Breaking

Thursday, February 15, 2018

Thursday, February 15, 2018

Jualan Puspanita Bulan Februari


Assalamualaikum!

Dah lama juga tak join kawan-kawan lain meniaga kat lobi opis ni. Bila dah lama tak bukak table, mula la orang bertanya, Nim ko tak meniaga dah ke?. Ibu-ibu cleaner pun kalau jumpa aku pun kena tanya, 'Puan bila meniaganya'? Haaa nampak sangat muka ni je la yang menempel kat lobi opis tu kan hahaha.

So, bulan Februari ni aku pulun kasi keluar barang niaga untuk jualan Puspanita. Tapi bukan semua la, hanya simpul kasih, kasut dan tshirt. Nak pergi CBS setiap minggu dah macam tak dapat rasanya. Masing-masing penat, Ahad je la yang ada untuk kami berehat dan bersantai. So ni je la platform yang aku boleh gunakan aku untuk meniaga secara terus dengan pelanggan hehe.


simpul kasih, keropok, kerepek, air kopi Munif dan 
jus durian belanda lain-lain harga

Wednesday, February 14, 2018

Wednesday, February 14, 2018

Alkisah Hazwani & Catur


Assalamualaikum!


Ada satu hari kakak tanya, "ibu pandai main chess tak?"

"tak berapa nak pandai. Reti gerak buah tu sikit-sikit je kak ... naper?" 

"main chess tu macam main dam ke?"

"ishh tak la ... buah chess tak 'jalan' macam buah dam. Susah nak main dia kalau tak reti gerak buah."

Dia senyap. Ingat habis disitu je la ...


 

Tuesday, February 13, 2018

Tuesday, February 13, 2018

Tips Rawat Tumit Merekah Dengan Minyak Kelapa Dara


Assalamualaikum!


Tumit merekah?? kasar?? erghhh...tak syoknye kalau tengok tumit kaki rupe macam tanah dilanda kemarau tu kan! Walaupun duduknya di kaki dan tk dinampak orang, tapi kenala jugak dik jangan dibiar dia kering dan pecah-pecah. Muka cantik tapi tumit merekah dan kasar apa citaaaa😂😂 Kalau muda-muda lagi tumit dah pecah, boleh jatuh saham tau hehe. 

Masalah tumit kaki merekah ni bukan saja dialami oleh wanita, tapi kaum lelaki pun boleh kena. Kalau pakai stokin, stokin pun boleh koyak sebab terseret oleh kulit tumit yang keras dan tajam tu. Aduhh ... takleh dibiarkan! Kena rawat sebelum jadi lebih teruk.


gambar hiasan

Monday, February 12, 2018

Monday, February 12, 2018

Cermin mata untuk ...


Assalamualaikum!


Tak sangka ada yang mengikut aku pakai cermin mata. Bukan faktor genetik atau keturunan, sebab mak, abah, abg dan akak aku tak pakai cermin mata pun. Tapi faham-faham jelah kan zaman budak-budak dulu banyak tengok tv hohoho. Pastu dah ada komputer, start berjaga malam pulak tengok skrin monitor dalam gelap. Umur 13-14 tahun dahhhhh rabun.

Selalu aku tengok anak orang yang umur 6-7 tahun pergi sekolah dah pakai cermin mata. Aduh makkk, kecil lagi budaknya dah mata rabun. Tapi tu la kan, bukan kita saja gatal-gatal nak bagi anak pakai spek mata. Kalau dah mata tak nampak apa cikgu tulis di papan hitam, acaner nak belajar ye dak?

Tuesday, February 06, 2018

Tuesday, February 06, 2018

Cara Bayar Bil SYABAS Guna JomPAY


Assalamualaikum!


Jenuh mikir macam mana nak bayar bil air SYABAS secara online, akhirnya daku temui jawapannya hahaha. Amboiiii bunyi macamlah dia orang pertama di dunia yang tahu ye, tapi aku nak share jugakla kot-kot mana tau ada yang macam aku spesis ketinggalan zaman sikit hehehe.

Ok, dalam bil SYABAS yang terkini dah dimaklumkan yang bermula 1 Januari 2018, pembayaran bil air perlu dibuat dengan menggunakan aplikasi JomPAY sahaja. Maksudnya, kita tak boleh bayar macam kita biasa bayar bil elektrik dan bil-bil lain secara online seperti sebelum ni.  Setahu aku bil SYABAS je lah yang kena guna JomPAY ni, tak pasti pulak kalau bil utiliti lain pun kena. Tapi setakat ni untuk bil-bil lain tu aku bayar direct terus macam biasa sebab penama masih ada dalam senarai utama.



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.