Breaking

Saturday, May 16, 2015

Saturday, May 16, 2015

Hampa...


Assalamualaikum!


Muka monyok .... sebab yang dihajat tak kesampaian. Puas musing satu PJ tapi tak berjumpa tempat yang nak dicari. Frust giler si Mira...dah nak buek cemano!

Akhirnya kami amik keputusan untuk balik ke rumah je la. Kakak lambat lagi nak habis program di sekolah. Ayah pulak nak gi nolong orang angkat barang pindah rumah. Maka, kami dua beranak je la balik naik lrt. Sempat juga dia menge'pau' air ribena kat lrt tadi..hehe. Takpela...asalkan tak buat muncung itik dah!




Petang kang nak kena pergi kedai Mei Meei pulak...haihhh ingat senang ke nak pujuk budak kecik ni? Heeeeee....



Thursday, May 14, 2015

Thursday, May 14, 2015

Amaran Untuk Jutawan : Telur Goreng Milik Kami!!!


Assalamualaikum!

Gila! Memang kerja gila ...! Korang tau tak pasal ni? Kalau dah sampai tahap macam ni, memang patut kena protes! Siapa dia nak ambil hak cipta resepi itu dari kami?? Mentang-mentang dia orang kaya punya wang satu juta ... boleh beli semuanya? boleh miliki semuanya?? Mengarut!

Walaupun aku bukan blogger masakan, tapi aku tak pernah terfikir sampai nak ambil hak cipta resepi telur goreng. Agak-agak la pun nak buat macam tu .... walaupun pada orang lain resepi telur goreng tu hanya ... telur goreng tapi itulah antara makanan kegemaran anak-anak aku!

Bayangkan lah kalau jutawan gila tu ambil hak cipta resepi telur goreng ... kita semua tak boleh nak goreng telur guna resepi biasa yang kita buat. Dah tu .. lepas ni anak-anak aku dah tentu tak boleh makan telur goreng kesukaan mereka. Kesian mereka ....




Sesuatu perlu dibuat ...tak puas hati aku kalau terus berdiam diri! Resepi telur goreng pun nak dikebasnya .. macam takda resepi lain dah ke??? Kenapa perlu nak beli hak cipta semata-mata untuk ibu dia? Kami pun kaum ibu juga! Tak boleh ke kongsi sama-sama??? Haihhh ... ada juga spesis orang tamak macam ni! Grrrr ....!

Tak puas hati ... maka aku join protes awam bersama kaum ibu yang lain hari tu. Bertempat di hadapan bangunan sebuah stesen media terkemuka negara, kami sama-sama membantah kerja gila jutawan ini! 

Apa nak jadi ...jadila!!




Sebagai ibu, kami akan terus berjuang untuk pertahankan hak kami. Dia mungkin jutawan ... dia mungkin kaya ... tapi dia tak boleh beli segalanya! Dan, itu termasuklah resepi telur goreng. 

Hari Jumaat ni, 15 haribulan, keputusan akan diumumkan di One Utama samada jutawan ni dapat memiliki hak cipta resepi telur goreng ataupun tak. Aku nervous nak tengok keputusan ni ... Aku takkan biarkan jutawan ni dapat hak cipta resepi telur goreng!

Telur goreng milik semua ...semuaaaaaaaa! >.<


Thursday, May 14, 2015

Dari Anakanda Untuk Ibu


Assalamualaikum!


Hari ni last kakak exam. Paper Pendidikan Seni start lepas waktu rehat kang. Pastu boleh la berehat kejap sebelum sambung exam untuk sekolah agama minggu depannya. Itupun Sabtu ni ada program kat sekolah dari pagi sampai petang. Memang nampak keletihannya ... tapi memang begitulah rutin hidup seorang pelajar kan.

Ahad lepas takda gi mana-mana. Ibu terbongkang di depan tv ... kepenatan. Baru lepas masak siput sedut masak cili api hehehe. Maka, reward untuk diri sendiri adalah tidur terbongkang tanpa gangguan .... muehehehe :p


Wednesday, May 13, 2015

Wednesday, May 13, 2015

Lagi Blogger Ditetak Mati!


Assalamualaikum!


Hari ni dalam sejarah aku korbankan seringgit lapan posen untuk senaskah surat khabar. Matlamat aku hanya satu ... nak cari berita penting yang dah lama aku nantikan hehe. 

Dalam dok belek-belek tu ....





Perghh...scary gila dik non! Tak sangka blogger pun boleh jadi sasaran kena tetak! Harapnya jangan la ada blogger di Malaysia ni yang ditimpa nasib sebegini ... nauzubillahiminzalik! 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.