Breaking

Tuesday, April 26, 2016

Tuesday, April 26, 2016

Jom Borong Alat Tulis Murah STAEDTLER "FAMILY & FRIENDS"!


Assalamualaikum!


Wowweeeee! Jualan murah macam ni lah yang sekian lama ibu tunggu! Sejak kakak masuk darjah 1 lagi ibu dah alami kemurungan sebab alat tulis diaorang tak pernah yang cukup dalam seminggu tu haha ...

Awal tahun lengkap dengan kotak pensilnya, alat tulisnya, pemadamnya, pembaris sorang satu ... tapi masuk minggu ke dua ... hilang tanpa dikesan! Bila kita tanya, kawan dia pinjam la ... tak ingat letak mana la ... kawan belah dua pemadam tu la ... macam-macam lagi laaaaaa! adehh ...T_T

Paling kritikal ... pensil warna! Beli 12 batang, bawa balik 10 batang la ... 9 batang la ... lepas seminggu ada yang pendek, ada yang dia tertukar dengan kawan punya la ... haihh dari awal tahun sampai nak habis sekolah ibu punya stres tak turun gara-gara pensil warna anak! haha ..




Kelmarin cikgu kelas hantar gambar ni dalam WhatsApp .... wow! terlajak murah dah ni! Mula la #SindromMakMak merasuk diri ini haha ... heyyy, alat tulis STAEDTLER ok! Bukan cikai punya jenama tau. Memang hajat dihati ibu nak borong alat tulis ni, tu pun kalau ayahnya sudi nak bawa ibu ke sana hehe. Kakak dan adik kan suka mewarna ... terutama kakak! Memang sejak kecil, mewarna adalah aktiviti yang dia paling suka!

Jualan murah STAEDTLER "FAMILY & FRIENDS" ini hanya berlangsung selama 2 HARI SAHAJA! So, mak-mak sekelian sila kunci tarikh anda pada 5 & 6 Mei 2016 ini ye. Harap-harap hari bekerja tak ramai orang yang serbu jualan murah ni nanti heeeee :D ...


Monday, April 25, 2016

Monday, April 25, 2016

Carboot Subang Bestari Yang Happening!


Assalamualaikum!


Hampir-hampir tak jadi nak meniaga carboot di sini malam kelmarin! Sebab petang tu hujan lebat kat area Subang dan masa tu pun kami berbelah bagi nak pergi ke tidak. Tapi alhamdulillah dalam pukul 6 lebih hujan berhenti, so apa lagi ... berdesup kami ke Subang Bestari! heee ...




Lepas maghrib hampir semua petak parking penuh dengan peniaga carboot! Rupanya meniaga malam lebih meriah dari siang! Sebab kat sini ada aktiviti best untuk kanak-kanak, budak remaja dan orang dewasa selain boleh jalan-jalan beli barang.

Dan baru malam kelmarin aku tahu pasal aktiviti best ni, sebab sebelum ni kami pilih tapak lain so tak perasan budak keluar masuk sini.




Rupanya ini kerja budak-budak kat sini setiap malam minggu ye! Kaki roller-blade, skateboard, hoverboard,skuter memang lepak main sepuas-puasnya kat sini. Siap boleh sewa plak tu!

Yang nak main buih pun ado! Parents pulak ramai yang bawa anak-anak diaorang luangkan masa tunjuk skil main roller-blade kat sini. Berdesup ke sana sini dengan kasut beroda tu .... jeles pulak aku nengok hehe ...




Ya Allah ... anak-anak ibu kalau dah tengok budak-budak lain main benda ni, memang diaorang nak main jugak la. Niat nak ke sana pi meniaga, tapi dah terjebak pulak main benda ni hehe. 

Yang kakak dah aim kat roller-blade, yang adik nak main skuter asalnya tapi ramai sangat yang main tak pulang pulangkan lagi so dia pilih main buih je la ... sebab tu je yang dia reti main pun heeee :D







Parents pakat duduk kat tepi tengok anak masing-masing layan main sepuasnya kat sini. Oh, paling aku suka ialah sewa roller-blade kat sini RM10 tapi takda had masa. Means, korang boleh main sampai muntah dengan bayaran RM10 tu. So, memang syok layan berjam-jam la! :D

Yang buih tu, ada RM3 & RM5 punya. Pilih lah yang mana suka, bayar dan main puas-puas!




Memula tu memang muka dia cuak sikit la nak berroller-blade ni sebab aku cakap kakak kena berjalan sendiri kalau nak main hehe. Sebelum tu, aku pesan dah siap-siap main benda ni kalau jatuh kakak kena bangun sendiri dan cuba lagi. Kalau jatuh sekali pastu menangis dan takmo main dah, memang next time takkan ada lagi roller-blade untuk kakak.

Tapi betul, aku tengok memang dia gigih nak belajar main roller-blade ni. Aku tanya berapa kali jatuh dah ... dia jawab 5 setengah hahaha! Apa yang setengah aku pun tak tahu haha ... tapi bila dia jatuh, dia akan bangkit semula dan jalan lagi. Lama-lama dia boleh jalan sendiri dan pergi jauh. Seronok betul dia malam tu .... :)

Dia cakap lagi nak lari laju-laju macam budak-budak lain tu, so aku cakap kena latih seimbangkan badan dulu pastu perhati macam mana diaorang gerakkan kaki dan rajin praktis la kalau nak pro macam kengkawan lain. Aku tengok budak umur 4-5 tahun pun ada yang boleh lari laju main roller-blade ni .... ishhh 'panas' pulak hati kita tengok hahaha. Maklumla, kalau aku yang main ni ... memang jatuh semedang je la T_T






Kesian Mira dapat main buih belon je hehehe. Akhirnya tak habis pun buih ni,dia duduk termenung dengan mulut muncung itik dia ... aku tanya kenapa, dia jawab dia pun nak main skuter gak hahaha. Lorrr ... takpela, minggu depan kalau ada rezeki kita sewa skuter pulak untuk Mira ye huhu. 

Agak-agak dia akan lupa tak minggu depan yek? heeee ....


Friday, April 22, 2016

Friday, April 22, 2016

Bila Kawan Minta Duit Belanja Sekolah Anak ....


Assalamualaikum!


Zaman sekolah aku dulu pun, rajin gak kena 'pau' ngan kengkawan di sekolah gak. Tapi dulu stylenya, kalau mak kita dapat tahu budak lain dok 'pau' duit anak dia, terus pergi jumpa mak budak tu je.

Aku? Aku kalau boleh takmo la jadi sampai macam tu. Budak ... kengkadang dia takda niat nak 'pau' pun duit kawan, anak kita pulak fikir memang betul kawan dia tu takda duit belanja, so dengan rela hatinya kasi pinjam duit sendiri kat kawan tu.

Dulu, kakaknya juga mengalami benda yang sama di sekolah tak kira lah di sekolah rendah atau di sekolah agama. Tapi, masa tu aku hanya nasihatkan dia je jangan bagi pinjam lagi dah ... hahaha. Tapi tu la versi cerita yang dia bawa balik ke rumah tu macam-macam la ... sedih pun ada, terasa macam kita pulak kena psiko balik ngan dia hehehe ....




Tapi sekarang ngan Mira, aku takleh dah guna cara lama tu. Wajah suci murni macam ni memang nampak pemurah sangat hahaha. Kawan mintak laju je dia bagi ... huh. Hari tu dah kena dah, dia percaya sangat bila kawan dia cakap dah tak makan 8 hari sebab cuci istana. Bukan nak kata kawan dia jahat ke ape, tapi nak ajar dia tak semua benda kawan dia cerita tu betul ....

Kengkadang bila dengar cerita dari mulut Mira, aku nak tergelak pun ada! 

So instead of bagi kawan dia duit, nak tau ape aku suruh dia buat? Aku cadangkan Mira buat macam ni ...

  • jangan bagi duit, tapi belikan makanan dan kongsi separuh dengan kawan tu

Maksudnya, kalau kawan tu lapar belikan semangkuk bihun sup (RM1) dan kongsi makan berdua. Dengan cara macam ni, Mira dapat makan kawan dia pun dapat makan.

Tapi bukanla setiap kali waktu rehat nak kena beli untuk dia. Mungkin ada masa-masanya yang kawan dia tak berduit atau lapar sangat tak makan, bolehlah buat seperti cadangan tu huhu ...

Buat masa ni alhamdulillah, takda pulak Mira balik bercerita dia bagi kawan pinjam duit sekolah dia. Kita tengok nanti perkembangannya macam mana ... ni pun still memantau lagi ni .. hehe


Wednesday, April 20, 2016

Wednesday, April 20, 2016

Cukuplah Mee Bandung Muar Tulang Bagiku ...!


Assalamualaikum!


Tobat aku takmo makan dah Asam Laksa kat kedai tu! Asal cedok je kuah, penuh ngan tulang, asal nak suap laksa, melekat tulang-tulang ikan yang halus tu ... mati 'nafsu' aku nak makan! 

Memula aku ingatkan sikit je tulang ikan tu ... mungkin orang tu tercedok sekali time nak masuk dalam mangkuk. Tapi ni tiap kali cedok mesti ada tulang ... ishhh tersekat-sekat kat tekak ni ha!

Dulu aku pernah makan Mee Kari kat kedai ni, siap aku citer lagi dalam blog ni. Tapi tak sangka Asam Laksa dia ... aku takleh gi!

Balik keje Pak Jelan tanya, dah makan lum? Dah tapi tak habis pun sebab banyak tulang dalam kuah! hehehehe. So, dia bawa aku pi makan kat Food Court Seksyen 8 PJ pekena Mee Bandung Muar Tulang! 



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.