Breaking

Tuesday, June 02, 2015

Tuesday, June 02, 2015

Jimat Hebat Sepanjang Cuti Sekolah Dengan CARDPOW!


Assalamualaikum!


Setiap kali berbelanja, tak kira samada membeli keperluan, makan di restoran atau pergi bercuti aku akan pasti akan pastikan dua benda ni .... promosi gempak dan penjimatan! Ye la, semua benda dah mahal sekarang ni jadi memang kena pilih betul-betul yang mana sesuai dan tidak 'mengempis'kan dompet kita hehe.

Tambahan cuti sekolah ni, bawa anak-anak keluar makan dan melawat taman tema memang memerlukan perbelanjaan yang agak banyak! Dan bila cakap pasal berbelanja mesti teringat GST kan ... haihhhh T_T. Sebab tu, banyak macam mana pun bajet yang kita ada kalau tak bijak belanja memang boleh nangis sampai hujung bulan T_T






Eh, korang tahu tak sempena cuti sekolah ni CardPow boleh memberikan senyuman meleret dan penjimatan hebat bila korang pergi bercuti atau membeli belah malah masuk ke taman tema kesukaan korang? Haaaa yang ni mesti korang suka kan sebab ada diskaun menarik bila korang guna CardPow dan yang pastinya boleh jimat banyakkkkkkk! ^^




Kebanyakan rakyat Malaysia memiliki purata dua keping kad kredit seorang. Malangnya, ramai antara kita tidak tahu tentang ganjaran dan promosi yang ada ketika berbelanja menggunakan kad kredit. Dengan CardPow, berbelanja menjadi lebih mudah dan bijak sebab kita boleh tahu tentang promosi dan diskaun gempak yang ditawarkan dalam satu laman web. Nak tahu apa promosi terbaik dari bila korang guna CardPow sepanjang cuti sekolah ni? ^^



Angry Birds Activity Park, Johor Bahru



Taman Tema Berjaya Times Square, Kuala Lumpur



Dinoscovery, Avenue K



KidZania Kuala Lumpur





Diskaun 30% di Restoran Papa John Pizza untuk CIMB, 15% di Berjaya Times Square untuk kad kredit AEON dan Maybank, diskaun 35% di Legoland untuk Maybank dan banyak lagi promosi yang berlangsung sepanjang cuti sekolah ini. 

Layari CardPow sekarang untuk diskaun hebat ini!


Bagaimana Nak Guna CardPow?

Senang giler! bila aku cakap senang giler tu means memang senang sungguh la hehe. Tak perlu nak download aplikasi, dan ia boleh diakses dengan mudah melalui telefon pintar korang!

Caranya? ... hanya perlu lawati laman web CardPow




Lepas tu, korang akan jumpa paparan seperti di atas ni. Contohnya kan, aku plan nak pergi Legoland so aku just taip lokasi seperti 'Legoland' dan tekan 'Search' untuk dapatkan info tentang diskaun barangan atau tempat di sana melalui kad kredit. Ohsem kan!^^

Ianya mudah, senang difahami dan memang banyak penjimatan yang boleh kita dapat bila berbelanja dengan CardPow. Taip je lokasi mana korang nak pergi, dan CardPow akan keluarkan senarai barangan atau restoran atau shopping mall yang menawarkan potongan diskaun. Bukan tu saja ... korang pun dapat kumpul mata bila menggunakan CardPow, sekaligus berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik macam iPhone 6, Apple Watch, baucer KFC dan banyak lagi! 

Dengan CardPow, berbelanja jadi lebih menyeronokkan! 

Untuk ketahui lebih lanjut tentang CardPow, korang boleh terjah :

Laman Web: www.CARDPOW.com




Tuesday, June 02, 2015

Kakak Dan Adik Dah Ready?


Assalamualaikum!


Dah tiba masanya untuk kakak dan adik 'berpisah' tempat tidur dengan ibu dan ayah. Dan, dah tiba masanya untuk kakak dan adik dapat bilik sendiri. Untuk itu, ibu dan ayah dah sepakat untuk kemaskan bilik satu lagi. 

Kakak dah 8 tahun masa ni dan adik dah 6 tahun. Memang sedang elok la ada bilik sendiri pun. Senang bila dah ada ruang sendiri, dan yang penting untuk privasi serta menjaga adab. Takkan la kakak dan adik nak kongsi bilik depan tu dengan ibu sampai besar ...huhu.

Dan, sebenarnya bila dah ada bilik sendiri baru diaorang tahu untuk menghargai satu sama lain. Kalau tak ... asyik nak 'bertumbuk' je la! Kering darah mak incik dok teriak hari-hari huhu. 



Tuesday, June 02, 2015

Meriahkan Disney Channel School's Out Sepanjang Cuti Sekolah Di Sunway Pyramid!


Assalamualaikum!


Wahhh! sekolah dah start cuti lorrr ... kita sangat suka sebab jalan tak jem lorr! haha. Sempena cuti sekolah ni, apa plan korang bersama keluarga yek? Kalau takda apa-apa plan atau tak tau nak bawak anak-anak pergi mana, jom terjah Sunway Pyramid hari ini sehingga 14hb Jun 2015, sebab ada benda yang best dan menarik untuk anak-anak korang semua! 




Asalnya, kami nak kakak dan adik habiskan cuti sekolah ni di kampung memandangkan cuti dua minggu tu agak lama jugak kan. Tapi, bila dapat tahu ada aktiviti menarik dan menghiburkan untuk kakak dan adik di Sunway Pyramid, tentulah aku tak nak lepaskan peluang ni!

Lagipun, kakak dan adik memang suka dengan karakter Disney seperti Toy Story, Monster University, Cars dan Finding Nemo ni. So, memang diaorang teruja sangat kelmarin dapat bergambar dan bermain permainan yang digemari. Kalau korang nak tahu, sempena cuti sekolah ini, Disney Channel School's Out memberikan pengalaman menyeronokkan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dengan menyertai permainan dan aktiviti menarik di samping bagus untuk pembelajaran mereka, dan bukan itu saja .... kanak-kanak juga boleh bawa pulang goodies bag!

Nak tahu macam mana caranya? Jom ikuti 4 langkah ini :)




Untuk menyertai Disney Channel School's Out ini, masuk adalah PERCUMA! Tapi kalau korang nak dapatkan passport Safety Rangers dari Sunway Pyramid, korang hanya perlu membelanjakan RM50 dalam satu resit tunggal (untuk pemegang kad kredit HSBC, apa saja nilai pun boleh) Matlamatnya adalah untuk mengumpul sebanyak 4 cop dari 4 aktiviti yang disediakan.

Macam kat atas ni, aktiviti pertama ialah mewarna. Boleh pilih gambar apa yang disukai. Kalau pilih gambar misai 'wak doyok', boleh gunting dan kemudian boleh lekat pada batang aiskrim, potong dan boleh bawa balik! hehe.



Mira 'Doyok'




Dah siap mewarna, tunjukkan passport pada krew di situ untuk diberikan cop. Pastikan passport ada cop tau, kalau tak nanti tak boleh tebus goodies bag hehe.



Berposing kejap depan Buzz Lightyear!




Lepas tu, kakak dan adik join aktiviti kedua, iaitu mencari Nemo hehe. Permainan ni macam ala-ala pagar sesat gitu. Kena cari benda tersembunyi, dan kalau berjaya akan diberikan topi Mickey Mouse hehe.





Melilau dua beradik tu mencari benda tersembunyi hehe. Yang kakak laju je jalan, tak tengok pun kat celah-celah 'batu' tu ... yang adik menonong ikut kakak dia haha. Mujur dapat juga cari :p



Misi berjaya! Dapat cop lagi hehe



My little 'Minnie Mouses' ngeehehehe :D




Next, kami main kereta kontrol! Eh bukan kami ... tapi kakak dan adik aje hehe. Yang ni kakak memang 'berhantu' sikit haha. Nampak kereta kontrol terus tarik-tarik baju kita nak main. 



Terer tu terer gak la main, tapi asyik langgar pagar je la hahaha. 


Kat Instagram, ada aku kongsikan video kakak main kereta kontrol ni. Yang Mira pun boleh tahan, tapi langgar pagar jugak la hehe.





Yeayyy! dapat cop lagi ... dah tiga cop ni!




Last aktiviti, bilik jerit! haha. Dalam bilik ni, korang kena tunjukkan muka takut dan jeritttt! hehe. Jangan lupa dapatkan cop tau!




Langkah terakhir, kakak dan adik buat kad pelajar di booth Monsters University. Memang ramai beratur sebab nak dapatkan kad pelajar ni hehe. 




Yeayy dah siap! So, secara 'rasmi'nya kami adalah pelajar Monster University hehe. Dengan aku sekali terjebak nak sekeping! haha :p




Selain bermain dan melakukan aktiviti, korang juga boleh bergambar sakan bersama karakter Disney yang popular macam si Monster! hehe :D





Nak tengok macam mana suasana pada hari tu? Nah ..!







Perghhh ... meriah! ^^

Dah kumpul cop yang diperlukan, jangan lupa pergi ke kaunter semula dan tunjukkan untuk dapat hadiah goodies bag berisi pensil warna, voucher membeli belah/makanan dan buku panduan keselamatan untuk kanak-kanak.

So, apa tunggu lagi ... jangan lupa bawa keluarga korang singgah di LG2, Orange Concourse, Sunway Pyramid dan nikmati kemeriahan cuti sekolah bersama Disney Pixar! ^^


Disney Channel School's Out
Venue : LG2, Orange Concourse, Sunway Pyramid
Tarikh : 29 Mei 2015 - 14 Jun 2015


Korang juga boleh ikuti info menarik dan terkini Sunway Pyramid di :

Facebook -  www.facebook.com/sunwaypyramid
Instagram -  @sunwaypyramid
Twitter - @Sunway_Pyramid

Monday, June 01, 2015

Monday, June 01, 2015

Dah Sampai Masa ...


Assalamualaikum!




Tanggal 18hb, tamatlah sudah riwayatmu setelah menjejak 20 tahun usia. Inilah sebabnya aku terpaksa berulang alik ke kedai dobi layan diri selama lebih seminggu. Bau hangit seperti benda terbakar malam itu memang tak dijangka. Rupanya air mesin basuh sudah melimpahi lantai sehingga mencecah bahagian bawah mesin tu.

Aiseyyy ... nak kena beli baru nampak gaya ni. Baru plan tak nak tambah hutang huhu. Nak beli cash mau cecah ribu riban ...!
Monday, June 01, 2015

Golden Rose Kini Di Malaysia!


Assalamualaikum!


Bagi pencinta barangan kecantikan khususnya wanita, berita ini pasti akan menjadikan hari anda lebih bermakna! hehe. Mana taknya, satu lagi produk kosmetik berjaya bertapak di Malaysia. Dan, majlis pelancarannya telah diadakan di Sunway Putra Mall baru-baru ini.

Minggu lepas, aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran atau Grand Opening oleh produk kosmetik Golden Rose yang buat pertama kalinya membuka cawangannya di Malaysia! Woww ... terima kasih Golden Rose dan blogger Yaya atas kesudian menjemput dan menerima kedatangan aku hari tu :)




Meh aku citer serba sedikit tentang Golden Rose ni. 

Golden Rose



Kosmetik Golden Rose adalah jenama yang berasal dari Turki, dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam industri penghasilan kosmetik.

Telah membina namanya sendiri di Eropah, Kosmetik Golden Rose kini telah berjaya menembusi pasaran dengan membuka cawangan pertama di Malaysia untuk memberi pakej yang elegan, produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan semestinya untuk pencinta barangan kosmetik!

Perghh ... rupanya Golden Rose ni dah lebih 30 tahun usianya! Nak tahu apa produk apa yang best dan menarik di sini? Jom aku tunjukkan! :)















Dan, kalau korang setia mengikuti perkembangan aku di Instagram, pada hari pelancaran tersebut ada potongan diskaun 30% untuk setiap barangan di sini. Bukan itu saja, pada hari tu ada sesi makeup free lagi! :)




Disebabkan aku ada hal lain, tak dapat la nak merasa makeup free hehe. Pose natural depan cermin pun jadi laaa hehe.



Sesi makeup oleh MUA





Antara pengunjung bertuah yang dimakeupkan hari tu. Salam perkenalan untuk kak Zieman dan anaknya ... peramah dan suka senyum anak ngan mak ni hehe. Cantik kan! Natural je makeup dia tapi menyerlah! 


 


Walaupun tak sempat nak makeup, aku masih bertuah dapat bawa pulang cenderahati dari Golden Rose iaitu Golden Rose waterproof lipliner. Dan pastinya aku pilih warna pink! Mesti incik suami suka ni ngeeeeee :D

So, pada yang nak cuba kosmetik Golden Rose dan ingin eksplor apa yang best kat sini boleh la datang ke :


GOLDEN ROSE
Level 4, Lot 8 Sunway Putra Mall
Kuala Lumpur
(bertentangan PWTC)


Terima kasih Golden Rose dan tahniah kerana berjaya menembusi pasaran di Malaysia. Moga terus sukses dan menjadi pilihan utama wanita Malaysia! ^^

Untuk maklumat lanjut tentang Golden Rose Malaysia, korang boleh serbu :


Laman Web : GOLDEN ROSE 
Email : ccbeautyavenue@gmail.com
Tel : +604-6849026 / 9027
Mobile : +6012-4257477


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.