Breaking

Friday, December 02, 2016

Friday, December 02, 2016

Ngilunya scalling!


Assalamualaikum!


Ada budak tu bertegas nak pergi sekolah pada hari terakhir sekolah. Ibu cakap tak payah sebab kita nak pergi cek gigi kat klinik. Nak bagi doktor tengok dan bagitau kat depa cara nak jaga gigi sendiri. Ni ibu dok blebel jangan makan gula-gula jangan makan cekelat ... lagi sedap depa mengunyah! 


Thursday, December 01, 2016

Thursday, December 01, 2016

Hanya sempat meniaga beberapa jam je ...


Assalamualaikum!


Memasuki fasa musim tengkujuh, bulan November & Disember bakal menyaksikan episod hujan lebat dan keadaan cuaca yang tak menentu. Sepanjang dua tiga minggu dalam bulan November ni pun, aku perasan hujan turun waktu awal pagi sebelum Subuh ataupun lewat malam. Pun begitu, kami masih berkesempatan mencari rezeki meniaga di tapak carboot kebiasaan kami.


Sebelum 6.30am kami dah sampai di tapak carboot. Saat nak masuk parking dah boleh nampak ramai peniaga yang sampai lebih awal dari kami sedang sibuk susun barang niaga masing-masing. Malah, ada yang sanggup tido dalam kereta semata-mata nak cop tapak parking disitu. 


Wednesday, November 30, 2016

Wednesday, November 30, 2016

Anugerah Cemerlang Sekolah Agama & Sekolah Rendah


Assalamualaikum!


Ini merupakan tahun pertama kami dijemput ke sekolah agama untuk tengok anak naik pentas terima anugerah. Mira dapat tempat ke-4 dalam kelas dia. So, aku tak expect akan dapat surat jemputan. Bila tengok keputusan tu ...aikk no.4 ada terima hadiah jugak ke? hehe. Ohhh rupanya Mira dapat anugerah untuk peratusan terbaik darjah satu.


Tuesday, November 29, 2016

Tuesday, November 29, 2016

Shopping Online Di Shopback & Dapat Balik Cashback!


Assalamualaikum!


Dekat nak hujung-hujung tahun ni, ramai yang ambil peluang untuk shopping online sempena jualan murah. Maklumla, sana sini ada diskaun dan potongan harga yang memang tak boleh ditolak. Tapi pernah tak korang dengar tentang konsep shopback dapat cashback? Maksudnya, korang shopping barang dan korang akan dapat balik pulangan duit.

Aikkk ... acaner tu? 😉

Bukan ke shopping tu kena keluar duit? Ahaaa, korang jangan terkejut sebab di Shopback memang korang boleh dapat pulangan duit bila bershopping di sana!




Istimewanya Shopback ni, ia memberikan pulangan duit sehingga 30% kepada pelanggan bila membeli-belah di lebih 1000 online store. Kiranya sistem Shopback ni memang menguntungkan penjual dan pembeli dengan memberi balik komisyen yang diperolehi dari penjual terus kepada pembeli semula. Haa, korang tak nak ke? 😉

So, macam mana nak dapat cashback ni ye?




Memula, korang register dan buat pembelian macam biasa dimana-mana platform popular seperti Lazada Malaysia, Groupon Malaysia, Photobook Malaysia atau mana-mana jenama yang berdaftar dengan Shopback. Disitu juga akan tertera jumlah cashback yang korang akan dapat dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank korang dalam masa 48 jam. 

Korang boleh tengok video dibawah ni untuk lebih jelas dan faham 😉




Banyak cara kita boleh jadi pengguna yang bijak, dan bagi aku bershopping di Shopback ni salah satu darinya! Pulangan duit tadi kita boleh simpan atau kita boleh gunakan untuk membeli barang keperluan lain pula. So, korang yang kaki shopping online tu jangan lupa usha laman web Shopback ni untuk nikmati lebih pulangan dalam setiap wang yang dibelanjakan. Ni baru betul-betul penjimatan! 



Website : SHOPBACK MY

Facebook:  ShopBackMalaysia

Instagram : ShopbackMy

Friday, November 25, 2016

Friday, November 25, 2016

Saya tak letak pop-up iklan di blog


Assalamualaikum!


Pengiklanan di blog adalah salah satu bentuk sumber pendapatan bagi seseorang blogger. Pengiklanan di blog pula boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, antaranya statik banner dan pop-up. Tapi, jika letak terlalu banyak iklan berbentuk pop-up akan mengundang rasa menyampah orang bila masuk blog kita. Dan itulah yang aku cuba nak elakkan ...

Jangankan orang, aku sendiri pun tak suka masuk blog yang banyak keluar iklan pop-up ni. Sepantas 2 saat aku akan tekan 'X'. Lagi satu, aku tak suka masuk blog yang iklan dia banyak nau mengelip-ngelip. Setakat satu dua tu takpa lagi, tapi kalau atas bawah kiri kanan iklan kotak kecik tu mengelip-ngelip, aku give up nak baca lagi! 




Kalau korang bukak blog aku melalui pc atau smartphone, korang akan jumpa kotak 'Like Page' ni. Ini bukan iklan pop-up dan rasanya yang ni tak menimbulkan masalah buat pembaca selama ni dan bukan wajib pun untuk korang like fanpage blog aku tu hehe. Tapi bila ko dah like sekali, next time ko bukak dia takkan keluar dah kotak tu, betul tak? Banyak blog yang aku masuk pasti akan keluar kotak ni. 

Annoying ke? 😅


paparan di pc


Yang gambar atas ni bila ko bukak melalui pc. Aku memang dah bercadang nak buang kotak tepi tu. UPDATE: Dah buang pun. Walaupun income dia dalam bentuk USD, tapi setakat ni aku punya tak sampai USD1 pun! 😂😂 Aku punya nuffnang lagi laju dari ni 😛


paparan di smartphone


Yang di atas ni, bila ko bukak melalui smartphone. Kotak iklan kat tepi tadi akan jadi memanjang macam ni. Tapi korang still boleh skrol dan baca entri aku sampai bawah. Nak lagi puas, sila bukak baca di pc 😉


iklan nuffnang di sidebar


Kenapa aku bercerita pasal pop-up iklan ni ye? Sebab aku dapat feedback mengatakan blog aku 'banyak gila pop up iklan' sampai tak boleh nak baca. Mungkin yang dia maksudkan tu kotak yang kat tepi blog tu kot. Sebab aku takda letak iklan pop up selain banner di bawah header dan seketul nuffnang di dibawah post dan di sidebar seperti dalam gambar. Itu pun kadang² timbul kadang² 'tenggelam' iklan dia haha😂

Apapun terima kasih pada dia juga sebab tergerak jari nak terjah entri di blog aku ni 😁. Di kesempatan ini, kalau korang berminat nak letak iklan kat blog aku sangatla dialu²kan. Harga cun punya! 😉


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.