Breaking

Monday, December 03, 2012

10 Struktur Unik Berubah Menjadi Kediaman.


Assalamualaikum!~

Kebiasaannya, sebelum kiter merancang untuk membeli kediaman, kiter akan menimbangkan beberapa elemen penting untuk menjamin keselesaan dan kepuasan kiter sendiri.  Majoritinya, ramai yang memilih bentuk rumah yang tradisional @ konvensional sebagai rumah kediaman. Terdapat juga mereka yang meminati idea unik menjadikan struktur yang lain daripada yang lain sebagai tempat berlindung sekeluarga. Nak tahu struktur yang bagaimana mereka jadikan sebagai rumah? Jom kiter terjah!

1. Kapal Terbang



Secara normalnya, kalu kiter naik kapal terbang tujuannya adalah untuk travel to somewhere right? Tak pernah terfikir plak untuk duduk permenant dalam tu hehe. Di Benoit Miss. Joanne Ussery mendapat idea unik ini selepas ice storm 'menyerang' dan memusnahkan rumah lamanya. Bersama sepupunya, dia menggunakan pesawat 727 ini dan mengubahsuainya dengan kos pelaburan hanya $30,000. Wow! ternyata ianya lebih murah berbanding membaiki semula struktur rumah lamanya. Tambahan pula, rumah baru beliau ini lebih tahan lasak pada keadaan cuaca ekstrem dan tahan lama. 

2. Gereja


Bangunan bersejarah ini turut diminati ramai untuk dijadikan sebagai rumah kediaman. Dengan seniukir lama yang terdapat pada dinding, siling dan tingkap cermin menyerlahkan lagi kekreatifan pemilik kediaman yang inginkan suasana ketenangan.

3.  Kapal Laut


Idea untuk menduduki rumah bot, berpangkalan di pelabuhan sangat menarik perhatian bagi sesetengah orang. Memindahkan bot dari air dan diletakkan di atas daratan untuk dijadikan rumah kediaman kelihatan hanya boleh dibaca dari novel. Namun, pasangan dari Ohio telah merealisasikan idea tersebut apabila mereka berjaya 'menyelamatkan' Benson Ford, sebuah kapal yang pernah dimiliki oleh Henry Ford suatu ketika dulu, yang pernah digunakan untuk membawa kereta menyeberangi the Great Lakes.

4. Grain Silos 



Bayangkan berjalan di dalam struktur yang seperti tong drum ini, mempunyai bumbung tinggi. Bayangkan anda tinggal di dalamnya. Terdapat banyak grain silos yang kosong seperti ini ditinggalkan serta rosak. Mujurlah ader sekumpulan arkitek yang brilliant berjaya menyelamatkan grain silos ini dari menjadi barang buruk. Mereka telah mengubahsuai rumah unik ini dengan cost effective, environmentally friendly dan low maintenance. Ader yang mengatakan interior shape design rumah ini amat memberi ketenangan kepada pemiliknya. It is indeed a unique house..simple & soothing (^_^).

5. Kontena



Ramai juga yang telah menjadikan kotak kontena ini sebagai rumah kediaman sejak lama dulu. Namun, mengubahnya menjadi rumah kediaman tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan kreativiti dalam menjadikan ruang kecil, berukuran hanya 8 kaki lebar dan 20 kaki tinggi dengan dinding yang diperbuat dari keluli berat menjadi ruang yang selesa. By the way, kalu dilihat pada inteorior design dan shapenyer, memey rumah ni nampak cantik & macam apartment pulak kan?hehehe.

6. Pejabat Post




Kebanyakan pejabat pos lama mempunyai struktur bangunan yang cantik dan unik, menjadikan ia berbaloi untuk diduduki. Di sesetengah negara, pejabat pos yang tidak digunakan lagi diubahsuai menjadi ruang pejabat, restoran dan galeri seni.

7. Rumah Bomba


"Rumah terbakar panggil bomba..bomba datang berlumba-lumba", ingat lagi tak pada lagu kanak-kanak ni? So, sekarang kalu rumah terbakar bolehlah ramai2 duk rumah bomba plak hehe. Seperti pejabat pos lama, rumah bomba lama juga banyak yang telah kosong dan dibiarkan. Ttetapi struktur bangunannya masih utuh lagi. Maka, dengan pelaburan, sedikit imaginasi dan keinginan untuk kelainan pada tempat tinggal, rumah bomba ini mampu menjadi tempat yang hebat untuk didiami.

8. Bangsal Lama



Bangsal lama seperti ini dapat dilihat di banyak tempat di England. Kebanyakannya sudah usang dan rosak teruk akibat terabai begitu lama. Namun, bangsal yang masih mempunyai struktur yang kuat boleh diubah menjadi rumah kediaman yang cantik (seperti dalam gambar ni). *Kalau aku dapat rumah cantik sebegini pun dah syukur alhamdulillah..kan kan kan*

9. Sekolah 



Wow! Kalu la sekolah di Malaysia begini rupanyer, nescaya pelajar2 takkan dapat cam maner satu sekolah, mana satu rumah hehehe. Tetapi, reka bentuk dan design yang menarik mampu menjadikan sekolah-sekolah lama berubah menjadi rumah kediaman yang unik seperti di atas. 

10. Menara Api


Menara api pernah suatu ketika dulu digunakan manusia sebagai menara pemantau terhadap sebarang aktiviti kebakaran di dalam hutan. Kini, telah berubah menjadi tempat istirehat hujung minggu yang menakjubkan! Dibina untuk ketahanan terhadap angin kencang, salji dan hujan ia mampu menjadi rumah kediaman yang ditunggu-tunggu oleh pencinta alam semulajadi untuk lari dari hiruk pikuk kota.

Sumber:Freshome.com

Kalu korang diberi pilihan untuk memilih rumah kediaman yang peliks, rumah yang bagaimana yang korang akan pilih?(^_^)


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.