nak? kakak dah lama nak makan ...."

"Ni anaknya yang mintak ke ... ibunya yang nak?"

Hurmm.... anaknya yang mintak. Ibunya cuma menyampaikan je. Tapi kalau ayahnya nak belanja ibu sekali apa salahnya ... menumpang sekali hajat anak hehehehe :D



Monday, April 20, 2015

Monday, April 20, 2015

Anak Patung Tanpa GST!


Assalamualaikum!




Nah ..! hamik mung stok anak patung untuk kakak dan adik sehingga mencapai umur akil baligh ... hehehe. Dah akil baligh sok takleh nak main-main timang lagi tau. Ni pun dok mikir mana nak disumbat semua anak patung ni ...! >.<
Monday, April 20, 2015

Video Lama


Assalamualaikum!



Ya Allah ...! Akhirnya aku dapat balik semua video anak-anak aku dari akaun fb lama. Akaun fb yang lama dulu telah dibolosi oleh hacker.... hurmm. Syukur alhamdulillah .... Pak Jelan berjaya 'menyelamatkan' semua video ni, kalau tak habislah kenangan kakak dan adik masa kecik-kecik dulu huhu.

.




Monday, April 20, 2015

Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 4


Assalamualaikum!




Akhirnya kami sampai ke destinasi terakhir dalam program 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015. Lokasi terakhir kami ialah di Maahad Integrasi Tahfiz Sains &Teknologi Klang (SM Tahfiz Sains Klang), Alam Impian Shah Alam.

Maahad yang mula beroperasi pada tahun 2009 ini menempatkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 dan juga dibiayai sepenuhnya oleh  JAIS terutama dari segi makanan dan tempat tinggal. LZS (Lembaga Zakat Selangor) turut memberi bantuan RM150 kepada pelajar-pelajarnya setiap bulan.

Saturday, April 18, 2015

Saturday, April 18, 2015

Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 3


Assalamualaikum!


Antara soalan yang sering diajukan, kenapa orang zakat lambat sangat bagi bantuan? nak buat apa simpan duit zakat banyak-banyak tu? ramai lagi orang susah kat luar sana, kenapa orang zakat tak dekati dan bantu mereka?

Melalui perbualan kami dengan pegawai zakat yang juga mengikuti konvoi jelajah asnaf ni, beliau mengatakan bahawa bantuan zakat yang diberikan kepada penerima asnaf perlu dilakukan dengan betul, adil dan saksama. Kerana ia adalah amanah dari pembayar zakat, tak boleh la nak bagi semberono dan sewenang-wenangnya tanpa tapisan.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.