Breaking

Friday, December 04, 2015

Thursday, December 03, 2015

Thursday, December 03, 2015

Benarkah Dah Takda Duit??


Assalamualaikum!


Perghhh terkena aku hari ni! Rupanya tambang LRT dah pun berubah harga bermula semalam. Hari Selasa (1 Disember 2015) aritu, tambang LRT dari Dato' Keramat ke Taman Jaya hanya RM2.30, tapi pagi tadi dah naik jadi RM3.70! Kenaikan sehingga RM1.40 tuuuuu! 

Tu pasal aku pelik, pasaipa baki syiling yang jatuh kat bawa mesin tu hanya RM1.30 sedangkan aku masukkan not RM5 sekeping dan harga kat skrin masih RM2.30? Rupanya diaorang tak update lagi harga kat mesin token tu ... perghhh! Mencekik sungguh!!!



Wednesday, December 02, 2015

Wednesday, December 02, 2015

Simple Tapi Memikat Selera!


Assalamualaikum!


Sebenarnya kan, kita tak perlukan sampai 4-5 jenis lauk dalam satu pinggan untuk rasa kenyang. Dari sepinggan nasi, cukupla kalau kita dapat nikmati satu jenis lauk yang simple tapi enak! Nak tahu macam mana caranya?

Haa meh .. meh aku kongsikan :)

Hari tu, aku dan sorang kawan opis berhajat nak tapau nasi kat carpark bawah tu. Sekali dia cakap nak beli nasi ayam goreng kunyit kat gerai sebelah dengan gerai yang aku beli nasi goreng kungfu! Nasi ayam goreng kunyit? Sedap ke?



Wednesday, December 02, 2015

Pelik Kenapa Ibu Tak Pakai Gincu?


Assalamualaikum!


Memang sejak dari zaman anak dara lagi, aku dah macam ni. Jaaarang sangat nak guna alat solek hatta gincu sekalipun! Dari zaman sekolah, kalau keluar shopping ngan kengkawan, yang lain berbedak, bergincu, berblusher ... tapi aku masih setia guna bedak talkum biasa hehe. Pengaruh rakan sebaya waktu tu tak berapa nak kuat kot, dan aku akui bab makeup memang jauuuuuhhhhhhhhhh sekali ....

Entah la ... nak kata mak tak ajar, mungkin juga. Tapi mak pergi keje dulu pun siap pakai bedak kompak dan gincu Avon lagi! Tapi kenapa aku masih tidak tertarik untuk mengikut jejak mak tu? Dan perangai tu terbawa-bawa sehinggalah aku masuk ke alam pekerjaan. Pernah dulu aku CUBA .... CUBA untuk pakai makeup ke opis, tapi tak selesa la.... tak tahu kenapa hehe. 

Zaman bercinta pun macam tu jugak! Kiranya Pak Jelan memang terpikat pada natural beauty aku la time tu kot wakakakakaka! :p


Tuesday, December 01, 2015

Tuesday, December 01, 2015

Sambal Hebi


Assalamualaikum!


Inilah kali pertama aku dengar istilah Sambal Hebi. Sebelum ni tau sambal je hehe, korang pernah dengar tak? Kalau pernah korang memang terer! Kalau tak pernah, maka kita 'sekapal' heeee. 

Makan kalau takda lauk sambal takda la kick la kata orang. So, memang dah sinonim la sambal dalam masyarakat kita kan. Tapi, sambal hebi memang satu benda yang baru bagi aku sebab sebelum ni tak pernah terjumpa lagi atau barangkali istilah yang digunakannya mungkin berbeza, bukan sambal hebi.

Sambal Hebi ni rupanya berasal dari Indonesia ye. Kalau salah tolong betulkan tapi inilah yang aku dapat bila cari kat google. Dalam bahasa masyarakat Melayu, senang citer panggil sambal udang kering.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.