Cerita My Pearls
Tuesday, December 15, 2015
Bila Anak Dara Nak Belajar Menjahit ....
Assalamualaikum!
Alhamdulillah ... bahagia jadi orang Selangor hahaha. Eh tapi memang aku orang Selangor pun cuma tinggal saje di KL. Cuti yang dinikmati bermula hari Khamis sehingga Isnin baru-baru ni aku gunakan sepuas-puasnya untuk berehat dan melayan anak-anak di rumah. Blog pun aku jarang bukak kecuali hari Sabtu sebab ada Piala Malaysia, so sempat la aku update sikit hari tu. Hari Ahad pula ikut Pak Jelan meniaga car-boot sale di Kota Damansara. Haa yang tu nantila aku ceritakan ye.
Ni nak citer pasal semalam, tetiba anak dara sulungku request nak belajar menjahit huhu. Dari minggu minggu lepas lagi dia dah buat permintaan dah ... cuma time tu aku belum rasa dia cukup bersedia untuk pegang jarum. Then, semalam dia tanya lagi .... ok la ... kita cuba ok.