Breaking

Thursday, June 11, 2015

Thursday, June 11, 2015

Majlis Pelancaran Pusat Penerangan Pelancongan Di KidZania Kuala Lumpur!


Assalamualaikum!





Satu lagi detik bersejarah bagi KidZania Kuala Lumpur kerana telah berjaya menubuhkan Pusat Penerangan Pelancongannya sendiri, dengan kerjasama rakan industri baru, 'Tourism Malaysia'. Terima kasih kepada KidZania Kuala Lumpur kerana sudi menjemput aku untuk menyaksikan pelancaran yang penuh bersejarah ini! 

Pusat ini bertujuan memupuk minat kanak-kanak dengan percutian dalam negeri/domestik. Ia juga bertujuan untuk mengembangkan minat kanak-kanak  dalam merancangan percutian keluarga ke destinasi domestik dan yang paling penting, untuk mendidik kepentingan industri pelancongan kepada kanak-kanak pada usia muda.




Walaupun Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz tidak dapat bersama dalam majlis pelancaran tersebut, majlis tetap meriah dan berjalan lancar dengan kehadiran Tan Sri KSU Kementerian Pelancongan, Y. Bhg. tan Sri Dr. Ong Hong Peng.

Konsep Pusat Penerangan Pelancongan ini adalah berdasarkan kanak-kanak berada dalam persekitaran yang serupa dengan Pusat Penerangan Pelancongan yang sebenar, dengan aktiviti-aktiviti seperti mencipta pakej pelancongan dan jadual perjalanan pelancongan.

Aku difahamkan ada tiga bentuk lakon peranan yang boleh kanak-kanak buat Pusat Penerangan Pelancongan ini, iaitu sebagai pelancong (tourists), agen pelancongan (travel agent) dan sebagai pemandu pelancong (tour guide).




Gabenor KidZania Kuala Lumpur & Singapura, Puan Susannah Abdul Rani


"Pelancongan merupakan industri berorientasikan rakyat dan melalui Pusat Penerangan Pelancongan baru ini, kami ingin menanamkan semangat keyakinan dan kebolehan pada kanak-kanak yang diperlukan untuk berurusan dengan orang ramai. 

Kami di KidZania ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana sudi untuk memulakan perjalanan yang baru dan menarik dengan kami," beliau berkata.



KSU Kementerian Pelancongan, Y. Bhg. tan Sri Dr. Ong Hong Peng


YB Tan Sri Ong Hong Peng pula berkata, "Penubuhan Pusat Pelancongan di KidZania Kuala Lumpur merupakan kaedah terbaik untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan peranan pelancongan dalam ekonomi negara. Saya yakin bahawa inisiatif ini akan memberikan gambaran yang lebih besar ke dalam industri pelancongan Malaysia, dan membuka minda dan hati mereka untuk berminat bercuti di Malaysia pada usia yang muda."




Sebagai kemuncak majlis, Tan Sri Ong bersama para VIP membuat gimik pelancaran di atas pentas disaksikan para tetamu yang hadir. Dan selepas itu, pemberian plak KidZania dan sesi bertukar cenderahati turut berlangsung.




Sebelum kami berangkat melihat dan merasmikan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di perkarangan KidZania, satu persembahan tarian kebudayaan oleh krew KidZania dipersembahkan.






Kemudian, tetamu VIP dan tetamu-tetamu lain dibawa ke Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) untuk upacara memotong reben dan pembukaan rasmi.




Upacara memotong reben tanda secara rasminya Pusat Penerangan Pelancongan di KidZania Kuala Lumpur dibuka kepada kanak-kanak




Pernah dinobatkan sebagai 'Pengalaman Terbaik untuk Kanak-kanak' di Expatriate Lifestyle's Best of Malaysia Awards 2014 selama dua tahun berturut-turut, KidZania Kuala Lumpur akan terus mencari peluang untuk mendedahkan kanaka-kanak kepada pengalaman baru melalui aktiviti lakon peranan agar kerjasama ini dapat diteruskan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.kidzania.com.my
Talian Careline KidZania : 1300 88 Kidz (5439)
Facebook : KidZaniaKualaLumpur
Twitter : @KidZaniaKL


Thursday, June 11, 2015

Rezeki 'terpijak'


Assalamualaikum!


Bagi yang tak tahu ... ia bukanlah bermaksud sesuatu pemberian tu kita ambil dan pijak-pijak dia sampai ponyok!

Rezeki 'terpijak' ni seperti rezeki yang tidak terjangka oleh kita. Kita tak plan pun nakkan sesuatu tu tapi atas nama rezeki yang Allah dah janjikan untuk kita, maka kita dapat benda tu. Gitu lah kekdahnyaaaaa ...

Patutlah tengahari Selasa tu, aku tetiba rasa 'berat' nak gi lunch. Mana nak tahu rupanya nak jadi rezeki dapat tudung baru hehe. 




Dah duduk saje tu, bukala IG dan tetiba Aidijuma ada buat kontes ekspress time tu! Fuh ... aku ape lagi, terus laju jari ni menaip perkataan yang dikehendaki. Tengok senarai dah dekat 50 huhu.

Dan, petang Rabu tu aku dapat tag dari aidijuma mengatakan aku antara 50 orang pertama yang berjaya tu! Wowwweeeeee!! ^^



Thank you Aidijuma! <3


Alhamdulillah ... walaupun bukan dapat hadiah iPhone atau duit cash, ini pun dah cukup menggembirakan hati seorang hijabista seperti aku mihmihmih. Hijabista la sangattttt! :p

Dapat juga merasa tudung bawal aidijuma ni. Semua yang menang dapat #pinklabel punye. Tahniah untuk yang lagi 49 orang tu ye! ^^







Dapat dapat terus bukak shawl dan try pakai tudung bawal aidijuma ni. Terletak elok dan lembut je rasa hehe. Bidangnya besar dan warna pun cantik! Patutla ramai wanita 'gila'kan tudung bawal aidijuma ni yek :D

Gambar kita kasi half version dulu ... sok sok dah sign jadi duta Aidijuma baru kita kasi full version pulak yek! wakakakaka .... *janganmuntahsini*




Thursday, June 11, 2015

Sejauh Mana Anda Sanggup Lindungi Keluarga Dari Ancaman Nyamuk Aedes?


Assalamualaikum!


Ancaman denggi sudah menjadi salah satu penyebab kepada penyumbang kadar kematian yang tinggi di Malaysia. Dengan kadar pembangunan yang sedang pesat terutamanya di kawasan bandar menjadi salah satu faktornya, trend peningkatan kes denggi menjadi semakin serius dan wajar diberikan perhatian segera!




Bila bercakap mengenai nyamuk Aedes dan demam denggi, tentu ramai antara kita yang sudah maklum tentangnya kan. Sesungguhnya, Malaysia mempunyai jenis nyamuk dan senario denggi yang berbeza. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh KKM, sejumlah 108,698 kes denggi telah dilaporkan pada tahun lepas (2014), melebihi paras 100,000 untuk kali pertama dan merupakan penngkatan 151% berbanding 2013. 

Dan, bagi menambahkan lagi ilmu tentang epidemik ini serta mengetahui bagaimana kita boleh mengelakkan diri dari menjadi sebahagian dari statistik denggi, aku berpeluang menghadirkan diri di majlis pelancaran aplikasi mudah alih Kil-Dengue baru-baru ini. 



En. John Sung, Pengerusi New Wave Communications Sdn Bhd


"Niat asal kami adalah untuk menyesuaikan tekonologi yang sedia ada di Korea untuk pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, apabila kami mendapati bahawa gelombang bunyi yang diperlukan untuk menghalau nyamuk di Malaysia, kami mengambil keputusan untuk mengusahakannya dan ia diuji oleh Institut Penyelidikan Perubatan agar frekuensi yang betul digunakan berkesan untuk menghalau nyawa pembawa denggi," katanya.

Bagi melindungi keluarga dan orang tersayang, tentunya kita sanggup melakukan apa sahaja demi kesihatan dan keselamatan mereka. Ancaman nyamuk Aedes dan demam denggi boleh membawa maut sekiranya kita tidak berbuat sesuatu dari sekarang!




Turut berada di majlis pelancaran ialah Dr. Hidayatul Fathi Othman memberikan penerangan lengkap tentang nyamuk Aedes dan denggi. Beliau yang juga Profesor Madya Parasitologi dan Entomologi Perubatan di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia menjelaskan bahawa nyamuk Aedes selalunya ditemui dalam populasi nyamuk tempatan dan nyamuk Aedes Aegypti mewakili 90% daripada jenis yang menyebarkan denggi di rumah.

"Nyamuk Aedes Aegypti menyebarkan virus jangkitan sewaktu menggigit, tetapi hanya nyamuk betina yang telah membiak berbuat demikian kerana memerlukan protein darah manusia untuk telur di dalam badannya. Apabila telah membiak, mereka akan menghindari nyamuk jantan,"  katanya.






Makhluk kecil yang membunuh! Sehingga kini tiada rawatan khusus yang boleh mengubati demam denggi yang diakibatkan oleh nyamuk Aedes ini. Sebab itu perlunya perlindungan berpanjangan dari makhluk pembawa penyakit ini. Dan selari dengan kemajuan teknologi terkini, aplikasi mudah alih Kil-Dengue telah dilancarkan sebagai langkah berkesan melindungi diri kita dan orang tersayang.




Dr. Hidayatul turut berkongsi kisah pengalaman beliau berhadapan dengan penyakit merbahaya ini. Menurutnya, beliau hampir kehilangan anak lelaki yang dijangkiti denggi lima tahun lepas. Ianya bermula dengan demam, dan perubahan mendadak apabila kandungan platlet dalam darah menurun dengan cepat dan drastik. Walaupun beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang entomologi dan sangat mengenali makhluk pembunuh ini, namun apabila melihat anak sendiri terlantar di katil hospital beliau tidak mampu menyembunyikan rasa sedih. 

Dan, oleh kerana itulah Dr. Hidayatul mengesyorkan aplikasi mudah alih Kil-Dengue sebagai tindak balas untuk melindungi diri kita dari dijangkiti virus yang dibawa nyamuk Aedes Aegypti


Apa Itu Aplikasi Mudah Alih Kil-Dengue?

  • Kil-Dengue, iaitu aplikasi mudah alih revolusi yang direka untuk menangkis nyamuk yang merupakan pembawa penyakit dengan menjana frekuensi atau gelombang bunyi yang menghalau mereka!
  • Aplikasi ini mengambil masa tiga tahun untuk diperkembangkan dan diuji terhadap jenis nyamuk tempatan bagi memastikan keberkesanannya. Formula frekuensinya didapati berkesan menghalau lebih dari 75% nyamuk Aedes Aegypti yang merupakan vektor utama pembawa denggi dan keberkesanannya telah diuji oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Malaysia.
  • Dengan mengikut tingkah laku nyamuk betina ini, aplikasi kami menghasilkan frekuensi terbang nyamuk jantan untuk menghalau nyamuk betina, dan diuji dapat menghalau 75% daripada vektor ini dengan berkesan.
  • Frekuensi yang dihasilkan mempunyai bunyi yang sangat rendah atau tidak dapat didengari telinga manusia. Namun, ia mempunyai pic yang betul yang dapat menghalau nyamuk Aedes Aegypti dengan berkesan.
  • Aplikasi mudah alih Kil-Dengue boleh digunakan untuk Andorid dan IOS. Hanya perlu cari 'Kil-Dengue dalam App Store dan Play Store. Hanya perlu muat turun dan mulakan langganan
  • Selain keberkesanannya, aplikasi Kil-Dengue adalah mobiliti, kebolehpercayaan dan senang digunakan. Ia senang didapati atas talian dan setelah dimuat turun, frekuensinya diaktifkan bila-bila masa dan dimana jua bila diperlukan, walaupun di tempat yang tiada isyarat dan hasilnya adalah segera!



Tentu korang tertanya-tanya kan, apa kaitan menghalau nyamuk dengan aplikasi mudah alih ni? Setiap dari kita tentunya memiliki telefon pintar kan. Ia adalah barang yang sentiasa wajib ada bersama kita walau dimana kita berada. Melihatkan kepentingan teknologi telefon mudah alih ini, New Wave Communications Sdn Bhd memberikan sentuhan baru dalam kaedah menghalau nyamuk yang berkesan.

Untuk itu, Kil-Dengue dihasilkan dan pengguna boleh akses dengan mudah serta dapat melindungi mereka sepanjang masa walaupun tanpa isyarat talian! Lebih menarik lagi, dengan sekali langganan kita boleh terus gunakannya dan tidak perlu risau dengan bau yang tidak menyenangkan serta ia hanya menggunakan frekuensi yang sesuai dan tidak memudaratkan pengguna.


Bagaimana Memuat Turun Aplikasi Kil-Dengue?

1. Pergi ke Play Store/ App Store




2. Muat turun aplikasi. Kil-Dengue berasaskan langganan satu kali. Jumlah caj yang dikenakan hanya RM10.00 untuk langganan dengan telefon mudah alih Android, dan USD2.99 untuk telefon mudah alih IOS. Bayaran akan ditolak terus dari akaun App Store atau Play Store. 


 Selesai muat turun dan pembayaran, boleh gunakan terus. Klik pada 'Start'




 3. Boleh pilih 'Environment' yang sesuai dengan anda serta setkan masa mengikut pilihan. Kemudian klik 'Start!'




4. Boleh kuatkan kadar frekuensi (volume)



Mudah bukan! Tak perlu bawa macam-macam ubat penghalau nyamuk bersama setiap masa. Teknologi sebegini memang memudahkan dan siapa sangka ianya bertambah mudah hanya dengan aplikasi mudah alih! 




Bersama kita melindungi diri dan orang tersayang dari ancaman denggi. Jangan jadikan diri anda dan keluarga korban nyamuk Aedes yang seterusnya!


Tuesday, June 09, 2015

Tuesday, June 09, 2015

Rindu Seorang Anak ...


Assalamualaikum!

Dah ibu agak, mesti ada yang tersedu sedan di malam hari. Memang begitulah pesennya sejak dulu lagi. Tiap kali 'berpisah', mesti akan ada dialog air mata antara ibu dan anak huhu. Mana leh tahan ... rindu weh! Hari-hari dok gaduh pun, bila berjauhan terasa sunyi! 

Semalam dapat panggilan dari anak dara yang sulung. Tersedu -sedu ...menggugu-gugu si kakak menangis, merayu mintak aku dan ayahnya balik malam tu jugak. Ikutkan rasa memang nak saja aku 'terbang' semalam ...tapi demi kebaikan dia dan adiknya, aku pujuk sampai dia tenang.

Monday, June 08, 2015

Monday, June 08, 2015

Semangatku ....


Assalamualaikum!




Ceritanya umpama di sana menanti di sini menunggu. Yang di sana dah banyak berbunyi bila nak balik ... yang di sini banyak kali bersuara bila nak balik. Yang tersepitnya aku ... di tengah-tengah!
Monday, June 08, 2015

Asam Pedas Popular!


Assalamualaikum!


Kalau balik Melaka, mesti teringat asam pedas. Bila sebut asam pedas, inilah tempat yang aku tuju yang takkan pernah mengecewakan perutku dulu kini dan selamanya ... hehe.

Setakat ni tak pernah lagi aku singgah mana² kedai makanan di sekitar Melaka atau Duyong ni kalau nak makan asam pedas. Sebab dalam kepala otak aku ... takda sapa boleh celen asam pedas ikan parang yang satu ni .... yang mak masak sendiri! ^^ 

So, kalau tanya aku gerai mana yang sedap.... sorry tak dapek den nak nolong hehe.


Saturday, June 06, 2015

Saturday, June 06, 2015

Ayah Senang Kena Pau Dengan Anak-anak?


Assalamualaikum!




Wajah ceria kanak-kanak riang bila dapat yang diidamkan. Seharian duduk dengan ayah dari pagi hingga ke petang, sebelum balik pasti akan dibawa balik sesuatu sebagai 'buah tangan' atau hadiah huhu. Bahagia duduk dengan ayah kan ... cer duduk ngan ibu .... agak-agak dapat tak jam Frozen tu? hahaha :p

Friday, June 05, 2015

Friday, June 05, 2015

Hajat Yang Tertunai!


Assalamualaikum!


Tiada apa-apa yang menarik, kecuali permintaan seorang .... eh dua orang kanak-kanak riang ribena yang asyik bertanyakan tentang 'aksesori' wanita yang satu ni. Naik pening rasa ubun-ubun ni selagi tak nampak bayang objek yang dicari. Ibu dia pun tak pernah minta nak pakai benda ni masa kecik-kecik dulu .... eh ada ke? hehe. 


Friday, June 05, 2015

Perkembangan Terkini Gempa Bumi Di Sabah



Assalamualaikum!


Pagi-pagi dah terima berita mengejutkan dari Sabah. Kecoh sekejap di opis bila ada berita mengenai kejadian gempa bumi yang berlaku. Ye la ... rata-rata yang bekerja di sini ada yang berasal dari Sabah & Sarawak. Bila kejadian sebegini berlaku, dah tentu hati rasa tak tenang ... gundah gulana ... tak tenteram selagi tidak mengetahui hal yang sebenar.

Tertanya-tanya adakah betul kejadian gempa bumi ini berlaku, dan dimanakah tempat yang terlibat ... aku terus tengok di laman web yang berkenaan. Terus pada sumber! 


sumber : JMM

sumber :JMM


Melalui laporan yang dikeluakan oleh JMM, gegaran dapat dirasakan di kawasan Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu dan Kota Belud. Dengan ketinggian magnitud mencecah 5.9 pada skala Richter .... agak kuat juga.

Apapun, semoga mereka yang terlibat dalam gegaran ini dilindungi Allah dan berada dalam keadaan selamat hendaknya. Rajin-rajinkan untuk tahu keadaan terkini dan rajin-rajin lawati laman web JMM ni ye :)



Laman web : www.met.gov.my





Thursday, June 04, 2015

Thursday, June 04, 2015

Permulaan Cuti Sekolah Di Sunway Lagoon!


Assalamualaikum!


Ini antara taman tema yang termasuk dalam list yang aku nak bawa kakak dan adik. Legoland dah masuk, KidZania dah pergi, tapi baru-baru ni aku dapat peluang bawa anak-anak ke Sunway Lagoon! Bagai pucuk dicita ulam mendatang bak kata orang dulu-dulu hehe. Alhamdulillah ....

Dan aku .... dah hampir 13 tahun aku tak masuk sini! Last aku masuk masa aku baru lepas habis kursus asas kerjaya. Enam bulan bergelumang dengan nombor dan peperiksaan ... disinilah aku dan kawan-kawan aku melepaskan segala 'beban' yang ditanggung berbulan-bulan tu! hehe. Harga tiket dulu dengan sekarang pun dah jauh banyak berubah. Telan ailio aku tengok ...! hehe.




Habis je keje aku kat Sunway Pyramid, solat Zohor dulu pastu baru gerak masuk ke Sunway Lagoon. Kakak dan adik dah tak sabar nak main air katanya. Walhal dalam tu banyak lagi tempat boleh pergi. Tapi, diaorang dah gian nak berendam gamaknya, maka ke kolam la kami tuju dulu hehe.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.