Breaking

Monday, August 24, 2015

Monday, August 24, 2015

Anugerah People's Choice Awards Guardian Ke-15!


Assalamualaikum!




Baru-baru ini telah berlangsung Anugerah Pilihan Pengguna Guardian (People's Choice Awards) yang ke-15, bertempat di Bangsar Shopping Centre. Anugerah ini diilhamkan untuk memberi pengiktirafan kepada pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting dan menyediakan satu latihan penilaian jenama yang adil bagi memastkan ekuiti jenama di kalangan pelanggannya.  

People's Choice Award yang telah diperkenalkan pada tahun 2001 oleh Guardian Malaysia telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai sebuah platform yang menggalakkan penglibatan pelanggannya di samping membantu rakan-rakan perniagaan dan pemilik jenama agar kekal relevan dengan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.




Di majlis ini juga, pengumuman pemenang bagi Guardian People's Choice Awards untuk kategori blogger/media telah diumumkan, dan aku telah berkenan naik ke pentas untuk menerima hadiah tempat pertama yang membawa pulang hamper dan baucar Guardian bernilai RM300!

Sebelum korang ucap tahniah, ni sebenarnya hadiah yang telah dimenangi oleh rakan blogger kita Shamiera Osment tau. Tapi beliau tak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut, maka aku ditugaskan untuk mewakili beliau dalam penyampaian hadiah hehe.

So, tahniah dear Shamiera! ^^




Selesai penyampaian hadiah, majlis diteruskan lagi dengan pengumuman Anugerah Pengikitrafan Istimewa untuk produk-produk terpilih. Untuk makluman korang, untuk siri People's Choice Awards 2015, sebanyak 300 produk daripada 180 jenama telah bertanding dalam 75 kategori anugerah yang terdiri daripada penjagaan rambut, penjagaan wajah, penjagaan diri, kosmetik, kecantikan, kebersihan, makanan tambahan dan ubat-ubatan, produk ibu dan anak, manisan, alatan rumah dan aksesori.

Para pemenang diiktiraf berdasarkan undi yang telah dibuat oleh pelanggan bermula 4 April sehingga 28 April 2015. 

Di sini aku kongsikan beberapa gambar produk yang telah memenangi anugerah untuk kategori masing-masing.













Tahniah kepada semua pemenang! ^^




Last but not least, sedikit cenderahati kenang-kenangan dari Guardian Malaysia. 'Passionate' .... memang sesuai dengan diriku yang sangat passionate pasal blogging hehe. 




Terima kasih Guardian Malaysia kerana menjemput aku ke majlis People's Choice Awards ke-15. Moga terus sukses dan setia memberikan yang terbaik untuk pelanggannya!


Monday, August 24, 2015

Kanta Lekap Biotrue® ONEday HyperGel dari Bausch + Lomb


Assalamualaikum!




Penggunaan kanta lekap adalah fenomena biasa di kalangan masyarakat ketika ini. Pemilihan kanta lekap yang sesuai adalah perlu kerana ia sebagai alternatif untuk mereka yang mahukan mata yang sihat dan memberikan pandangan jelas sepanjang masa terutama ketika berada di luar.

Baru-baru ini, aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran kanta lekap BioTrue® ONEday HyperGel dari Bausch+Lomb bertempat di One Utama Shopping Mall, Bandar Utama. Bausch+Lomb yang merupakan syarikat kesihatan mata global telah memperkenalkan inovasi bio terbatu, BioTrue® ONEday, iaitu kanta lekap pakai buang harian premium.




Diinspirasikan oleh mata manusia sendiri, katan BioTrue® ONEday oleh Bausch+Lomb ini mengandungi :
  • 78% kelembapan; bersesuaian dengan kornea manusia. Permukaan kanta ini direka menyamai lapisan lipid ait mata, yang menghalang dihidrasi kanta sambil menghantar jumlah oksigen yang sama dengan keperluan mata terbuka
  • kelembapan berpanjangan sehingga 16 jam; mata bernafas untuk menjadikan ia lebih selesa, sihat dan berwarna putih, mengatasi jenama kanta lekap paling laris di negara ini
  • penggunaan oksigen 100%




Kanta lekap BioTrue® ONEday dihasilkan bersesuaian dengan gaya hidup aktif penggunanya dengan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan dan bentuk optik selepas pemakaian dalam tempoh yang lama. Optik definisi tingginya yang unik mengurangkan lingkaran cahaya dan silau selain memberikan pandangan jelas dari setiap jarak - dekat, tengah dan jauh bagi mengelakkan pemakainya menghadapi pandangan kabur.

Lagi satu, pengguna tidak perlu membersih dan merendamnya setiap hari, memang sesuai untuk mereka yang sentiasa menjalani hari yang sibuk di pejabat.




Sebagai tambahan, BioTrue® ONEday turut ditambah perlindungan UV untuk melindungi mata daripada sinaran yang membahayakan tu, yang boleh menyebabkan kerosakan mata untuk jangka masa yang panjang.




Bagi yang ingin mencuba keberkesanan kanta lekap BioTrue® ONEday pakai buang premium ini bolehlah mendapatkannya pada harga RM125 sekotak yang mengandung 30 keping dan boleh didapati mulai 10 Ogos 2015 di semua kedai optikal seluruh negara. 

Biotrue® Multi-Prupose Solution boleh didapati dalam pek berkembar (355mlx2) berharga RM61.50.




Aku turut mengambil peluang mendapatkan pek percubaan kanta lekap BioTrue® ONEday dari booth mereka pada hari tu. Tapi, sebelum tu kena periksa mata dulu ye. Kalau dah tahu power mata berapa bolehla pergi ke booth mereka dan dapatkan kanta lekap BioTrue® ini secara percuma.

Tak sabar nak mencuba keberkesanan kanta lekap BioTrue® untuk mata sendiri. Sebenarnya aku cuba nak elakkan dari bergantung kepada pemakaian cermin mata, so aku kira mungkin Bausch+Lomb boleh membantu!


Kempen 'Care for Your Eyes'

Sempena pelancaran kanta lekap BioTrue® ONEday di pasaran Malaysia, Bausch+Lomb turut mengadakan kempen viral Facebook 'Bausch+Lomb Care for Your Eyes' mulai 11 Ogos sehingga 30 September. Ia adalah senaman mata mudah untuk membantu otot mata menjadi lebih kuat dan meningkatkan tumpuan.

Peserta boleh merakamkan versi senaman mata 'tromboning' mereka sendiri dan memuat naik ke halaman FB, beserta #BauschAndLombMalaysia & #careforyoureyes dan mencabar tiga rakan lain untk melakukan perkara yang sama.

Setiap video yang dimuatnaik sepanjang tempoh kempen ini, Bausch+Lomb akan mendermakan sebanyak RM5 kepada Persatuan Orang Buta Malaysia (Malaysian Association for the Blind). Tujuannya menyediakan perkhidmatan dan peluang dalam pembabitan dan integrasi dalam masyarakat selain  menggalakkan pencegahan menjadi buta.

So, tunggu apa lagi ... jom sertai kempen ini sekarang dan sebarkan kepada rakan-rakan korang yang lain. Kalau tak tahu apa itu senaman mata, boleh klik kat hashtag atas tu, dan lihat video-video mereka yang telah dimuatnaik.


Saturday, August 22, 2015

Saturday, August 22, 2015

Tiga Beranak Di Harian Metro


Assalamualaikum!


Harian Metro 19 Ogos 2015

Selamat pagi Sabtu! 

Alhamdulillah ... hari ni rasa bersemangat sikit sebab kakak dah sihat dari demam dan sakit telinga. Pagi semalam bangkit tido dengan mata bengkak ... rupa-rupanya dia menangis sebab menahan sakit telinga takleh nak lena semalaman.

Thursday, August 20, 2015

Thursday, August 20, 2015

Saat Suami Beremosi - JDT vs PERAK


Assalamualaikum!


Tengok bola tak semalam? Kalau tak silap aku, tv9 dan tv3 ada siaran langsung perlawanan bola. Memang dah aku agak malam tu takda siapa boleh tukar siaran lain huhu.

Tambah semalam pasukan Perak masuk tv, lagi berkobar semangat Perak-ian sorang dalam rumah ni hehe.

Time tu aku tengah basuh pinggan kat dapur, dengar Pak Jelan terjerit marah kat penjaga garisan dalam TV. Beria benor marah nampak..macam orang tu dengar hahaha!


Wednesday, August 19, 2015

Wednesday, August 19, 2015

Masterchef Asia Musim Pertama : Siapa Wakili Malaysia?


Assalamualaikum!





Siapa pernah tengok Masterchef? Yang suka masak-masak mesti tak pernah ketinggalan kan. Rancangan pertandingan masakan paling popular ini bakal menggegarkan dapur korang awal September nanti.

Dan yang menariknya, Malaysia bakal menurunkan 3 orang "chef rumah" (home chefs) yang bakal beradu di edisi sulung pentas Masterchef Asia nanti! 

Woww!

Tuesday, August 18, 2015

Tuesday, August 18, 2015

Berenang Itu Indah ....


Assalamualaikum!




Teringat kenangan bercuti di Agrofarmstay, Melaka tahun lepas. Kali pertama kakak dan adik mengenakan baju renang setelah hampir berbulan beli tapi tak berpakai hehe.  Bila dah sampai ke tempat yang sepatutnya, masing-masing teriak nak pakai baju renang dan terjun masuk dalam kolam hehehe

Monday, August 17, 2015

Monday, August 17, 2015

Terapi Untuk Anak Yang Kebosanan


Assalamualaikum!




Hari Sabtu dah keluar seharian menemani ibu pergi food review. Jadi hari Ahad memang tak pergi mana dah lah. Plan nak kemas rumah dan masak dan rehat-rehat di atas sofa empuk. Tapi, bila anak dara yang sulung mengadu bosan .... mulala dia ligat nak cari idea nak buat sesuatu ..!

Monday, August 17, 2015

Kelazatan Makanan Penang Di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie


Assalamualaikum!




Sememangnya, masakan Penang memang terkenal di kalangan warga tempatan mahupun pelancong luar. Dan untuk itu, aku kembali ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie untuk merasai hidangan masakan Penang yang disediakan oleh chef-chef berpengalaman di sini. 

Dan aku tak perlu pergi jauh sampai ke Penang sebab di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie kini mengadakan promosi masakan Penang! Wow .. tak sabar nak mencuba apa yang sedap disini ehehe 




Food review kali ini bukan sekadar menjamu selera dengan hidangan lazat dari chef-chef disini, malah Chef Zaidi menunjukkan demo masakan secara live! Perghh ... aku suka tengok orang masak-masak ni hehe. 

Chef Zaidi menunjukkan 3 demo masakan pada hari itu, iaitu Kurma Kambing, Char Kuey Tiow dan Rojak Buah. Perghh .. ketiga-tiga masakan ni memang aku suka! Terutama yang Char Kuey Tiow tu ... heee :D




First, Chef Zaidi menunjukkan cara memasak Kurma Kambing. Memang senang giler tengok beliau memasak, sebabnya beliau menggunakan periuk tekanan jenama Fissler! Hanya perlukan masa 20 minit untuk hidangan Kurma Kambing ini siap! Perghh .... cepat sungguh kan!



A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Haaa yang ni aku suka! Chef Zaidi tunjuk demo masak Char Kuey Tiow hehe. Pastu Chef tunjuk cara buat rojak buah paling senang dalam dunia! Sos rojak dibuat homemade sendiri oleh chef-chef di situ. Tak sabar nak try jugak! :D

Selesai demo memasak oleh Chef Zaidi, kami dijemput untuk menjamu selera dengan masakan Penang yang telah disediakan. Jom kita tengok apa yang mereka hidangkan untuk Promosi Makanan Penang di sini!




Kari Ikan


Daging Masak Kicap


Kurma Kambing


Char Kuey Tiow


Pilihan makanan laut pun ada!



Tortilla Chips dengan pelbagai pilihan dressing


Pelbagai jenis kerabu









Tak dilupa turut disediakan hidangan pemanis mulut yang ohsem dari mereka! Serius, memang sedap!

Promosi Makanan Penang ini berlangsung dari 15 Ogos sehingga 30 Ogos 2015. Dengan hanya membayar RM88++ untuk seorang, korang boleh nikmati pelbagai jenis masakan Penang yang pasti menambat selera! Selain itu, Mi Kari dan Assam Laksa turut disediakan! 



My plate



See my anak-anak dara makan tak pandang ibu dah! Kakak tu makan yang ringan-ringan dulu, pastu baru dia ambil nasi dengan lauk hehe.



Selalu kalau pergi Penang, kita mesti nak merasa ABC kan. Jangan risau, sebab Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmari ada ABC untuk korang! Mewah dengan kekacang dan rasanya pun yummmmyy!




Apa lagi yang sedap di sini? Haaaa mereka juga ada sediakan booth rojak buah dan pasemboq! Telioq cheq dibuatnya! Dah tentu tak lepaskan peluang merasa kedua-dua ... walaupun perut dah agak menegang waktu ni hehehe.





So, kalau korang nak merasa masakan Penang bolehlah datang menjamu selera makan malam di Kites Restaurant, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie bersama keluarga tersayang. Bermula dari 7pm sehingga 10pm setiap hari, mereka setia menjamu hidangan masakan Penang yang lazat sepanjang tempoh promosi.

Makan Malam : 7pm sehingga 10pm setiap hari
Lokasi : Kites Restaurant
Harga : RM88++/seorang
Tempoh Promosi : 15 Ogos sehingga 30 Ogos 2015

Untuk tempahan, korang boleh hubungi mereka di :


Tel : +603 78025245
Email : dining@holidayinnkl.com.my


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.