Breaking

Thursday, March 24, 2016

Thursday, March 24, 2016

Kambing Bakar BBQ Merecik di AA Super Grill, Subang Bestari!


Assalamualaikum!


Memang kena pada masa dan tempatnya! Awal-awal ibu dah set tarikh yang cun untuk hari istimewa kakak dan adik. Tahun ni sambutan birthday kakak dan adik kita buat lain dari yang lain sikit. Selalu sambut sambil makan kek kan, tapi kali ni kita try Kambing Bakar BBQ! hehe ...

Siapa tak suka kambing bbq weh! Aku ngan Pak Jelan tolak batu ngan kayu je hahaha ... kalau bab kambing ni, memang kami tak menolak! Peminat kambing tegar ok! Bila tau kat Subang Bestari ada satu gerai baikkkkk punya kambing ... apa lagi, jom la terjah AA Super Grill!




Tak susah nak cari AA Super Grill ni, kami dari KL ikut Federal je. Disebabkan kami dah tau selok belok sikit kawasan kat situ (sebab dekat ngan tapak carbootsale Subang Bestari) so takda masalah!  Jangan takut sesat ke ape, tak guna waze pun boleh jumpa, tapi kalau korang nak waze jugak cari je AA Super Grill.


Untuk aku dan Pak Jelan. Sorang sepinggan ye, takda makna nak kongsi-kongsi, memang niat nak pulun sorang-sorang je sepinggan ni hahahaha .... :p



Untuk anak-anak. Boleh request taknak letak apa-apa sayur atau bawang kalau budak-budak tak makan. Kakak dah boleh makan dengan sos, so dia memang ok dengan blackpepper sauce. Mira pilih ‘kosong’, simply kambing bakar bbq saje hehehe ....

Takpe, birthday girls kan ... apa diaorang nak ibu turutkan malam tu. Janji happy dan kenyang! :)



Tengok ... tengok .. orang obsess ngan kambing macam ni la. Makan pun dah tak pandang bini ... hahaha :p




My precious pearls sedang fokus makan nampaknya. Baru masak plak masa tu, memang berasap lagi la kambing tu hehehe ...

Dah besar nampak anak-anak ibu ... dulu makan memilih betul, tapi sekarang kambing bbq pun dah sedap makan. Macam ni memang geng ibu ngan ayah la! hehehe .....




Best ke Kambing Bakar BBQ AA Super Grill ni? Kalau ikut tekak aku dan Pak Jelan, memang sedap dan ‘kena’ ngan selera kami berdua. Tak susah nak makan, dah siap  potong kecik-kecik dan percuma roti bakar lagi!

Portion dia pun memang kami puas hati! Bayangkan sorang makan sepinggan ... perrrghhh #merecik tekak sekarang ni tau dak hahaha. Sos lada hitam dia memang terbaik ... pekat dan sedap! Rugi menyesal aku tak beli siap-siap malam tu, sebab ralit sangat berborak dengan isteri En. Aslam, sampai terlupa nak ‘rembat’ sebotol bawa balik ...hehehe..

Tapi takpe, next time aku tau dah tempat dia kat mana ... ;)



Sila beli kalau korang taknak menyesal macam aku! Grrrr ....hahaha
Sos dan kambing frozen juga ada dijual. 

Area penghantaran: Shah Alam & USJ
Time order bermula: 1.00 pm
Time Tutup order: 9.00 pm
Time cancel order sebelum: 8.00am




Alhamdulillah, tercapai-capai juga hajat nak makan Kambing Bakar BBQ AA Super Grill, Subang Bestari ni. Walaupun anak-anak muka kepenatan sebab siangnya sekolah, tapi banyak juga diaorang makan kambing malam tu hehe ...

Suasana pun santai dan happening kat sini. Bolehlah bawa family dan kengkawan datang makan kambing bakar kan. Yang dukung anak tu la En. Aslam ... terserlah aura sampai tak berapa nak jelas muka dah hehehe. Terima kasih ye En. Aslam, isteri dan AA Super Grill sebab sudi jamu kami dengan hidangan Kambing Bakar BBQ yang #merecik dan superb!


AA SUPER GRILL SUBANG BESTARI 
Jalan Nova U5/N,
Subang Bestari 40150 Shah Alam
Selangor

Waktu operasi
Isnin-Khamis : 6.30pm-10.30pm
Jumaat -Sabtu : 6.30pm-12.00am
Ahad : tutup
No phone : 019-6340294 (En. Aslam)


" Mok Kito Maroh Jual Mahal "




AA SUPERGRILL KAMBING BAKAR BBQ juga menerima tempahan untuk majlis korporat, jamuan hari raya, rumah terbuka, majlis kahwin, majlis tunang dan lain-lain. Kalau korang berminat, boleh order awal untuk mengelakkan kekecewaan akibat tempahan terlalu banyak dan ditutup hehe ...

So, next time tau dah port makan kambing mana yang boleh kami sekeluarga terjah! Terbayang-bayang sampai mimpi pun mimpi kambing malam tadi hahaha ... ;)


Wednesday, March 23, 2016

Wednesday, March 23, 2016

Sanah Helwah Girls!


Assalamualaikum!


23 Mac 2016 ... sorang genap 9 tahun, sorang lagi genap 7 tahun hari ni. Semakin hari semakin bijak makin banyak 'akal', makin pandai bergaya, makin pandai menyakat ibu dan ayah. 

Hari ni sekolah, cadang nak bagi goodies bag untuk kengkawan di sekolah, tapi ibu mintak postpone ke hari Jumaat ni insyaAllah hehe....



Tuesday, March 22, 2016

Tuesday, March 22, 2016

Jom Undi 5 Finalis Logo Harimau Malaysia!


Assalamualaikum!


Walaupun aku bukan peminat tegar pasukan bola tanah air tapi, ada gak sekali sekala aku update citer pasal bola dalam blog aku ni hehe, terutama kalau melibatkan pasukan Pahang, Selangor atau Perak.

Korang tahu tak sekarang sedang berlangsung undian untuk memilih Logo Harimau Malaysia bagi pasukan kebangsaan? Tak tahu? Haaa aku pun baru tahu ni hehehe ..



Tuesday, March 22, 2016

Semakin hampir ...


Assalamualaikum!


Terasa 9 tahun rasa macam 9 hari baru... 

Walaupun sorang keluar ikut 'tingkap', sorang keluar ikut 'pintu', tapi pengalaman dari awal sampai saat ini adalah yang terindah dalam hidup ibu! sobsobsob ....













Cepatnya masa berlalu. Wajah pun dah berubah ....

Walaupun masih 'bercakaran' dan kadang-kadang kakak tak faham adik, adik tak faham kakak tapi ibu boleh dengar saat korang bergelak ketawa, bersoal jawab soalan matematik campur tolak, berborak berdua sambil siapkan homework, berborak pasal kakak-kakak angkat di sekolah, berpakat tuliskan ibu surat bila ibu merajuk ....

Sumpah .... ibu rindu momen-momen bila awak berdua masih bayi masih kecil. Dan sekarang, anak-anak ibu akan melangkah masuk ke usia baru. Dan satu hari nanti, awak berdua juga akan pergi tinggalkan ibu untuk kejar cita-cita dan kebahagiaan masing-masing T_T

Ibu harap .. ibu berdoa anak-anak ibu akan seimbang amal dunia dan akhirat. Jadi anak-anak yang solehah dan jaga ukhwah adik beradik walaupun bila ibu ayah dah takda. Saling jaga menjaga, berkasih sayang dan mengambil berat antara satu sama lain. Dan paling ibu harapkan ... anak-anak ibu mendoakan ibu dan ayah walaupun jasad kami telah bersatu dengan tanah nanti ....

Sorry ... ter-emo plak entri kali ni. Tengok gambar-gambar ni jadi sebak pulak rasa .... ishhhh ....

Monday, March 21, 2016

Monday, March 21, 2016

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Cure & Care Service Centre (CCSC) !


Assalamualaikum!


Seperti yang pernah aku kongsikan di blog bulan lepas mengenai misi Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), alhamdulillah kerjasama pertama kami dapat disempurnakan dalam program pertama KBBA bersama AADK yang berlangsung baru-baru ini di Cure & Care Service Centre (CCSC) Chow Kit, Kuala Lumpur.

Selama ni hanya baca di akhbar-akhbar je kan, tak pernah tahu dan tak mahu ambil tahu apa yang berlaku pada mereka ... kehidupan mereka ... perjuangan mereka untuk bebas dadah dan apa yang boleh kita buat untuk menerima mereka kembali dalam masyarakat ...

Di CCSC Chow Kit ini, aku melihat sendiri perjalanan proses rawatan pemulihan yang dijalankan. Aku dan rakan blogger KBBA turut diberi peluang bertemu dengan 'klien' yang datang secara sukarela setiap hari untuk mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan serta melihat sendiri bagaimana mereka mengurus diri sendiri dibantu oleh staf-staf CCSC.




Apa itu Cure & Care Service Centre (CCSC)?

Haaa .. memang ramai yang tak tahu kan? Takpe, nanti aku kongsikan serba sedikit info untuk korang dan moga-moga dengan perkongsian ini, kita dapat manfaat dan sebarkan pada orang lain.

  • Dikenali juga sebagai Pusat Pulih & Prihatin, sebuah institusi terbuka komuniti dan disasarkan untuk membantu semua lapisan masyarakat yang menghadapi permasalahan dadah 

  • Ditubuhkan pada 24 Januari 2011, Cure & Care Service Center (CCSC) Chow Kit di bawah kelolaan Agensi Antidadah Kebangsaan yang terletak di tengah² 'hot-spot' Kuala Lumpur ini menyediakan perkhidmatan pencegahan, rawatan & pemulihan, dan juga penguatkuasaan kawalan penggunaan najis dadah di kalangan golongan gelandangan, pekerja seks, kanak-kanak dan remaja keciciran

  • Di sini, 'klien' yang terdiri daripada 'active-user' ataupun yang sedang dalam pemulihan, mendapatkan rawatan kawalan dadah methadone, nasihat perubatan, dan juga sebagai tempat mereka membersihkan diri, makan dan berehat, secara 'day-care'. CCSC Chow Kit dirasmikan oleh Dato' Seri Hisyamuddin Tun Hussein tanggal 13 Mei 2011

  • Selain CCSC Chow Kit, terdapat 4 buah CCSC lagi yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur iaitu :
    1. CCSC Maluri
    2. CCSC Kerinchi
    3. CCSC Desa Rejang dan 
    4. CCSC Samping


  • CCSC Chow Kit mempunyai seramai 1762 'klien' berdaftar, dan mereka berumur antara 35 hingga 68 tahun

  • CCSC juga mempunyai doktor dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi khidmat rawatan dan pemulihan bagi membantu 'klien' mengatasi masalah dadah



Untuk pengetahuan korang, Chow Kit merupakan kawasan 'hot-spot' yang pernah dikaitkan dengan penagih dadah dan beberapa kes jenayah lain. Namun, sejak penubuhan CCSC Chow Kit, keadaan telah berubah dan mereka yang berkenaan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak AADK & CCSC.





Menurut Puan Hamsiah yang bertugas sebagai Penyelaras di sini, selain bertindak sebagai pusat khidmat untuk golongan yang menghadapi masalah dadah, CCSC Chow Kit menjadi pusat day-care kepada 'klien'. 'Klien' yang berdaftar dengan mereka akan datang ke sini setiap hari seawal pagi untuk mendapatkan khidmat rawatan, makanan dan pengurusan diri. 

'klien' yang datang ke CCSC diberikan rawatan kawalan dadah methadone dan nasihat perubatan dari doktor. Dan pemberian methadone adalah untuk 'klien' yang menghadapi masalah penagihan dadah jenis opiat seperti heroin.

Dos yang diberikan kebiasaanya adalah 55mg setiap kali rawatan, namun ia berbeza bagi setiap individu mengikut tahap ketahanan mereka melawan ketagihan. Dan, methadone ini tidak boleh digunakan sendiri .. perlu ada pengawasan dari doktor yang berdaftar dengan KKM dan 'klien' perlu minum di hadapan doktor tersebut.




'Klien' di atas ni dah bebas dadah, dapat kerja dan berjaya kembali ke pangkuan keluarga. Tapi pengambilan methadone diteruskan untuk rawatan menstabilkan fizikal dan mental dia. Namun, dos yang lebih kecil diberikan sebab dia tidak lagi berhadapan dengan masalah ketagihan dadah.




'Klien' yang atas ni pula ialah active-user yang masih mengambil dadah. Maka, dos methadone juga tinggi dan dia perlu minum setiap hari. Jika dia masih hisap dadah lagi, maka dosnya juga akan mejadi lebih tinggi.




Di sini lah ruang tempat mereka berkumpul dan berehat selepas mendapatkan rawatan. Untuk pengetahuan korang, konsep 'open-access' atau terbuka yang diamalkan di CCSC ini membolehkan 'klien' datang secara sukarela tanpa terikat dengan sebarang syarat atau perundangan. Tujuannya supaya lebih ramai 'klien' tampil mendapatkan bantuan rawatan dan pemulihan di CCSC Chow Kit secara percuma.

CCSC juga menyediakan program berbentuk pendekatan psikosiosial seperti : 
  • Kelompok sokongan sosial 12 langkah
  • Program Kekeluargaan
  • Program Keagamaan & Kerohanian
  • Outing/Excursion
  • Sukan & Riadah





Sumbangan CCSC Chow Kit bukan sekadar membantu kumpulan sasaran ini dalam proses rawatan dan pemulihan dadah, tapi 'klien' turut diajar untuk berdikari dari bab membasuh baju sehinggalah kebersihan diri. Segala kemudahan disediakan dan mereka boleh menggunakannya setiap hari. 




Ada juga yang datang untuk merehatkan diri. Biasanya mereka ni takda tempat lain nak dituju maka disinilah mereka berkumpul samada untuk membasuh baju, mandi, makan atau berehat pada waktu siang.




Apakah CCSC berjaya memulihkan golongan yang terlibat dengan penagihan dadah? Ya ... malah ada antara mereka yang telah bebas dari najis dadah berpuluh tahun dan kini bertindak sebagai Pembimbing Rakan Sebaya di CCSC untuk membantu 'klien' lain yang sedang berjuang untuk memulihkan diri dari penyalahgunaan dadah


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN di CCSC :
  • Kaunseling dan Bimbingan
  • Kelompok Sokong Bantu
  • Pencegahan Relapse
  • Kemahiran Hidup
  • Kemudahan Sukan & Riadah
  • Khidmat Masyarakat
  • Rawatan Terapi Gantian Dadah menggunakan Methadone
  • Rujukan dan Advokasi








Secara zahirnya, dadah masih menjadi masalah kita bersama. Namun, realitinya ia masih boleh dibanteras dengan bantuan semua pihak secara aktif. Penglibatan AADK & CCSC dalam membantu golongan bermasalah dengan dadah tidak akan dapat mencapai matlamat seandainya masyarakat masih mempunyai stigma negatif terhadap golongan yang sedang dalam pemulihan ini. 

Sokongan ahli keluarga dan komuniti sangat diperlukan untuk mereka kembali berfungsi dalam masyarakat. 

Satu pengalaman terbaik yang takkan aku lupakan. Usaha AADK & CCSC telah membuka mata dan hati kami untuk memahami sekaligus mengubah persepsi kami sebelum ini tentang mereka yang bermasalah dengan dadah. Terima kasih AADK, CCSC & KBBA di atas peluang ini, moga usaha murni ini terus mendapat perhatian dan sokongan dari semua pihak.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.wecareweserve.org dan www.adk.gov.my atau lawati sendiri CCSC berhampiran korang.


"DADAH MASIH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA"


Wednesday, March 16, 2016

Wednesday, March 16, 2016

Carboot Sale Subang Bestari ... Kami Datanggggg!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah ... akhirnyaaaa hajat kami sampai nak meniaga di sini! Hahaaha ... hajat tuuuu jangan memain hahahaha! Sebenarnya memang dah lama kami berhasrat nak try meniaga carboot kat sini, semuanya gara-gara perbualan kami dengan seorang pakcik ketika meniaga di CBS Kota Damansara berbulan yang lepas ...

Sejujurnya, sebelum ni banyak kali tak jadi nak meniaga kat sini sebab faktor cuaca. Kadang-kadang kat KL waktu petang cuaca ok cerah ... tiba masuk ke Subang tup tup dah hujan! Ada sekali tu kami dah sampai dah kat tapak parking .. dah bukak bonet nak pasang besi, tapi bila dongak ke langit awan mendung berarak laju dan akhirnya .... tik tik tik hujan turunnnn hehehehe. Begitulah semangatnya ... hehehe ... 



Tuesday, March 15, 2016

Tuesday, March 15, 2016

Projek Buat Mee Kuning!


Assalamualaikum!


Jumaat yang produktif! Syabas diucapkan kepada mak-mak di opis yang berjaya memecah rekod tidak tidur atau pergi shopping waktu rehat hari tu hahaha ... ok ok gurau je ye. Sebenarnya ni projek last minit yang dicetuskan oleh 'cikgu' kami yang bercadang nak ajar kami buat mee kuning sendiri!

Rugiii besar la kalau aku tak join weh ... dah la pagi tu aku kena 'prank' dengan penipu, hampir-hampir tak jadi aku nak join kelas buat mee kuning ni. Tapi alhamdulillah ... Allah bagi juga rezeki ilmu untuk aku huhu ...


Monday, March 14, 2016

Monday, March 14, 2016

Tips Berguna Ketika Di Tandas Awam


Assalamualaikum!


Apa yang korang fikir bila sebut 'TANDAS AWAM'? Phewwww .... ye ye aku faham hahaha. Yang kotor, yang melekit, yang becak lantainya, yang sinki tersumbat dan sebagainya ... semua ciri tu ada pada kebanyakan tandas awam kita.

Itu belum lagi kira pili sinki rosak, paip air bocor, bau hancinggggggg, tak boleh flush, kehabisan tisu tandas dan paling menyedihkan ... tandas tersumbat dan ada penampakan sisa pepejal buangan manusia yang mengganggu ketenteraman perasaan bila kita tolak penutup mangkuk tandas tu ke atas ..... aiyaiyaiyai!

Langsung putus selera nak 'membuang' di situ hahaha ...




Kebanyakan dari kita tentu pernah mengalami situasi begini kan! Di sesetengah tempat terutama di pusat membeli belah atau tempat makan yang ramai orang, akan mempunyai masalah-masalah seperti ini. Dan disebabkan itulah ada yang sanggup 'tahan' tak mahu pergi ke tandas awam!

Malah melalui kajiselidik yang dilakukan oleh Kleenex®, statistik mendedahkan tiga daripada lima rakyat Malaysia sangat tidak yakin untuk menggunakan tandas awam atas sebab-sebab yang aku nyatakan tadi. Dan rungutan yang paling banyak diterima kebanyakannya berkaitan dengan hos air kotor (60%) dan ketiadaan air dan tisu tandas (37%).

Dan melalui kajiselidik ini juga, empat dari lima orang menyatakan mereka kurang meminum air apabila keluar untuk menghadkan penggunaan tandas awam manakala ada segelintir yang akan membawa bekalan air untuk membersih ke mana-mana sahaja.





Bagi aku, empat perkara ni sangat sensitif bila masuk tandas! 
  • tandas tersumbat
  • sisa najis kelihatan dalam mangkuk tandas
  • tisu atau tuala wanita dalam mangkuk tandas
  • paip air rosak

Mula-mula masuk kalau nampak tisu ditinggal sengaja dalam mangkuk tandas memang aku segera keluar balik dari situ! Pernah juga lepas dah selesai 'membuang'... tiba masa nak mencuci paip pulak takda air! Melilau aku cari tisu sementara nak tukar ke tandas sebelah haha ...aduhaii!




Untuk berdepan dengan masalah-masalah ini, kita perlukan tips berkesan yang mampu membantu kita ketika di tandas awam. Untuk itu, aku sentiasa pastikan stok tisu basah Kleenex® sentiasa ada bersama! 

Untuk cabaran tandas awam kali ini, aku diberikan Public Toilet Survival Kit dari Kleenex® sebagai tips memudahkan urusan aku ketika di tandas awam. Penutup muka tu memang sangat berguna terutama bila masuk ke dalam tandas berbau! Plaster tu pula boleh digunakan sekiranya aku mengalami luka kecil seandainya terkena benda-benda tajam dan wisel tu bukan nak jadi pengadil bola ye .... tapi kita boleh gunakannya untuk minta pertolongan sekiranya kita kehabisan tisu tandas atau air.




Dalam usaha menyokong penggunaan tandas awam yang lebih positif dan standard yang lebih baik dalam pembersihan peribadi di kalangan rakyat Malaysia, Kleenex®, jenama peneraju dunia dalam produk pembersihan peribadi, telah memperkenalkan penyelesaian ringkas yang boleh digunakan dengan mudah pada bila-bila masa dan dimana sahaja - Tisu Tandas Basah Kleenex ®

Pek kecil tisu basah Kleenex® ini memang sangat mudah digunakan terutama di masa-masa kritikal ketika tandas ketiadaan air! Dan jika kita tidak yakin untuk duduk di atas mangkuk tandas, jangan bimbang ... sebab tisu basah Kleenex® dapat membantu!





Kalau dulu aku yakin tak yakin je nak duduk, ye la ... bayangkan segala jenis bakteria dan kuman ada di situ! Tapi bila ada tisu tandas basah Kleenex® ni, aku hanya perlu lapkannya sebelum duduk. Barulah yakin dan selesa rasa nak 'membuang' hehehe ....




Memang aku 'pantang' kalau orang buang tisu dalam mangkuk tandas. Tapi tisu tandas basah Kleenex® ni istimewa sebab ia selamat untuk dipam, so lepas korang guna korang boleh terus buang dan pam. 

Selain itu, ianya bebas alkohol, hipoalergenik diuji, mampu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan dan diformulasikan dengan air yang ditapis sebanyak 9 peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan dan lembut serta halus di kulit.





Dan bila dah selesai, cuci tangan sebersihnya dan lapkan dengan tisu tandas basah Kleenex®. Dan kemana saja aku pergi, aku akan pastikan tisu tandas basah Kleenex® sentiasa berada dalam beg tangan. Sekarang tak perlu risau dah kalau nak masuk mana-mana tandas awam. 

Paling penting, bila tandas ketiadaan air aku tak perlu kalut nak minta pertolongan orang lain sebab tisu tandas basah Kleenex® boleh membersih dengan baik! Sementara nak cari air tu, boleh membersih dulu dengan tisu tandas basah Kleenex® ni dulu kan hehe ....




Pek kecil yang boleh dibawa kemana-mana dan senang untuk digunakan - hanya sapu dan pam. Siapa sangka produk sekecil ini mampu membawa perbezaan ketara dan menjadi keutamaan di saat-saat kritikal ketika di tandas awam!

Tisu Tandas Basah Kleenex® boleh didapati dalam tiga saiz :



pek dengan 10 helai yang boleh diletak dalam poket @ beg tangan (RRP RM2.10)


pek dengan 40 helai (RRP RM7.40)


bungkusan nilai -  jimat tiga pek (RRP RM5.80)

Ketiga-tiga saiz ini boleh didapati di semua pasaraya seluruh negara.




Jom dapatkan pek sampel percuma dan sertai pertandingan kuiz mudah untuk memenangi bekalan setahun Tisu Tandas Basah Kleenex® dengan mendaftar di www.kleenexcleans.com.my. Pengguna juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk terbaru ini di media sosial dengan meletakkan hashtag #KleenexSurvivalGuide


Untuk maklumat lanjut, layari :

Facebook Kleenex® Malaysia : www.facebook.com/Kleenex.Malaysia

Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark : 1-800-82-1188

Thursday, March 10, 2016

Thursday, March 10, 2016

Runsing ....


Assalamualaikum!


Apa yang mak cakap hari tu masih terngiang-ngiang lagi kat telinga ni. Kalau boleh, aku takmo ingat langsung dah benda yang mak cakap tu. Kalau aku punya kebolehan boleh 'padam' sebahagian memori dalam kepala aku ni, aku akan pilih untuk 'padam' perbualan aku dengan mak pasal benda tu! Sejak dari hari tu, hati aku berdebar-debar bila teringat balik ... risau pun ye ...

Malam tu mak tolong bakar ubat resdung untuk aku, sambil-sambil tu kami berborak. Dalam dok berborak, tetiba ayat tu keluar ....

"mak ada tanya abah ko, lang (panggilan mak untuk abah) ... tak sangka ye kita boleh hidup sampai umur sekarang ni ... dapat tengok anak menantu, cucu-cucu membesar .... badan pun alhamdulillah sihat lagi sampai sekarang ....

mak bersyukur abah ko sihat, mak sihat walaupun kadang-kadang lutut ni sakit juga ... tapi masih boleh lagi la bersihkan reban ayam tu ... berkebun sikit-sikit ... memasak mengemas. Tiap-tiap hari mak berdoa Allah panjangkan umur mak dapat tengok anak menantu ... cucu-cucu ... tengok anak-anak bahagia hidup senang ... tu pun mak dah puas hati .... kalau mak 'pergi' pun mak ...."

Tak boleh ... aku tak boleh teruskan menaip ayat tu ... 




Ya Allah ... panjangkan umur mak dan abahku, yang memberikan kekuatan padaku sejak dari dalam kandungan hingga aku bergelar isteri orang. Insan yang tak pernah jemu menguntum senyuman walau anak-anak 'rebah' di persimpangan kehidupan.  Sanggup bersusah payah memberikan sekadar termampu kudrat dan keringat untuk kebahagiaan anak cucu. Kurniakanlah mereka kesihatan untuk melihat anak cucu membesar dan berilah mereka kesempatan untuk beramal sebanyak yang boleh sebagai bekalan akhirat sana .... 

Aaaminnn yarabbal alamin ....

Sungguh aku belum puas berbakti untuk mereka ....


Wednesday, March 09, 2016

Wednesday, March 09, 2016

Imej Gerhana Matahari Dari Smartphone


Assalamualaikum!


Walaupun gambar yang diambil dari henpon Motorola aku ni tak dapat nak capture imej 'sabit' pada gerhana matahari ni, tapi kejadiannya di depan mata ni pun dah cukup memadai ...




Waktu kejadian pada pukul 8.23am, di hadapan bangunan ibu pejabat aku di Petaling Jaya. Tengok dari tingkap bangunan je ni ha, tu pun pandang sekejap sekejap je sebab tak pakai spek hitam huhu ...




Macam bentuk 'UFO' pun ada gak ni ha ... tapi masa terrrrrrpandang direct tu memang ada pembentukan imej 'sabit', tapi lepas tu aku tak berani pandang lagi dah ....

Di tempat-tempat lain, ramai yang berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari ini secara lebih jelas lagi menggunakan teleskop. Walaupun hanya mampu tengok dengan henpon, ok dah ni ... 



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.