Breaking

Monday, March 30, 2020

Monday, March 30, 2020

Hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamalaikum! Sepatutnya harini aku sambung ganti puasa, tapi entah macam mana aku terlupa nak niat malam sebelum. Nampaknya kena bring forward ke hari Rabu. Itupun kalau aku tak lupa lagi huhu.


Hari ni aku masak. Beberapa hari ni cik abg yang kerap masak. Aku macam takda perasaan nak masuk dapur. Tapi hari ni aku plan nak masak salah satu lauk kegemaran aku...asam pedas tetel!



Sunday, March 29, 2020

Sunday, March 29, 2020

Hari ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Harini setengah hari aku pengsan! Dari siang semalam dirumah membawa sampai ke opis keje malam tadi aku tak tidur-tidur lagi. 

Pagi ni balik keje aku pergi pasar jap cari barang basah. Haritu cik abg gi beli, harini giliran aku la gi beli. Lagipun lagi puas rasa kalau aku yang gi beli hehe.

On the way balik, cik abg bagitau Mira ada tinggalkan pesanan penaja sebelum cik abg kuar rumah pagi tadi.

Saturday, March 28, 2020

Saturday, March 28, 2020

Hari Ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Melihat sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah tadi tentang amaran kemungkinan gelombang ketiga wabak Covid-19 pada pertengahan April nanti menimbulkan kegusaran di hati ini.

So sebagai persediaan awal, pusat kuarantin sedang dipersiapkan di MAEPS, Serdang untuk menampung pesakit Covid-19 yang bakal dirawat. Oh MAEPS .... 

Cakap pasal MAEPS, aku pernah sampai sini dulu tahun 2016 masa berlangsungnya ekspo karnival MAHA. Memang besar ruang dalam dewannya dan lokasinya juga bukan di tengah bandar. Jadi memang sesuai dijadikan sebagai pusat kuarantin sementara untuk menampung pesakit.


sumber : KKM

Friday, March 27, 2020

Friday, March 27, 2020

Hari ke-10 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Pejam celik pejam celik dah 10 hari kita melaksanakan PKP ye. Yang mana warga bekerja yang #workfromhome di rumah masing-masing mungkin terasa betapa lambat masa berlalu. Tapi bagi kami yang kena keja macam biasa ikut waktu ni, terasa cepat masa berlalu.

Apapun, harap semuanya sentiasa sihat dan selesa dirumah masing-masing. Di rumah kan ... mana tak selesanya. Hari ni hari penting untuk rakyat Malaysia, disaat kita semua sedang menempuhi ujian Covid-19 yang sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kehidupan seharian. PM telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat petang tadi dan respon yang diberikan oleh rakyat rata-ratanya sangat positif.

Mesti ramai yang rasa sebak dan sedih bila PM umumkan jumlah duit yang dibelanjakan untuk menstabilkan pendapatan rakyat. Dua ratus lima puluh billion tu sungguh besar bagi aku. Kita baru je nak langsaikan hutang negara, tiba-tiba Covid-19 datang dan semua terjejas punca pendapatan.



Friday, March 27, 2020

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)


Assalamualaikum! Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini berjumlah RM250 billion berikutan akibat penularan wabak Covid-19 yang telah memberi kesan kepada pendapatan dan kos hidup rakyat sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac yang lalu.

Pelbagai sektor mendapat perhatian sewajarnya melalui pakej rangsangan ekonomi ini, termasuk manfaat untuk golongan M40. 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.