Breaking

Sunday, November 11, 2012

Asbo Oscar Mengganas Dikenakan Tahanan Rumah.


Aper kes plak kali ni yer?
Saper Asbo Oscar ni?
Moh kiter bacer heeeee :D
v
v
v
v
v
v


Buckinghamshire: Beliau menerima ancaman bunuh, paparazzi diletakkan di luar rumahnya dan mendorong penduduk tempatan ketakutan di kampung Buckinghamshire sehingga terpaksa membawa pistol air ketika berjalan di luar rumah. Tetapi, Oscar seekor kucing lebih menyedari akan 'gangguan' yang disebabkan olehnya.Oscar yang turut digelar 'Asbo cat', bermaksud kucing yang mengalami masalah anti-sosial, didakwa mengganggu ketenteraman kawasan tersebut dengan menyerang anjing, kucing dan juga penduduk.

Oscar bersama pemiliknya,
Caroline Hughes.

Seorang daripada mangsanya, Leftenan Kolonel (B) Tom Ridgway, 77, terpaksa menghabiskan masa selama enam hari di hospital selepas kucing itu menggigit lengan kanannya sehingga terkena pada bahagian tulang. Oleh sebab itu juga, jiran-jiran tidak mengendahkan atau menawarkan diri untuk membantu mencari kucing tersebut apabila Oscar hilang pada 17 Oktober lalu. Pemiliknya, Caroline Hughes berkata, haiwannya itu bukan seekor kucing yang ganas, malah disayangi dan pernah muncul dalam iklan Ikea pada 2010. "Dia tidak pernah menyerang kanak-kanak dan anjing. Dia hanya menyerang jiran saya kerana lelaki itu cuba menakutkannya ketika cuba untuk memegangnya," kata Hughes yang merancang untuk berpindah dari kawasan itu. Wanita itu berkata, dia juga bersyukur apabila Oscar ditemui di sebuah rumah di Northampton, kira-kira 40 kilometer dari sini.
Bagi penduduk Wingrave, mereka amat bersyukur dengan kehilangannya kerana menganggap kucing berusia lima tahun itu sangat ganas dan agresif.

Source: www.dailymail.co.uk.

*Allahurobbi, cumilssssssss benor asbo ni!*

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.