Breaking

Tuesday, June 21, 2016

Tuesday, June 21, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Ayam Masak Kurma


Assalamualaikum!


Lama bebenor tak masak lauk kurma ni! Anak mintak sup ayam, tetiba datang idea nak buat ayam kurma. Hari tu aku buatkan diaorang meehoon sup .. diaorang punye melantakkkkkk perghhh ... haha tapi, alhamdulillah seronok tengok diaorang berselera makan walaupun bila aku makan rasanya biasa biasa jek! Entah apa yang kebabom ntah ... tapi tu la budak kan, kalau diaorang kata sedap tu maka memang sedap la aku masak kan hehehe ...

Ayam masak kurma ... hurmm, lama tak makan masakan mak. Feveret aku ni .. eh apa saja yang mak masak memang aku tak tolak. Kecuali gulai telur itik .... sorry i is diet today hohoho :p memang aku takleh masuk lauk yang satu tu huhu ...

Dah dah moh kita tengok resepinye ;)



Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan :

Ayam mentah - separuh bahagian (aku amik 2 bahagian paha)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih - dihiris halus
halia sebesar ibu jari - dihiris halus
3 biji cili hijau - dibuang bijinya
1 paket serbuk Kurma - aku guna Faiza Kurma Powder
1 biji kelapa - diperah 2 kali untuk santannya
1 biji kentang - dipotong 8
1 biji tomato
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan periuk dan letak minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih. cili hijau dan halia sehingga naik bau. Kacau dengan api sederhana

2. Masukkan rempah Kurma yang dicampur dengan sedikit air. Kacau rata sehingga ia pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi

3. Kacau ayam untuk ratakan dengan rempah. Kemudian, masukkan santan ke dalamnya. Santan ni dari 1 biji kelapa, aku perah 2 kali. Kacau rata dan biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan kentang dan kacau lagi kuahnya. Masukkan garam secukup rasa dan boleh tutup api

5. Masukkan tomato dan sedia dihidang! Aku masukkan tomato ni last sebab takmo ia hancur dalam kuah kurma. Kalau korang nak masukkan sekali ngan kentang tadi pun boleh.





Alhamdulillah suka nau budak-budak tu makan lauk ayam kurma ni. First time diaorang makan masakan ayam kurma aku ... dan berjaya menambat hati! Kakak menambah-nambah makan ... adik terangguk-angguk cakap sedap buuuu sedapppp ...hurmm budak tak suka makan pedas gini leeeeee hehehe ....

Selamat mencuba! ^^


Monday, June 20, 2016

Monday, June 20, 2016

Raya Ni Mesti Cun Dengan WATSONS!


Assalamualaikum!


Siapa nak cun raya ni? Watsons ada sesuatu yang menarik untuk korang! ;)

Rangkaian kedai runcit kesihatan dan kecantikan terkemuka Asia, Watsons, hari ini melancarkan kempen Hari Raya dengan tayangan muzik video ‘Raya Ni Mesti Cun’ yang dibintangi lebih daripada 20 orang personaliti terkemuka tanah air.

"Hari Raya merupakan salah satu musim perayaan yang paling penting untuk kami mendekatkan diri dengan pelanggan kami. Selain daripada inovasi produk yang terdapat di kedai rangkaian kami semasa musim perayaan ini, tahun ini kami ingin menyalurkan mesej mempersiapkan diri untuk menjadi 'cun' sempena perayaan Hari Raya ini, "kata Danny Hoh, Ketua Pemasaran, Watsons Malaysia kepada sidang media. 


Caryn Loh, Chief Operating Officer, Watsons Malaysia (front row centre), Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia (front row right), top management of Watsons Malaysia and the music video cast of Raya Ni Mesti Cun at the media launch.


Muzik video ini diterajui oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Mawar Rashid, Sari Yanti dan Raja Ilya di mana mereka memegang watak utama iaitu Limah Skemah, Kiah Selfie dan Siti Tudung. Dalam muzik video ini, ketiga-tiga mereka menjalani transformasi di Watsons untuk menjadi 3 wanita yang cantik. Muzik video ini diarahkan dan dihasilkan bersama oleh Urban Ads bersama-sama dengan bahagian pemasaran Watsons Malaysia. Penggambaran muzik video ini dilangsungkan pada bulan April 2016 di Lembah Klang

Untuk memupuk semangat perpaduan dan pelbagai bangsa melalui muzik video ini, Watsons juga turut menjemput personaliti Malaysia lain seperti Amber Chia, Arja Lee, Dayah Bakar, Kit Mah, Monika Sta Maria, Nadia Heng, Nadine Ann Thomas, Nomad, Shuk SYJ dan Wafa de Korte. 



Raja Ilya as Siti Tudung character in the Raya Ni Mesti Cun music video by Watsons Malaysia. 


Mawar Rashid as Limah Skema character in the Raya Ni Mesti Cun music video by Watsons Malaysia. 


Sari Yanti as Kiah Selfie character in the Raya Ni Mesti Cun music video by Watsons Malaysia


The three main characters after their transformation at Watsons taking a selfie in the Raya Ni Mesti Cun music video by Watsons Malaysia


"Kami mengadaptasi formula yang dijayakan melalui muzik video Tahun Baru Cina yang lalu, dan menjadi salah satu muzik video yang paling banyak ditonton di Malaysia pada tahun ini. Dan dengan harapan yang sama, dan juga barisan pelakon yang mantap, kami berharap muzik video ini dapat mempamerkan kepentingan untuk menjadi cantik dari segi dalaman dan luaran untuk menyambut Hari Raya," kata Danny. 




Majlis yang dilangsungkan di Menara KL juga menyaksikan Watsons Malaysia melancarkan #KoleksiCun kepada sidang media – cadar dan kusyen edisi terhad yang direka oleh Dr Eric Leong dengan kerjasama Akemi. Rekaan edisi terhad ini boleh didapati di semua kedai Watsons semasa tempoh penebusan iaitu dari 16 Jun - 31 Ogos.  

Untuk setiap perbelanjaan RM20 di kedai Watsons dan secara Online, pelanggan menerima satu e-setem. Dan tambahan e-setem diberikan apabila perbelanjaan terhadap barangan jenama Watsons dan barangan jenama-jenama yang menyertai kempen ini. Cadar dan kusyen eksklusif ini dapat dibeli dengan lima e-setem bermula pada harga RM14.90

Dr Eric Leong berkata, "Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Watsons dan saya gembira untuk berkongsi kepakaran saya bersama-sama untuk perayaan ini. Pemilihan reka bentuk ini telah dibuat dengan teliti untuk memenuhi rasa setiap isi rumah di Malaysia" 

Pelanggan-pelanggan Watsons juga dapat memberi kepada yang memerlukan melalui penebusan #KoleksiCun ini di mana dengan setiap penebusan, Watsons Malaysia akan menderma selimut kepada yang memerlukan melalui organisasi kebajikan Kechara Soup Kitchen



The full cast of Raya Ni Mesti Cun music video with Caryn Loh, Chief Operating Officer, Watsons Malaysia (second row, 6th from left) and Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia (second row, 4th from left). 


Kempen Hari Raya Watsons pasti menarik kerana Watsons mempersembahkan Jualan Hebat sehingga 50% di semua kedai Watsons di seluruh negara bermula 16 Jun (Semenanjung Malaysia) dan 23 Jun (Sabah dan Sarawak)

Penggemar barangan teknologi juga boleh memuat turunkan aplikasi mobil Watsons Malaysia yang baru dan boleh didapati di Google Play Store dan Apple app Store yang menawarkan promosi menarik sempena Hari Raya. Semasa musim perayaan ini, ahli-ahli VIP Watsons yang membelanjakan RM100 minimum menggunakan kad Watsons Touch 'n Go dalam satu resit akan dapat menikmati rebat RM5. Promosi ini hanya terhad kepada 10,000 ahli pertama sahaja. 


Ahli-ahli VIP Watsons boleh menyemak ganjaran di www.watsons.com.my/myrewards dan menikmati tawaran talian eksklusif di www.watsons.com.my .   

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Watsons Malaysia Hari Raya, sila layari www.watsons.com.my/rayanimesticun 




#RayaNiMestiCun #WatsonsMalaysia #KoleksiCun


Monday, June 20, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Kedua


Assalamualaikum!



Dah masuk minggu ke-2 Ramadan dah kita ye, begitu pantas masa berlalu tup tup kita dah berada di pertengahan Ramadan. Amacam puasa anak-anak kita? Kakak dan adik biasa lah ... ada on ada off hehe, tapi bolehlaaa dari ibu dulu yang bila masuk je tenghari mula la masuk bilik air nak 'mandi'. Bila wan tanya kenapa nak mandi, ibu jawab 'panas' walhal .... sambil jirus air mulut dah ternganga hahaha :p

Alhamdulillah, momentum memasak untuk berbuka puasa dapat dikekalkan minggu lepas. Tambah bila anak-anak bersemangat berpuasa sampai petang, ibu lagi bersemangat nak masak untuk diaorang.




Asalkan bahan-bahan ada, semuanya ok! Dalam kepala dah terbayang apa nak dimasak untuk berbuka kang, dan kalau bahan tak cukup, turun je bas terus singgah kedai beli apa yang patut. Balik keje terus selinsing lengan dan masak!



Sardin cincuan


makan ngan nasi lemak ...yummy!



ayam goreng untuk kakak dan adik since diaorang tak makan sardin cincuan :D



sirap biji selasih n memang nostalgia betul la. Ibu punya feveret ni!


Laksa Thai beli kat opis


Bendi goreng shitake. 
Ni resepi main 'belasah' je namanya, sebab teringin nak makan shitake tu :D



sambal telur makan ngan apa pun sodap!


buat mihun sup untuk dua beradik tu, menambah-nambah diaorang makan! :D


bubur lambuk pengasuh bagi. Terima kasih kak Liza ^^


tekak western pula dah hahaha .... spaghetti carbonara :)


bubur lambuk kg. baru. Banyak betul daging dia kali ni!


western + Melayu = mantoppppp!



sambal ikan bilis petai. Kakak cakap makruh ibu makan ni time bulan puasa. Ye la, tapi dah ibu takleh tahan tengok petai kat kedai Zam tu ehehehe :p



ikan pari goreng


ayam masak kurma


kari ikan pari tanpa santan 


meehoon goreng ada fishball dan udang jek ;p


Tu je lah menu berbuka dan sahur kami dari Isnin sampai Ahad lepas. Minggu ni tak tau nak masak apa, nak gi intai-intai resepi la kat blog kengkawan nanti ;)




Friday, June 17, 2016

Friday, June 17, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Air Nanas


Assalamualaikum!


Selalu orang dilema nak masak apa untuk berbuka, aku pulak dilema nak buat air apa untuk berbuka kang hehehe. Air pun memainkan peranan yang penting tau, air tak sedap tawar memang takkan habis la jawabnya. So, fikir punya fikir apa kata aku buat air nanas sendiri untuk berbuka nanti? ;)

Buah nanas aku tak berapa suka sangat, tapi air nanas ... memang kegemaran aku sejak kecil lagi. Mudah, tahan lama dan sedap pulak tu! Terima kasih pada mak aku kerana menunjukkan cara-cara membuatnya. Walaupun anakmu ini selalu mengelat nak belajar buat, tapi akhirnya berbaloi juga percubaan pertama ku ini! hehe ...





Air Nanas

Bahan-bahan :

1 biji nanas - jangan pilih yang dah kuning/masak 
1 sudu bunga cengkih
1 paket gula
ais ketul

Cara-caranya :

1. Buang kulit nanas, bersihkan dan potong bentuk dadu kecil. Isi air dalam periuk, masukkan nanas yang telah dipotong tadi dan rebus sehingga mendidih

2. Toskan nanas dan buang air rebusan tadi. Isikan periuk dengan air paip yang baru dan biarkan di atas api sederhana kuat. Masukkan bunga cengkih dan gula. Kacau sehingga menjadi air gula. Gula ikut sukatan mana korang suka, nak manis letak lebih

3. Tutup api. Biarkan air gula menyejuk seketika. Bila dah suam suam tu, tuang air gula dalam jag yang berisi nanas tadi. Air nanas ni boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, hanya tuangkan aje ke dalam jag lain atau gelas dan tambahkan ais jika nak minum sejuk.

Kalau korang tak suka minum sejuk, boleh diminum suam suam juga. Tuang separuh air nanas dalam gelas dan tambah air masak sikit kalau rasa manis sangat. Sedaapppp insyaAllah :)

Selamat mencuba! ^^

Friday, June 17, 2016

Spaghetti Carbonara Sambal Telur


Assalamualaikum!


Kalau dah perut Melayu ... makan mesti nak kena ada lauk Melayu jugak! Dah la nasi tak berapa nak telan time berbuka, time sahur lagi la tak lalu. Sebenarnya aku rindukan mak dan masakan mak. Tapi masih tak berkesempatan lagi nak pulang ke kampung berbuka puasa ngan mak dan abah. Kerete baru je 'baik', kena tunggu lepas gaji la ...insyaAllah..

Demi mengubat rinduku pada masakan mak, aku pun masakla sambal telur ..hehe. Lauk simple lagi mudah tapi berselera bila makan! Tapi nak lagi sedap aku kombinasikan dengan spaghetti carbonara yang aku masak untuk anak-anak. Diaorang kan tak suka makan pedas ... kalau nampak kaler 'merah' kang mula la si Mira menggeleng takmo makan ...huh


Thursday, June 16, 2016

Thursday, June 16, 2016

Bila berjodoh dengan orang utara ...


Assalamualaikum!


Beginilah aku masa memula kahwin dengan Pak Jelan dulu. Lahir di Selangor, bermastautin di KL hampir 20 tahun lebih, bila ditukarkan ke Kuantan aku ingatkan jodoh aku dengan orang Pantai Timur. Tapi suratan takdir kami berdua bertemu jodoh di sana.

Memula dulu bila dia kata dia orang Perak, aku ingatkan style orang Perak yang cakap "ate", "kome", "teman', "idokleeee" tu hahaha :p Tapi rupa-rupanyaaaaaaa dia Perak utara, so slang dah ikut Kedah nunnnnn! Utagha piorrrrr sunggoh naaaa haha :p


kredit : Lanun Ranggi


Kes pertama macam gambar di atas ni la. Satu hari suruh dia gi kedai beli roti. Roti tu pada aku maksudnya roti gardenia la. Alih alih bukak beg plastik ada biskut lemak Hup Seng je! Aku pun tanya ....

"mana rotinya?"

"tu la dia ..."

"ni bukan roti ..ni biskut!"

"ni roti la ... abg ingat hani cakap roti tu roti ni la ..."

Grrrr "ni biskut bangggg ... roti is roti, biskut is biskut la"

"kami (keluarga mertua) panggil ni roti hani tau dak ... "

"dah tu roti gardenia tu panggil ape?"

"roti gak la ...."

Hahaha kembang kuncup hidung aku 'bertekak' ngan dia pasal roti je. Sejak dari tu la aku baru faham sikit-sikit istilah 'pening lalat' roti=biskut biskut=roti hahahaha! Korang ingat setakat tu biskut dan roti je ke? Hahaha haaaaa ada satu lagi istilah yang aku 'bertekak' ngan dia ....

"Hani .. tolong belikan cekelat, tekak abg pahit la"

Aku masuk kereta dan hulurkan cekelat (coklat Cadbury) pada dia ..

"pasaipa hani beli cekelat ni? abg nak cekelat isap la ..."

Termenung kejap ... dia maksudkan gula-gula ke? (hahaha)

"tu gula-gula la banggggg ... abg nak cekelat, ni la dia cekelat ...."

"cekelat tu maksud abg gula-gula la sayanggggg ... abg panggil cekelat"

Grrrr .... "dah tu coklat ni panggil ape?"

"cekelat ..."

Hahahaha turun naik jantung aku dibuatnya! Ko dah orang KL, ko faham sejak kecil gula-gula dan coklat tu dua benda yang berlainan jenis. Tetiba otak disuruh tukar gula-gula=coklat .... memang tak masuk dek akal la! hehehe ...

Tapi la ni aku faham dah istilah-istilah tu semua. Cuma sekarang ni kalau dia nak biskut, dia sebut 'biskut'. Kalau dia nak roti, aku gi beli roti gak tak beli biskut. Tapi kalau balik Perak, otomatik dia punya biskut jadi roti hehehe :p


Wednesday, June 15, 2016

Wednesday, June 15, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Sardin Cincuan


Assalamualaikum!


Ada masa aku buntu tak tau nak masak apa untuk berbuka. Takmo la singgah bazar hari-hari weh ... senang memang senang, main tunjuk tunjuk pastu bayar. Balik rumah takyah masak, hidang dalam pinggan terus mengadap tv tunggu waktu berbuka. Hari-hari kalau diamalkan macam ni mau tak balik kampung aku nanti huhu ..

Aku memang nak masak so kena fikir gak ape benda makanan yang senang dan cepat untuk disediakan. Lama dok termenung ... tetiba datang idea ni! Ahaaaa aku dah dapat! Nasi Lemak Sardin Cincuan. Nasi lemak tu ramai yang dah tahu cara membuatnya kan, so aku nak kongsikan lauknye aje la ye .... Sardin Cincuan ^^

Korang suka makan ikan sardin tak? Bagi yang suka bolehlah try resepi ni untuk berbuka atau sahur nanti. Senang je ... mudah je ... tapi sedaaappppp! hehe




Sardin Cincuan

Bahan-bahan :

1 tin ikan sardin - aku beli cap Ayam Brand
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji kentang - dipotong panjang
3 biji cili padi - diketuk
halia -  sebesar ibu jari
air asam jawa - agak2 nak kuah banyak mana
minyak masak
garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Panaskan periuk dan tuang minyak. Tumis bawang besar, halia dan cili padi sehingga naik bau wangi. Masukkan kentang dan kacau dengan api sederhana

2. Masukkan ikan sardin bersama sosnya ke dalam periuk. Kacau perlahan

3. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Biarkan ia mendidih seketika sehingga kentang tadi lembut

4. Letak garam secukup rasa. Siap untuk dihidang! ^^


Haaaa senang je kan! Yang suka tomato boleh tukarkan dengan kentang. Yang nak kuah banyak boleh tambahkan sedikit lagi air. Sardin Cincuan ni aku buat lauk untuk nasi lemak gantikan sambal. Universalnya Sardin Cincuan ni, ia boleh 'masuk' dengan apa saja makanan. Dan 'regu' bagi Sardin Cincuan ini ialah telur dadar! Ada dua lauk ni, aku tak pandang lain dah ... cukuplah dengan nasi panas panas perghhhh menambah-nambah aku makan! hehe ...

So korang jangan lupa masak yek. Selamat mencuba! ^^


Wednesday, June 15, 2016

Apa Yang Boleh Dibeli Dengan RM20 Di Bazar Ramadhan? - Selepas 2 Tahun


Assalamualaikum!


Dulu aku ada kongsikan apa yang boleh kita beli dengan duit RM20 di bazar ramadan. Selepas dua tahun, barang pun dah banyak naik dari turunnya tapi adakah harga makanan di bazar kekal sama seperti tahun-tahun lepas? 

Kalau ke bazar selalunya berapa RM yang korang bawa? Ada sampai terlebih bajet tak? Tak dinafikan kalau aku ke bazar, kalau boleh nak singgah setiap gerai! hehe tambah tahun ni banyak pulak orang jual kambing bbq ... semerbak harum mewangi bau dia! Tapiiiii jangan lupa, kita membeli makanan jangan sampai terbazir dan membuang! Beli yang mana kita dan keluarga betul2 suka makan je, jangan ikut nafsu mata ok!




Lokasi Bazar Ramadhan yang strategik membuatkan setiap hari ramai yang menyinggah di bazar ni. Kawasan Desa Pandan ni memang padat penduduk sampai aku tak nampak dah tanah mana yang boleh dibuat rumah. Yang sedang dibina pun ada lagi tu ...kondo berapa puluh tingkat ntah! Kuarters kerajaan dan ATM pun dah ada dua ditambah dengan kondo yang baru naik macam cendawan lepas hujan ...lagila sesak!

Walaupun tahun ni dapat balik awal, tapi disebabkan jalan sesak sebab semua orang pakat balik pada waktu yang sama,  maka kadang-kadang aku terlambat jugak sampai ke rumah. Kadang tu pukul 6 lebih baru sampai, memang tak sempat nak sediakan apapun. So, ke bazar la jawabnya hehee ....


BAZAR RAMADHAN DESA PANDAN

Berbekalkan pengalaman pada tahun-tahun sebelumnya, tiap kali sebelum nak ke bazar aku tau dah nak beli apa untuk diri sendiri dan anak-anak. Ada beberapa gerai yang jadi kegemaran aku di bulan puasa ni. Aku suka beli makanan yang dimasak disitu dan bukan yang readymade. Bukan tak suka langsung ... macam kuih muih tu aku beli tapi makanan lain kalau boleh elakkan sebab takut basi huhu. Tapi bukan semua la ye!

Bila dah tahu tempat nak dituju, makanan apa yang nak dibeli aku terus ke tempat tu. Takda pandang dah kiri kanan sebab masa pun tak cukup dah kan. Berbekalkan RM20 ini yang aku beli di bazar ramadan ....


roti jala 5 keping RM2 - aku suka roti jala ni sebab dia masak kat situ gak hehe



lemang sepotong RM2 - lemang untuk kakak, aku beli 3 potong untuk dia



murtabak Omar Kedah RM3/sekeping - murtabak daging dia memang tak tipu! Bertahun dah aku jadi regular customer pakcik ni hehehe :D



bubur lambuk kg. baru RM3/sebungkus - minggu lepas takda ni, minggu ni baru nampak. Aku kan 'hantu' bubur lambuk memang rugi la kalau tak beli hehehe ...



popia basah - lalu je tak beli pun sebab bukan peminat sejati. Memang hari2 panjang barisan dia



kebab melawati RM3/satu - teringin ... hehe



shawarma RM5/satu - menu terbaru bazar tahun ni. Murah dan nampak sedap, dimasak disitu so ... kenapa tidak? haha ...


So, dengan RM20 aku beli ....

Roti jala - RM2
Lemang 3 ketul - RM6
Murtabak Omar Kedah - RM3
Bubur Lambuk Kg Baru - RM3
Kebab Melawati - RM3
Shawarma - RM5

JUMLAH : RM22

Sebenarnya, antara kebab dengan shawarma tu boleh pilih salah satu pun ok dah. Tapi sebab aku teringin nau nak merasa sedap sangat ke shawarma tu ...maka beli jugak le hehehehe. Kalau tak beli shawarma tu, aku hanya belanjakan RM17 je untuk kesemua makanan tadi. Baki RM3 tu boleh beli air kalau nak huhu ....

Ok tak? hehe ...

Tuesday, June 14, 2016

Tuesday, June 14, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak


Assalamualaikum!


Masakan paling best ialah asam pedas! Sebagai seorang yang berdarah campuran Melaka dan Negeri Sembilan, masakan asam pedas memang dah sinonim dengan aku sejak dari kecil lagi. Start aku makan asam pedas mak masak la, aku mula tertarik dengan lauk pedas!

Paling best kalau mak masak asam pedas ikan parang atau ikan pari. Perghhh ... dia punya kelazatan dan kemanisan isi ikan tu memang tak boleh nak cakap lah! Pakwe lalu belakang pun ko tak sedar hehehe. Tapi, aku suka kalau masak asam pedas guna satu lagi jenis ikan ni ...ikan jenahak! Haaaaa cara masak aku sempoi biasa biasa je, bahan-bahan pun ringkas sebab masa aku masak ni terlupa nak beli hehe,.

Pun begitu, rasa dia meletop! Wahhhh masuk lif tekan sendiri nampak ye Nim ... hahahaha ok la sebelum ada yang kecam aku puji makanan sendiri baik aku mulakan!




Asam Pedas Ikan Jenahak

Bahan-bahan :

ikan jenahak - aku amik bahagian perut hingga ekor
bawang merah 5 biji - ditumbuk halus
bawang putih 5 biji - ditumbuk halus
sedikit halba
3/4 cawan cili kisar - bergantung kepada tahap kepedasan cili kisar
7 batang bendi - potong kepala dan ekor
segenggam daun kesom
1 sudu gula
1/2 mangkuk air asam jawa
1 biji tomato - potong 4 (kalau suka tomato, boleh letak lebih)
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Cuci ikan sebersihnya dan toskan airnya. Panaskan periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halba dan daun kesom. Kacau dengan api sederhana

2. Bila dah naik bau wangi, masukkan cili kisar dan kacau lagi sampai pecah minyak. Kemudian masukkan pula air asam jawa ke dalam periuk. Sukatan air dalam periuk aku hanya separuh saja. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika

3. Masukkan ikan dan bendi. Jangan kacau ikan tu, tapi kacau kuahnya sahaja. Ikan ni isi lembut, jadi kalau kita kerap kacau atau alihkan ia, nanti isinya hancur. Biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan gula dan garam. Aku tak masukkan asam keping, sebab air asam jawa tadi pun dah cukup 

5. Bila bendi dah lembut, tutupkan api. Potong tomato dan masukkan dalam kuahnya. Aku letak akhir sekali sebab takmo tomato ni hancur dalam kuah

6. Siap untuk dhidang! 


Kalau korang tengok aku tak letak serai, bunga kantan, daun limau purut ... hanya daun kesom. Sebab apa? sebab aku terlupa nak beli .... hahahaha :D

MasyaAllah memang berbaloi aku beli ikan jenahak ni, manis rasa isinya dan terasa kuah asam pedas tu bila dimakan dengan nasi panas panas ... wowwww! Nak makan untuk berbuka pun boleh, nak buat lauk untuk sahur pun syok! Orang bujang pun boleh masak ni .... sapsapsoi! haha

Selamat mencuba! ^^

Tuesday, June 14, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Pertama!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita berpuasa yek. Orang lain semalam makan apa, hari ni dah update kat blog. Aku je yang tunggu seminggu baru nak update ni ha hahaha. Bukan ape, senang sekali harong je tepek gambar makanan kat sini. Senang cerita ye dop :p

Minggu pertama puasa ok la ... syukur dapat memasak untuk keluarga. Walaupun ada menyinggah di bazar ramadan tapi aku tetap memasak kat umah. Sebab kat bazar tu bukan semua makanan yang boleh buat aku telio hehehe. Kalau gi bazar, aku beli makanan yang tertentu je yang diperakui kesedapannya dan berbaloi dengan duit!

Kalau tak ... sorry ar, aku masak lagi baik!

Day 1 - Aku goreng cucoq dan meehon goreng. Manisan makan Halawa beli kat kedai Arab bulan lepas hehe.



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.