Breaking

Saturday, July 11, 2015

Saturday, July 11, 2015

Buka Puasa Hari Ke 24


Assalamualaikum!


Teringin...teringin pulak tekak ni nak makan asam pedas ikan tenggiri. Pastu terbayang² pulak sayur sawi cina masak ngan tofu ...perghh!!

Nak balik Melaka lambat lagi, memang boleh bikin meleleh ailio kalau berterusan terkenang² macam ni! Lalu semalam aku singgah sat kat kedai Zam untuk misi cari ikan tenggiri.

Cari punya cari alangkah hampanya ... ikan tenggiri lembik yang aku tengok ada dalam bekas tu. Jam dah dekat nak kul 7 tak sempat la nak berkejar ke kedai lain dah.

Akhirnya ikan kembung la yang aku pilih. Jadikla...dari takda langsung! Asam pedas ikan kembung ...yang penting aku mesti masak asam pedas ikan kembung untuk buka puasa! Huhu....


Asam pedas ikan kembung


Sawi Cina tumis air - letak tepung jagung , tofu dan cendawan


Alhamdulillah... 

Friday, July 10, 2015

Friday, July 10, 2015

Apa Perlu Buat Bila Kita Terlanggar Kereta Orang?


Assalamualaikum!


Tak tahu la kenapa kerap sangat jadi begini. Dalam tahun ni saja dah banyak kali terkena macam ni ....! Keriangan semangat Ramadhan dan Raya hampir-hampir terkubur gara-gara insiden semalam. Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang serius.....!

Kita dah bawa cukup cermat dan berhati-hati, tapi terkena jugak. Nak kata sistem brek bermasalah elok je tekan brek. Nak kata lampu belakang tak berfungsi terserlah warna kemerahan bila brek ditekan. Nak kata kami pandu macam orang mabuk elok je duduk dalam barisan dan ikut kereta depan dengan jarak yang sesuai! 

Kalau nak diceritakan kisah kena 'cium' dari belakang ni ... memang banyak! Ada yang aku ceritakan dalam blog, ada yang aku pendamkan aje ...sebab malas nak ulang benda yang sama. Tapi, kali ni situasinya berlainan sama sekali huhu. Selalunya aku yang baran dan cepat marah kalau orang terlanggar dari belakang ni ... dan Pak Jelan la yang menenangkan aku.


Thursday, July 09, 2015

Thursday, July 09, 2015

Advertorial - Pengalaman Baru!


Assalamualaikum!


Ini cerita bulan Mei lepas, tapi baru sekarang rasa nak kongsi di sini hehe. Inilah pertama kali dalam hidup aku dapat tengok muka sendiri dalam suratkhabar! hehe. Alhamdulillah ... ini semua memang pengalaman baru bagi aku yang sememangnya menantikan saat-saat begini ...walaupun ianya sekadar iklan! hehe.

Teruja? maunya tidak! haha ... tapi takda la sampai nak abadikan dalam bingkai gambar bagai! Keratan asalnya pun dah ke mana aku campakkan hehe. Yang ada pun ni ha, dalam henpon .. sempat aku tangkap gambarnya. Sebelum gambar ni pun aku buang, baiklah aku abadikan dalam blog, kalau tak ... kempunan kak long! hehe



Thursday, July 09, 2015

Buka Puasa Hari Ke 21


Assalamualaikum!


Buat pertama kalinya aku rasa bahagia semalam sebab ... kami tak jejak kaki langsung ke bazar ramadhan ... haha. Sampai rumah dalam pukul 6.15pm .. lebih awal dari biasa walaupun Federal trafik sesak luar biasa!

Pak Jelan tanya nak gi bazar ke tidak, aku dengan tegas menjawab 'tidak' ... takmo gi bazar! Nak masak pulak ..! Kembang tekak asyik membeli je. Makin menipis dompet dah ...ni nak balik kampung lagi ni ... kang melopong masing-masing tak lepas nak bayar tol hehe.


Wednesday, July 08, 2015

Wednesday, July 08, 2015

Jom Kongsi Raya Bersama Zul Ariffin & Senheng!


Assalamualaikum!




Kalau nak cari barangan elektrik, aku pasti akan ke kedai elektrik Senheng. Sebab apa? Sebab di Senheng ada pelbagai pilihan barangan eletrik berjenama dan berkualiti di bawah satu bumbung, memberikan pengalaman membeli belah yang selesa kepada pelanggannya. Tak perlu keluar masuk kedai lain lagi dah ... !

Sempena Syawal yang bakal menjelang, Senheng ingin mengajak korang kongsi kemeriahan beraya bersama Zul Ariffin! Untuk makluman, pelakon Zul Ariffin adalah duta baru Senheng! Perghh peminat Zul Ariffin mesti suka ni! hehe




Raya ini, Senheng menawarkan promosi hebat untuk semua pelanggannya di seluruh Malaysia.  Antara tawaran hebat yang korang tidak patut lepaskan ialah sekarang Senheng menawarkan 0% kadar interest untuk pembelian di mana-mana cawangan Senheng melalui kad kredit selama 36 bulan!

Maknanya, kalau korang berbelanja di Senheng menggunakan kad kredit dari perbankan terpilih seperti Citibank, RHB, CIMB, Public Bank & Hong Leong Bank korang akan menikmati kadar 0% untuk 36 bulan bayaran ansuran bagi barangan yang dibeli (T&C applied)! Ohsem kan!



PERBELANJAAN MINIMUM :

CITIBANK (SEHINGGA 36 MONTHS RM1,000 & KE ATAS)

RHB (SEHINGGA 36 MONTHS RM1,000 & KE ATAS)

CIMB (SEHINGGA 36 MONTHS RM2,000 & KE ATAS)

PUBLIC BANK (SEHINGGA 36 MONTHS RM1,000 & KE ATAS)

HONG LEONG (SEHINGGA MONTHS RM2,000 & KE ATAS)



Wow! tawaran yang gempak dari Senheng khas untuk korang sempena Raya ni. Kalau korang punye oven dah rosak ke, atau teringin nak tukar peti ais baru ke bolehlah ajak mak dan ayah ke kedai elektrik Senheng untuk nikmati promosi dan tawaran harga yang hebat!

Tempoh promosi dari 15hb Jun sehingga 31 Julai 2015! Jangan tunggu lagi dah ... serbu Senheng hari ni tau! ^^

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Jom Kongsi Raya Bersama Zul Ariffin, layari www.senheng.com.my atau Facebook Senheng


SENHENG Berbeza .... Memang Berbeza!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.