Breaking

Tuesday, November 01, 2016

Tuesday, November 01, 2016

Harga minyak naik, pengguna kereta macam kami terkesan!


Assalamualaikum!


Rata-rata yang mendapat tahu tentang kenaikan harga minyak bulan November ni sangat kecewa dengan berita tersebut. Minyak naik harga bermaksud lepas ni harga barang keperluan, makanan dan perkhidmatan akan turut naik! Yang hidup mewah kena ubah ke sederhana, yang sederhana kena ubah ke berjimat cermat, yang dah berjimat cermat nampaknya kena 'ikat perut' pulak la ye! >.<


Friday, October 28, 2016

Friday, October 28, 2016

Boat Noodle Jaya One, PJ


Assalamualaikum!


Baru nak try makan #meesampan ni. Maklumla, kalau nak pergi sendiri memang payah nak sampai, mujur kawan ajak boleh la test tekak makan boat noodle ni. Sementara kaum Adam pergi solat Jumaat, kami berlima naik bas free dari PJ ke Jaya One. Jaraknya kalau nak diikutkan memang dekat dah, tapi disebabkan kami naik bas maka jadi jauh la sikit. Pukul 1.00pm baru sampai di lokasi ...huhu.




Friday, October 28, 2016

Sedikit kelainan di Carbootsale Kota Damansara


Assalamualaikum!


Saban minggu, suasana carbootsale di Kota Damansara memang meriah. Meriah dengan peniaga, meriah dengan barang. Untuk minggu lepas, kami nak cuba kelainan sikit dengan meniaga kasut. Haaa rupa-rupanya banyak juga koleksi kasut-kasut lama kami anak beranak yang masih elok tapi dah tak muat tersimpan rapi di rumah tu. 

Cari punya cari, banyak pasang jugak kami dapat kumpulkan. Ada yang kasut berjenama, kasut kulit, kasut kanak-kanak kepunyaan dua beradik tu tapi masih elok dan boleh dipakai. 


pelanggan pertama kami :)



Alhamdulillah, cuaca hari tu sangat la baik. Redup elok je sepanjang pagi. Seronok tengok peniaga-peniaga semangat kemas barang masing-masing kat tapak meniaga. Kami siap je set up barang pelanggan pertama kami datang. Akak dan abang kat atas ni nak beli seterika rupanya. Tak sempat aku nak snap gambar seterika tu hehe. Terima kasih kerana sudi datang beli ngan kami :)


Tuesday, October 25, 2016

Tuesday, October 25, 2016

Harap-harap janganlah dia menipu orang lagi ...


Assalamualaikum!


Pernah tak ko didatangi oleh seseorang yang cakap dia dalam kesusahan dan perlukan wang sebab blablablablabla? Pernah tak ko tengok riak muka dia seolah-olah dia benar-benar perlukan bantuan ko masa tu ... terutamanya dalam soal duit?! Ko tak kenal dia, dan dia tak kenal ko tapi atas dasar sesama Islam dan atas dasar kemanusiaan, maka ko berniat nak tolong dia.

Memula tu aku tak syak apa-apa yang pelik sehinggalah ....

Semuanya bermula bila kami on the way balik dari kedai printing, kami didatangi oleh seorang gadis! 

Monday, October 24, 2016

Monday, October 24, 2016

Dan header blog pilihanku adalah ...


Assalamualaikum!


Lama dah tak cakna pasal blog ni. Benda yang dah lama aku nak tukar sebenarnya adalah header blog aku ni. Header lama tu pun aku yang buat, tapi orang dah tak letak gambar banyak-banyak macam tu kan haha :p

Aku suka konsep header yang simple dan soft, sesuai dengan kematangan umurku (hehe). So, plan aku nak letak bunga setopok, nama blog dan niche blog. 



Ni yang aku malas nak design sendiri! Adeee je yang tak kena serba serbi. Ye la ... orang tangan tak berseni, memang ada kekurangannya. Tu pasal la aku takut nak minta tolong orang buat kan. Sendiri buat pun dah 7-8 kali tukar design. Padahal konsep nak simple dan soft, yang penting mesti ada bunga! hehe ...

Ini header pertama yang aku design haritu. Berjam-jam nak siapkan dia saje! Jenuh aku meng-google watercolor flower , yang cantik sikit dan menepati citarasa corak bunga ni je. Nampak ringkas giler kan! Sepatutnya dia jadi senang la sebab takda corak 'sarat' atau kena lukis doodle bagai. Tapi, aku nak siapkan ni je ... dekat 3 jam! Tu nak kate ... tangan tak berseni hehehe.




Akhirnya, beginilah rupa header rasmi blog aku. 

Header baru , semangat baru :)


Friday, October 21, 2016

Friday, October 21, 2016

Sementara menunggu char kuey tiow ...


Assalamualaikum!


Alhamdulillah hari ni selsema menyerang seawal time breakfast pagi tadi. Nak bercakap ngan orang pun duk cover mulut ngan tisu takut virus bebas berterbangan diudara huhu. Mujur malam tadi dah lepas hajat nak pekena char kuey tiow kat gerai yang selalu kami lepak sekeluarga. Rupanya tukang masak tu, bini dia baru bersalin. Patutlah setiap kali lalu depan gerai dia, asyik bergelap je hehe ...


Wednesday, October 19, 2016

Wednesday, October 19, 2016

Berkongsi makanan dengan kawan sekolah, ok ke?


Assalamualaikum!

Walaupun kakak dan adik bukan pembawa bekal yang tegar ke sekolah, tapi ada masanya bila diaorang teringin nak bawa bekal. aku akan cuba bagi yang terbaik. Tapi makanan tu kena ikut selera dan tekak diaorang la. Kalau aku hias cantik-cantik macam bento dengan tomato atau buah ceri atau salad ke, alamatnya memang kena tolak mentah-mentah la hehe.

Aku akui makanan yang dibekalkan untuk diaorang tu biasa-biasa je macam nasi goreng, nasi lemak, roti jala, makaroni, spaghetti goreng telur atau roti kaya. Style kakak, kalau bekalkan dia makanan kena lebih sikit sebab sekarang ni selera makan dia dah bertambah baik. Yang adik pulak, kalau bekalkan nasi kat dia cukuplah satu senduk je letak. Kalau aku letak lebih dari 2 senduk atau penuh macam kakak, balik umah kang memang kena bebel la dengan dia. Pastu dia bagi alasan tak dapat habiskan makanan tu sebab aku letak banyak sangat ....boleh cenggitu??? T_T

Haihhh ...macam mana la nak berisi badan tu kalau makan satu senduk je T_T


Tuesday, October 18, 2016

Tuesday, October 18, 2016

Kembali beraksi di Carboot Sale Kota Damansara!


Assalamualaikum!


Yat ..yi ..sam..sei! Fuh ...empat bulan kami 'berehat' dari bercarboot di Kota Damansara. Rindu, angau jangan cakap la. Si kakak dari minggu ke minggu dia ulang soalan yang sama, bila kita nak gi berniaga ni buuuu. Nak wat macam mana, ada je aktiviti diaorang kat sekolah setiap Sabtu & Ahad. Kadang-kadang tu ayah tak sihat, kadang ibu tak sihat, kadang kaki adik bengkak, kadang hujan di pagi hari. 

Sekarang ni, masing-masing ada agenda bila tiba hujung minggu. Kena bahagi masa betul-betul dan kena set priority untuk anak-anak dulu. Kalau minggu tu diaorang ada kem atau aktiviti di sekolah, alamatnya memang tak boleh la kami nak gi berniaga. Tapi alhamdulillah, 2 minggu sebelum Ahad lepas, aku dan Pak Jelan dah rancang nekad nak jugak ke Kota Damansara. Memandangkan anak-anak pun takda sebarang aktiviti penting di sekolah, maka moh la kita bercarboot disana! 




Alhamdulillah, cuaca pagi tu amat-amat menyebelahi kami walaupun aku bangun kul 5 pagi masa tu tengah hujan lebat di KL. Kami bertolak dari rumah pukul 5.50 pagi macam tu, lalu ikut NKVE dan berhenti solat Subuh kat tempat rehat tol Kota Damansara. 

Kakak dan adik memang teruja bila kami bagitau kami nak pergi berniaga di sana pagi tu. Bangkit pagi pun senang hehe .. bersiap pun cepat je, tak macam time nak pergi sekolah hehe. Sampai kat tapak cun cun pukul 6.30pagi. Masa ni ramai peniaga dah mula bukak payung, buka bonet, buka barang jualan kat tapak masing-masing. Nak datang sini memang kena awal-awal pagi, sebab kalau lambat tak dapat lah tapak strategik yang diidamkan hehe. Yang penting kena pilih tapak yang membelakangkan matahari, sebab bila pukul 10 dan keatas dia punya terik tu ...perghhh boleh mandi peluh kat situ hehe.





Setelah empat bulan 'berehat' dan bila kembali ke sini, suasananya tetap sama ... meriah baq hang! Berborak dengan akak sebelah, dia kata dua tiga minggu sebelum tu cuaca panas terik tapi hari tu alhamdulillah redup dari pagi sampai ke tengahari, cuma tak berangin je. Hampir kesemua tapak disini penuh dengan peniaga dan pengunjung pun ramai! Memang rezeki untuk para peniaga hari tu ;)


tapak kami ;)




Sebenarnya kan, kami bercadang nak bertukar 'angin' bercarboot di tempat lain. Tapi ada sesuatu yang 'mengikat' kami untuk kembali ke sini. Kami dah terbiasa dengan suasana disini dan lagi satu, kawan-kawan peniaga peramah dan ada yang masih ingat kat kami walaupun dah berbulan tak datang sini huhu. Terharu sangat orang masih ingat kat kita T_T

Disebabkan dah berbulan tak bercarboot, maka kesabaran menghadapi kerenah pelanggan tu memang agak mencabar sikit bagi kami hehe. Walaupun geram dalam hati, tapi muka tetap senyum je kat pelanggan haha. Begitulah lumrah meniaga kan, dah murah orang mau mintak lagi murah haha :p

Tak sah kalau tak 'cuci mata' kat sini kan. Jom tengok apa lagi yang diaorang jual kat sini ;)















Best kan! InsyaAllah minggu ni ingat nak ke sana juga. Tapi ada beberapa tempat lain yang masih dalam pertimbangan kami. Apapun, itu semua terpulang pada agenda anak-anak la. Kalau diaorang takda aktiviti penting dan semua ahli keluarga pun sihat, maka bolehlah berbisnes nanti ;)

Kalau korang belum jejakkan kaki disini, jom la luangkan masa bawa family berkunjung ke Carboot Sale Kota Damansara berdekatan dengan Ghulam Mee. Macam-macam barangan ada dijual dengan harga murah. Yang jual barangan collector item pun ada disini. Boleh 'cuci mata' dan beli kalau ada yang berkenan. Kalau korang nak try berniaga disini pun boleh, hanya walk-in je dan sewa tapak RM20 ;)


Monday, October 17, 2016

Monday, October 17, 2016

Pilihan Permainan & Alat Pembelajaran Untuk Anak Di Toysdirect.my


Assalamualaikum!


Kanak-kanak dan permainan berpisah tiada. Sememangnya, anak-anak sekarang lebih beruntung sebab ada pelbagai jenis alat permainan yang bersifat education toys di pasaran. Tapi, bagaimana ibubapa boleh membuat pilihan yang terbaik untuk memastikan anak-anak mendapat manfaat dan ilmu walaupun ketika mereka sedang bermain?



Dalam menentukan jenis permainan yang sesuai untuk anak-anak, ibubapa sebenarnya tak susah nak buat pilihan. Yang penting ibubapa perlu tahu dimana nak cari alat permainan dan pembelajaran yang sesuai dengan konsep 'bermain sambil belajar' atau berbentuk education toys.

Untuk itu, aku suka ke website www.toysdirect.my ! Walaupun kakak dan adik masing berumur 9 & 7 tahun, mereka masih kanak-kanak dan suka bermain serta melakukan aktiviti bersama dirumah sebagai release tension selepas penat belajar.

Antara yang menjadi pilihan diaorang ialah :



Aquadoodle Drawing Mat
RM45.00


Walaupun masing-masing dah berumur 7 & 9 tahun, tapi diaorang ni masih kuat menconteng tau! Ada masa diaorang suka melukis atau menulis atas kertas, ada masa tengok dinding tu jadi tempat inspirasi diaorang meluahkan bakat 'seni' hehe. Kalau korang pun ada anak yang suka menconteng, maka Aquadoodle Drawing Mat ni memang sesuai untuk mereka!



RM58.00


Space Sand ni bukan diaorang aje yang suka main, aku pun suka! Bukan senang nak dapat harga macam ni untuk 4kg tau. Banyak tempat aku survey, kebanyakannya susah nak dapat harga dengan berat macam ni. 

Pastu siap dengan tray dan 30 aksesori lagi! Kakak dan adik confirm puas main ni, membangkitkan imaginasi dan bagus untuk merangsang minda dan kemahiran motor anak-anak.




RM26.00


Ahaaa ... marker pen ni memang ramai yang mencari, betul tak! haha. Pasni korang tak perlu pening kepala tengok dinding rumah dengan 'mural' seni anak-anak :p


RM79.00


Haaa yang ni pun menarik jugak! Aku memang tengah mencari drawing board untuk atas meja. Kakak dan adik tu memang suka kalau dapat sorang satu ni :D.

Wahhh! kalau ikutkan hati memang nak belikan diaorang ketiga-tiga item di atas ni. Diaorang lagi suka kot! haha. Tapi, tengok harga pun memang sangat berpatutan kan. Sesuai juga kalau dijadikan sebagai hadiah untuk hari lahir atau pencapaian baik di sekolah. 

Macam mana nak buat pembelian di www.toysdirect.my?

  • Our products are in either READY STOCK or PRE-ORDER basis. 
  • For ready stock items, parcel will be posted out within 1-3 days after payment received.
  • For pre-order items, estimated arrival time will be around 4 to 6 weeks after payment date
  • For ready stock + pre-order items in same order, you can choose either to receive ready stock items first (as separate parcel) or all in one items in same parcel.  Postage will be different by separate parcel. We will call you for comfirmation after order receive.
  • Parcel collection can be either by POS LAJU / POS DOMESTIK / SELF COLLECT.
  • Both pos laju / pos domestik are safe with tracking no.
  • Main different is pos domestik take extra few days, pos laju is express way which only takes 1-3days.
 
For SELF COLLECT, please deduct the postage from total amount and bank in the balance.
 
Self collection is available at below location.
 
1) Kepong Tmn Bukit Maluri / Desa parkcity (Day Time)
2) Desa Sri Hartamas (Weekdays 10am) 
3) Bandar Utama Centerpoint (Sat 11am to 12.15pm)
4) Jalan Kapar, KLANG (during office hours only) 
For Jalan Kapar collection, please inform 2 days in advance.
 
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :



Wednesday, October 12, 2016

Wednesday, October 12, 2016

Sukan Tahunan | Pingat Pertama Mira


Assalamualaikum!


Buat kali pertamanya, anak den masuk acara olahraga. Anak den yang mana? Si Mira la .. macam tak percaya je dia terpilih masuk acara larian. Bukan tak yakin dengan bakat dia, bukan tak percaya dengan kebolehan yang dia ada. Tapi selama ni dia tunjuk bakat membaca, menyanyi, menari dan merajuk aje. Tak perasan pulak bakat larian pun dia ada ... hehehehe.

Diaorang ni dari zaman sekolah tadika lagi memang agak aktif dengan aktiviti dan sukan. Baik dari acara konsert sekolah, hafazan Quran, tari menari, atau sukan, memang nama diaorang sokmo kena panggil ngan cikgu. 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.