Breaking

Friday, November 09, 2012

Selangor Sekat Pelaksanaan AES.





PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menghalang pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan melantik panel penilai bebas bagi mengkaji semula sama ada Kementerian Pengangkutan melaksanaan kajian secara holistik sebelum membuat keputusan untuk memasang AES.
"Berdasarkan pembentangan tersebut, Kerajaan Negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Justeru, Kerajaan Negeri mengarahkan semua PBT untuk memaklumkan kepada kementerian bagi menyatakan bahawa pemasangan AES tidak mematuhi undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan sehingga perkara ini dipatuhi," katanya pada Jumaat.
Selain itu Abdul Khalid berkata, perjanjian antara kerajaan persekutuan dan pemegang konsesi perlu dikaji semula sebelum AES dikuatkuasakan kerana menurutnya margin keuntungan 17 peratus untuk pemegang konsesi adalah tidak munasabah.



"Kerajaan Negeri juga mengesyorkan kutipan sama dimasukkan dalam akaun amanah berbanding akaun yang disatukan untuk membiayai program kesedaran keselamatan jalan raya.
"Dengan cara ini rakyat yang membayar saman akan menyumbang kepada negara bukan membantu menambah kekayaan golongan peniaga," katanya.
Jelas beliau, menerusi akaun Amanah, syarikat konsesi hanya dibenarkan mengutip keuntungan yang munasabah bagi menampung kos pemasangan kamera AES.
"Dengan cara ini juga, syarikat konsesi akan lebih berhati-hati untuk memasang AES dengan memilih kawasan-kawasan strategik untuk mengelak menanggung kos pemasangan yang tinggi.
"Kerajaan negeri tidak bertolak ansur sekiranya syarikat konsesi mahu mengaut keuntungan melampau hasil penswastaan saman kerana akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban," katanya.

Sumber: www.mstar.com.my 9 Nov 2012.

P/S: Terbaekkkkkkk...!

2 comments:

  1. memey itulah yang dinanti2kan oleh sumer orang Selangor kan heeee :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.