Breaking

Friday, September 04, 2015

Friday, September 04, 2015

Akibat Orang Yang Tidak Solat Asar!


Assalamualaikum!


Kirimian perkongsian dari seorang sahabat yang sangat menarik dan penting isinya untuk dikongsi bersama di sini. Apakah boleh kita meninggalkan solat Asar dengan sengaja tanpa ada sebab-sebab tertentu? Apa pendapat ulama dan adakah terdapat khilaf dalam hal ini? 

Hadis Sahih Bukhari:

Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim, dari Hisyam bin Abi 'Abdullah, dari Yahya bin Abi Katsir, dari Abdullah bin Zaid (Abu Qalibah), dari Amir bin Usamah, beliau berkata:
"Kami pernah bersama Buraidah (bin Al Hashib bin 'Abdullah) pada satu peperangan saat cuaca mendung (hendak akhir waktu asar), lalu ia (Buraidah) berkata "Segeralah laksanakan solat Asar! Kerana Nabi sallallahu 'alaihi wassallam pernah bersabda:
"Barangsiapa meninggalkan solat Asar, sungguh terhapuslah amalan-amalannya".
[Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, subKitab Waktu-waktu Solat, 9/356, hadis no. 520]

Friday, September 04, 2015

Festival Bon Odori Di One Utama!


Assalamualaikum!


Ogenkidesuka? 

Haa maksudnya apa khabar uollsssss hahaha. Sedang belajar bahasa Jepun ni, mana la tau kot-kot dapat jejak kaki di bumi Jepun satu hari nanti muahahaha! Tapi,sebelum tu kita mulakan dulu dengan mempelajari budaya masyarakatnya yang salah satunya .... makanan!




Bertempat di One Utama Shopping Center, majlis perasmian Festival Bon Odori yang dibawakan oleh Cold Storage telah berlangsung dengan jayanya di sini. Cold Storage melalui Pengurus Besarnya, Angus Gore-Andrews berkata, sebagai salah sebuah pasar raya yang telah bertapak lama di Malaysia, Cold Storage memang terkenal dengan produk segar dan berkualiti yang diimport dari seluruh pelusuk dunia sejak dahulu lagi.

Dalam memperkenalkan kebudayaan masyarakat lain di kalangan orang tempatan, Cold Storage ingin mengetengahkan makanan istimewa dan amalan kebudayaan Jepun melalui acara yang sedang berlangsung kini selama lima hari di pusat membeli belah, One Utama.



Perasmian disempurnakan oleh Angus Gore-Andrew bersama Mohd Azizil Halim, Pengurus Cold Storage Bandar Utama dan Patrick So, Pengurus Besar One Utama




Festival Bon Odori

Secara tradisinya diadakan untuk memberi penghormatan kepada nenek moyang, telah diraikan di Jepun lebih 500 tahun. Sambutan bercirikan karnival itu berlangsung selama tiga hari disambut antara bulan Julai dan September, di kawasan-kawasan berbeza di Jepun.

Merupakan acara lengkap dengan aktiviti-aktiviti tradisional dan moden seperti tarian, nyanyian dan persembahan kostum, serta pelbagai permainan popular masyarakat Jepun. Acara ini turut menampilkan gerai makanan dan minuman Jepun, dan lain-lain seni persembahan dan demonstrasi rakyat Jepun.

Ok .. untuk makluman korang, Festival Bon Odori bermula 2 sehingga 6 September 2015 di One Utama Shopping Center. So, kalau korang ada plan nak ke sana dalam masa terdekat, jangan lupa singgah untuk melihat lebih 1000 jenis produk makanan, kuih-muih dan juadah istimewa yang dipamerkan. 









Untuk pesta makanan, produk makanan dan manisan Jepun yang diimport termasuk keropok beras, teh hijau, gula-gula serta bahan-bahan masakan seperti rumpai laut, miso dan rempah ratus.

Yang penting, korang kena pandai pilih ye hehe. Kalau tak faham bahasa Jepun sila rujuk pada orang di situ.



Cold Storage Bon Odori Japanese Food & Culture Fair
One Utama Shopping Center
2 September - 6 September 2015
10am-10pm

Arigato khozaimas!
^^

Thursday, September 03, 2015

Thursday, September 03, 2015

Kasi Pendek Sikit!


Assalamualaikum!




Kalau ikutkan kata hati ibunya, memang takmo dia potong rambut. Tak pernah sekali pun rambut tu cecah pinggang. Teringinla ibunya nak tengok rambut anak tu panjang ... untung-untung boleh buat tocang Elsa kan hahaha ...

Tapi, dah empunya diri nak potong ... tambah ayahnya suh potong sebab tengok dah serabut dan rambut depan pulak dah panjang bebenor. Hurmm takpela, rambut je punnn ... sok lusa dia tumbuh balik ye dop.

Wednesday, September 02, 2015

Wednesday, September 02, 2015

Antara Marah & Sayang


Assalamualaikum!




Muka happy kerana dua sebab! Pertama, sebab hari tu (semalam) tadika Mira masih cuti dan kedua roti jala dalam mulut! hehe

Time ni Mira umur 6 tahun (ibu bayangkan Mira mungkin berumur 16 tahun atau lebih bila Mira terbaca entri ibu ni haha). Lepas hantar kakak ke sekolah, kita bertiga pergi Warung Pak Yop untuk sarapan pagi. Pagi tu, Mira makan roti jala dan nasi lemak bersama sosej. Kuat makan ... sebab tu ramai orang kata Mira dan kakak kembar, sebab tinggi dan lebarnya sama je hehe.

Tuesday, September 01, 2015

Tuesday, September 01, 2015

Cuti Merdeka ....


Assalamualaikum!


Cuti Sabtu, Ahad & Isnin takda apa yang istimewa sangat melainkan sambutan Hari Merdeka semalam. Kecuali ada dua malam sebelum tu, kami keluar ronda-ronda kat kawasan kedai dekat ngan perumahan. Saja bawa anak-anak jalan-jalan tengok bulan mengambang hehe.

Lepas diaorng 'pau' getah rambut dan cekak dari ayahnya kat kedai Meei Mei, kitaorang sambung jalan-jalan kat situ sambil makan jagung rebus. Beli sebatang kongsi tiga orang makan! Yang adik langsung tolak takmo ... cuma kakak je dah pandai sikit-sikit makan jagung. Ermm sedap la bu ...!

Baru ko tahu sedap ye kak ... ni baru jagung belum lagi durian crepe hehe!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.