Breaking

Friday, November 03, 2017

Friday, November 03, 2017

Meriahnya NIVEA Care Run 2017!


Assalamualaikum!



Hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada  rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Thursday, November 02, 2017

Thursday, November 02, 2017

Awas 5 Punca Wanita Berisiko Jadi Buta!


Assalamualaikum!

Melalui beberapa kajian klinikal yang dibuat di Universiti New York, pakar menyatakan bahawa ramai antara kita yang tidak tahu bahawa secara anggaran dua daripada tiga orang buta di dunia terdiri dari golongan wanita.

Kajian di Unviersiti of Illinois juga mendapati wanita lebih berisiko untuk menghidap glukoma yakni punca awal yang boleh membawa kepada masalah buta. Allahu ... tak dapat bayangkan jika kita hilang penglihatan ye. Hilang penglihatan bermaksud putusnya nikmat untuk melihat menggunakan mata yang Allah kurniakan pada kita. 


Wednesday, November 01, 2017

Wednesday, November 01, 2017

Masa Kami Untuk Kakak & Mira!


Assalamualaikum!


Jaaaaangan cakap takda masa untuk anak-anak! Jaaaaangan cakap sibuk buat itu buat ini. Sibuk tak sibuk, ko kena ada masa untuk diaorang jugak! Jangan kejam sangat, jangan dok fikir diri sendiri je. Duit boleh cari, masa ngan anak-anak kalau boleh dibeli pun ko takkan mampu beli tau!


Ni namanya amik gambar tak kena masa haha!
Mira muncung bukan sebab marah, tapi mulut dia penuh dengan roti sosej 😂

Tuesday, October 31, 2017

Tuesday, October 31, 2017

Program Bicara Ilmu Di Masjid Shah Alam


Assalamualaikum!


Ya Allah .. dimanakah kekuatanku untuk menatap blog ku ini haha. Ape le punya pemalas kebelakangan ni, hanya mampu satu hari satu entri je aku ni. Tu pun kalau ada cerita best nak dikongsi. Kalau takda ... aku nganga je la! hehe.

Hari ni last kakak exam. Mira dah habis semalam, dia punya happy la sebab sambung latihan untuk sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah nanti. Jadi dia dan kakaknya kena berlatih menari. Pastu dia dok peringat kat aku suh belikan crown atau tiara tuk dia pakai Jumaat ni. Haihh la anak ... maafkan lah keterlupaan ibu yang sokmo sokmo lupa ni huhu.


Monday, October 30, 2017

Monday, October 30, 2017

Hujung minggu di Perpustakan MPBJ


Assalamualaikum!


Dah lama kita tak berkunjung ke perpustakaan, sampaikan kakak pun dok mengulang soalan yang sama bila kita boleh pergi perpustakaan sebab kakak nak baca buku. Bukan nak menyekat aktiviti kegemaran kakak, tapi jadual padat kita sekeluarga setiap hari setiap minggu menyebabkan ibu terpaksa menangguh sebentar perancangan ke sini.

Alhamdulillah, dapat juga kakak dan adik lepaskan hajat datang melawat 'kawasan' heeeee. Masuk je dalam, masing-masing terus berlari ke rak buku untuk ambil buku cerita yang disukai. 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.