Cerita My Pearls
Thursday, May 26, 2016
Kalau batuk ... mesti semput!
Assalamualaikum!
Dah 3-4 hari badan tak berapa nak sihat. Memula anak-anak tak sihat, masuk hari Isnin aku pulak start batuk dan selsema. Ingat boleh bertahan tanpa ubat, tapi akhirnya ku telan jugak huhu! Lepas tu bila batuk, mesti semput! Dulu tak macam ni ... bila dah lanjut usia pulak baru datang semputnya hurmm ...
Sekarang ni, selsema dah ok tapi pernafasan aku masih tak berapa lancar. Tarik nafas tu macam berbunyi, lepas tu mencungap bila penat sikit. Dah kenapa ni?? Rupanya kahak tersangkut kat kerongkong lalu menyekat salur pernafasan. Bila buang kahak aku rasa lega, tapi lepas tu 'dia' datang balik! >.<