Story Kenit
Monday, March 07, 2016
Lama Tak Main Ni Baq Hang!
Assalamualaikum!
Dah lama gak aku tak main batu seremban ni. Bila nak start main balik rasa terketor-ketor pulak tangan ni hehe. Kalau tak kerana nak memenuhi jemputan Puspanita, tak mungkin aku ulangi kenangan 'pahit' itu muehehehe ....
Kenangan apakah?
Perluke aku ceritakan? Hurmm ... ok la aku cerita sikit. Tapi disebabkan peristiwa 'hitam' itulah, aku kena 'bahan' seminggu ngan penyelia tau hahaha. Dua tahun lepas, aku join juga indoor games anjuran Puspanita. Feveret game aku opkos la batu seremban. Memang power main kalau nak dibandingkan dengan game karom, congkak atau dart.
Dengan konfidennya, aku lawan ngan seorang opismate non-malay masa tu. Dia ni pulak tak reti main batu seremban .. tapi nak join main jugak! Pelik aku hahaha ...! Bila dah tak reti tu, kita yang reti ni kasila tunjuk ajar sikit kat dia. Alih-alih bila masuk game betul betul ..... boleh dia yang menang! hahaha ... tu yang aku kena 'bahan' seminggu tu hahaha ... buat malu kompeni Melayu je katanya hahahaha :p