Breaking

Tuesday, September 20, 2016

Tuesday, September 20, 2016

Tips Mudah Shopping Online Di EZBUY!


Assalamualaikum!


Shopping shopping shopping! Korang pernah ada pengalaman shopping secara online? Sekarang ni kan semuanya di hujung jari je kan. Haaa bagi yang 'kaki' shopping online, mesti korang pernah dengar EZBUY kan. Kalau belum dengar atau belum pernah cuba shopping di EZBUY takpe, teruskan membaca sebab aku ada tips dan ganjaran yang nak dikongsi ngan korang bila shopping dengan di EZBUY!




Masuk je laman EZBUY ni, mata dah mula rambang dah! Mana taknye, macam-macam ada! Dari pakaian wanita dan lelaki, mainan untuk kanak-kanak, beg tangan dan aksesori, barangan kosmetik, gajet, barangan sukan dan banyak lagi yang korang boleh jumpa di bawah satu bumbung!

Ada 2 barang yang aku dok aim sekarang ni hehe ... satu ialah jaket blazer dan satu lagi beg tangan! heee ;)

cantiknya blazer tu! :)


yang mana satu nak pilih ni? hurmm hehe

Adehhh ... mana satu nak pilih ni? Rambang biji mata aku dibuatnya! Blazer tu memang aku berkenan sungguh! pilihan warna pun cantik cantik belaka. Beg tangan pun banyak pilihan sampai pening aku nak klik mana satu hehehe. Silap-silap haribulan, mau aku terrrrklik 2-3 beg sekali ni heeee .... sabar Nim sabar :p

Tips Mudah Shopping Online di EZBUY

  • Mudah sangat nak shopping online di EZBUY ni. First, korang kena register akaun kat http://bit.ly/2bOn1Ua . Lepas berjaya register, automatik korang akan dapat voucher RM15. Kalau dah buat, boleh terus login dan terus pilih barang yang korang nak


  • Bila korang pilih barang, pastikan "Domestic Shipping" tu FREE RM 0.00, macam kat dalam gambar di bawah ni. Korang kena alert dan cek selalu sebelum klik "Add to Cart". Kalau ada caj, maka korang kena tambah harga untuk "Domestic Shipping"(gambar 1)

Gambar 1 (rujuk anak panah oren)

Gambar 2 (rujuk anak panah oren)

  • Kemudian, klik "Add To Cart". Korang boleh pilih lagi barangan dan semua item akan terkumpul di bahagian tepi sebelah kanan. Dah habis pilih, korang klik "Check Out" (rujuk gambar 3)

 
Gambar 3 (rujuk anak panah merah)

  • Lepas korang tekan "Check Out", dia akan keluar paparan seperti dalam gambar (gambar 4). Semak balik barangan yang telah korang pilih tadi termasuk Shipping Fee dalam gambar (nombor 1). "Shipping Fee" ni berubah mengikut jenis pilihan shipping yang korang pilih. Ada 4 jenis shipping yang disediakan, mengikut tarikh penghantaran yang sesuai


Gambar 4


Letakkan kod EZFRIEND15 pada "Use credit and coupon code" di kotak sebelah kanan tu untuk menikmati diskaun sebanyak 15% untuk shipping. Maksudnya, caj shipping korang akan ditolak dari 15% dari harga asal shipping yang korang pilih. Tapi kod ni hanya untuk pembaca blog aku je tau, yang tak baca blog aku ...rugiiiii sangat ;)

  • Dah siap masukkan kod tadi, korang tekan "Check Out" dan paparan seperti dalam gambar (di bawah) akan kelihatan



Isikan alamat penghantaran dan klik "Save". Kemudian, korang boleh klik "Next" untuk membuat pembayaran. Ada 3 pilihan bank yang boleh korang pilih, iaitu MAYBANK, PUBLIC BANK & RHB BANK. Pembayaran dibuat dalam masa 24 jam, nanti korang akan dapat mesej melalui telefon pintar atau emel.

Kalau korang nak laaaagiiii jimat, korang boleh register PRIME. Amende PRIME ni? Tak kira berapa banyak barang yang korang shopping, berapa besar saiz parcel dan beratnya, shipping fee hanya RM8.80 sahaja!




Ekslusif untuk pelanggan Ezbuy, korang hanya perlu bayar RM188.00 untuk setahun dan terus boleh nikmati shipping fee RM8.80 setiap kali korang shopping. Nak cuba yang 1 month trial dulu pun boleh. Sebab kebanyakan barangan kat Ezbuy ni dari luar negara, dah tentu kos penghantaran pun mahal kan. Tapi dengan PRIME, beli barang banyak mana pun shipping fee tetap RM8.80 ...i likeeeeeee ;) 

Macam mana nak daftar PRIME? Korang boleh klik di http://bit.ly/2cowhRI dan isikan butiran disana. Cepat daftar ye, cuma limit 100 pendaftaran je setiap hari.



Amacam? Senang kan! Suka la tu hehehe. Aku dah kongsikan tips-tips tu, korang jangan lupa ikut ok. Banyak barangan korang boleh shopping di EZBUY ni. Aku sarankan korang beli 3-4 item sekali supaya boleh jimat banyak untuk kos penghantarannya nanti. Ok, selamat bershoppinggggg! ;)

Monday, September 19, 2016

Monday, September 19, 2016

Petua Melegakan Bengkak Akibat Gigitan Serangga


Assalamualaikum!


Alkisahnya, malam tu kami empat beranak berjalan kaki gi kedai. Balik dari kedai, singgah duduk kejap atas batu kat tempat pejalan kaki tu sambil melayan kucing dan hirup angin malam. Yang Mira ...berjalan atas rumput halus sebab nak tangkap kucing tu. Tengah dok berborak ngan cik abe, Mira menjerit sambil berlari kearah kami.

"Semut gigit buuuuuu ...!" nangis sambil sapu-sapu kaki dia. Tengok punya tengok rupanya Mira terpijak sarang semut yang tersembunyi di celah-celah rumput halus tu. Kecil je semut tu .. so aku cakap kat dia, "sikit je tu dik ... balik kang letak minyak k"


Friday, September 16, 2016

Friday, September 16, 2016

Tiga ekor 'tumbang' dihari raya ke3


Assalamualaikum!


Tahun ni kemeriahan menyambut aidiladha lebih terasa di opis. Kat umah tak dapat nak ikut tengok orang sembelih lembu, sebab pagi tu terlajak bangun pulak hehehe. Tahun ni jugak julung-julung kalinya ibadah korban dilakukan di opis. So, staf-staf yang tak balik kampung tu la yang memeriahkan suasana dipagi raya ke-3 ;)


Thursday, September 15, 2016

Thursday, September 15, 2016

'Cuci Mata' Kat Sasuke Outlet


Assalamualaikum!


Ada satu kedai bundle baru beroperasi dekat ngan umah kami. Kedai bundle yang ni lain sikit dari yang biasa kami masuk. Kedai lain pasang kipas tapi Sasuke Outlet ni ada air-cond uollsss hehehe. 

Mula beroperasi pada 29 Julai yang lepas, Sasuke Outlet menjual baju-baju bundle dari kanak-kanak hinggalah dewasa. Lain benar konsep kedai bundle ni. Tak macam kedai bundle yang lain, aku masuk mesti bau 'bundle'. Tapi yang ni takda bau pulak heeee :p


pintu masuk

Tuesday, September 13, 2016

Tuesday, September 13, 2016

Tambang Percuma LRT Selama 3 Hari!


Assalamualaikum!


Selamat hari raya aidiladha! Ada yang dah start keje ke arini? Korang gi keje naik ape? Haaa meh sini nak kabor berita baik untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT terutama laluan KELANA JAYA.

Tak seperti Raya Puasa, Raya Aidiladha tahun ni ada juga warga kota yang tak pulang ke kampung berhari raya. Buktinya, semalam kat Taman Tasik Dato' Keramat masih ramai yang menghabiskan masa bersama keluarga beriadah diwaktu petang. Rupa-rupanya ramai yang senasib dengan kami ... hehehe.

Masuk tahun ni dah 3 tahun kami beraya haji di KL. Lagipun kena jimat cuti tahunan, maklumla ada lagi 3-4 bulan nak kena hadap ni. Mana nak tau cuti kecemasan ke ape, cuti sedara kahwin ke, aku kenala stenbai siap-siap! Aku rasa bukan aku sorang je yang kes macam ni kan ... haha. Korang yang kena keje tu pun ada yang barangkali bos tak bagi tambah cuti, atau cuti dah habis atau cuti tinggal 2-3 hari je lagi T_T. So, nak taknak .... kembali lah dikau ke opis! 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.