Breaking

Tuesday, May 14, 2013

Mubahalah Dalam Islam.

Assaalamualaikum!~

Seronok dengar kuliah pagi di radio Ikim.fm. Setiap pagi Kenit driving sambil 'meredah' arus trafik di Federal, pasti Kenit tak ketinggalan mendengar kuliah pagi bersama Ustaz Shauqi. Bukan saja topik yang dibincang menarik dan menambah ilmu pengetahuan, malah baik untuk anak2 Kenit juga. 

Tambah pula, setiap kali habis kuliah pasti ada zikir, dan masa ni lah dalam kereta kami ambil peluang 'nyanyi' bersama2. Alhamdulillah Wani & Mira tahu dah zikir yang mudah.

Aperpun, berbalik kepada topik di atas, dah dua hari Kenit dengar perbincangan ustaz tentang 'Mubahalah' yang terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. Memang Kenit tak pernah mengetahui apa itu Mubahalah sebelum ini. Sebab tu, Kenit tertarik nak berkongsi dengan anda semua.

Apa itu Mubahalah?

gambar hiasan

  • Dari sudut bahasa adalah saling laknat melaknati. Adapun makna Mubahalah dari sudut syarak adalah, saling laknat melaknati, iaitu berdoa agar diterima laknat dari Allah terhadap orang yang dusta daripada dua pihak yang saling laknat melaknati.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta."
(Surah al-Imran Ayat 61)


Sejarah mubahalah ini berlaku kepada tiga golongan :

Mubahalah Rasulullah s.a.w dengan Bani Nasrani 
  • Satu kabilah Nasara, Bani Najran di selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam melalui Nabi Muhammad s.a.w. Baginda meminta mereka membayar jizyah, namun sebaliknya Bani Najran ini enggan membayar lalu mereka mencabar untuk bermubahalah.

Rombongan tersebut bertanya: ” Wahai Abul Qasim (yang tak lain merupakan sebutan untuk nabi Muhammad), siapakah ayah nabi Musa?”

Nabi pun menjawab dengan sopan dan lembut, “Imran.”

Lalu, mereka bertanya lagi, “Lalu, siapakah ayah Yusuf?”

“Ya`qub,” jawab nabi tanpa ragu.

Mereka kemudian melanjutkan pertanyaan, “Semoga aku menjadi penebus bagi Anda. Lalu, siapakah ayah Anda?”

Nabi menjawab dengan tegas, “Abdullah bin Abdul Muththalib.”

Mereka bertanya lebih lanjut, “Siapakah ayah Isa?”

Sejenak Rasulullah diam. Wahyu dari Allah kemudian turun kepada nabi Muhammad, “(Katakan) ia ruh Allah dan kalimat-Nya.”

Mereka lalu bertanya lagi, “Dapatkah ia menjadi ruh tanpa memiliki tubuh?”


Maka Allah SWT turunkan ayat ini;

“Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya, ‘Jadilah (seorang manusia), maka jadilah dia’.” (QS. Ali Imran: 59)
  • Namun begitu, mubahalah tidak berlaku kerana Bani Nasrani mengakui kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, manakala mereka pula meyakini bahawa mereka berada di pihak yang salah. Mereka takut laknat Allah akan betul-betul menimpa mereka dan keturunan mereka akan turut menanggung akibat buruk. Justeru itu, kabilah Nasara membuat keputusan untuk membayar jizyah.

Mubahalah Rasulullah s.a.w dengan Bani Israel
  • Orang-orang Yahudi percaya bahawa mereka adalah bangsa yang terpilih (The Chosen One) yang diangkat Allah lebih mulia dari segala jenis makhluk yang ada di muka bumi ini. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah anak Allah dan kekasihNya, dan menyatakan sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang Yahudi atau Nasrani.
Surah Al-Baqarah (ayat : 111)

  • Lalu Allah berfirman seterusnya yang bermaksud:
"Katakanlah, 'Hai orang-orang yang menganut agama Yahudi, jika kamu mengaku bahawa sesungguhnya kamu sajalah kekasih Allah, bukan orang lain, maka dambakanlah kematianmu, jika kamu memang orang yang benar.' Mereka tidak akan mengharapkan kematian itu selama-lamanya disebabkan dengan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. Katakanlah, 'Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya , maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
(Surah al-Jumu'ah : ayat 6-8)

  • Maka mereka diajak ber-mubahalah dan mendoakan buruk kepada salah satu kelompok yang berdusta, baik kelompok itu muslim mahupun Yahudi. Namun, orang Yahudi menolak kerana bagi mereka kehidupan itu lebih mulia dan berharga.
  • Dan kerana mereka mengetahui tempat kembali mereka yang buruk (yakni neraka) setelah mati. 

Mubahalah Rasulullah s.a.w dengan Orang Musyrikin

  • Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a berkata, "Abu Jahal berkata,'Bila aku melihat Muhammad dekat Ka'abah pastilah aku akan mendatanginya dan menginjak tengkuknya.'
  • Lalu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Kalau dia melakukan hal itu, pastilah dia ditindak oleh para malaikat dengan terang-terangan. Kalau saj aorang-orang Yahudi itu mengangankan kematian pastilah mereka akan mati seketika itu juga dan akan melihat tempat mereka dalam neraka. Dan kalau saja orang-orang yang bermubahalah denga Rasulullah itu keluar, pastilah mereka pulang tanpa melihat lagi keluarga dan harta yang tersisa."
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Tarmidizi dan Nasa'i)



SYARAT-SYARAT MUBAHALAH

Ulama menetapkan syarat-syarat mubahalah adalah seperti berikut;

Pertama, hendaklah dilakukan dalam keadaan Ikhlas kerana Allah. Ia tidak boleh dilakukan dengan tujuan hawa nafsu, sebaliknya hendaklah digunakan dengan tujuan mempertahankan kebenaran atau menzahirkan kebenaran.

Kedua, hendaklah ia berlaku selepas dari pertikaian ilmu. Tanpa pertikaian hujah dan ilmu  terlebih dahulu, maka tidak seharusnya berlaku mubahalah. Mubahalah itu, hendaklah dalam perkara yang boleh dihujahkan dengan keilmuan.

Firman Allah dalam Surah al Haj ayat 8:
Maksudnya;

“Ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah tanpa berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran”

Ketiga, hendaklah orang yang mengajak mubahalah itu dari kalangan orang yang dikenali sebagai ahli kebaikan dan ketaqwaan. Ini kerana, dalam mubahalah, ia mengandungi doa bersedia mendapat laknat. Doa orang yang bukan dari ahli taqwa dan kebaikan, tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.

Keempat, ia hendaklah dilakukan selepas kedua-dua belah pihak telah mendatangkan hujah masing-masing. Hujah itu pula, hendaklah hujah yang nyata dan jelas. Sekiranya mereka tetap berkeras atas pendapatnya yang kekal atas kesesatan, tanpa bersedia menerima kebenaran, maka baru boleh mengajak kepada mubahalah.

Ibnu Qayyim menyatakan dalam Zad Al-Ma’ad:

“Sesungguhnya sunnah dalam berdebat golongan sesat, apabila didatangkan hujjah Allah yang benar. mereka tetap tidak mahu kembali kepada kebenaran malahan tetap dengan kedegilan, ajaklah mereka kepada mubahalah. Allah SWT menyuruh Rasulullah SAW melakukan Mubahalah. Ia digunakan untuk mencapai kesempurnaan hujjah”

Kelima, hendaklah mubahalah ini berlaku dalam perkara agama yang terlalu penting. Ia digunakan untuk menghasilkan kemaslahatan kepada Islam dan ummat Islam, atau menolak kerosakan terhadap Islam dan ummat Islam.

Imam Ibnu Qayyim dalam Syarh Qasidah  menyatakan;

“Tidak harus mubahalah kecuali dalam perkara yang terlalu penting dalam syarak, iaitu sekiranya tanpa mubahalah, ia mampu melahirkan kecelaruan dalam pemahaman agama. Ia disyaratkan bahawa selepas ditegakkan hujjah, melakukan usaha yang kuat dalam menghilangkan kesamaran, dan didahului dengan nasihat dan pesanan.”



HUKUM MUBAHALAH
Mubahalah termasuk perkara yang disyari’atkan dalam agama Islam, sebagai salah satu sarana dak­wah apabila sudah menemukan jalan buntu, apa­bila hujah dan dalil tidak lagi berfungsi.
Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Allah meme­rintahkan kepada RasulNya untuk bermubahalah dengan orang-orang yang menentang kebenaran dalam masalah Isa bin Maryam ‘alaihis salam setelah tampak hujah dan keterangan pada mereka.”
Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata: “Kesimpul­annya, bahwa RosulullohShallallahu ‘alaihi wa sallam senatiasa mendebat semua orang kafir, apa pun agamanya, sehingga ke akhir hayat Baginda. Dan hal ini diteruskan oleh para sahabat sepeninggal Baginda. Dan Allah Ta’ala meme­rintahkan Rasulullah s.a.w untuk berdebat mereka dengan baik, baik pada Surat Makkiyyah maupun Madaniyyah, Allah juga memerintahkan Baginda untuk ber­mubahalah dengan mereka setelah tampak bagi mereka hujah dan keterangan. Dengan cara inilah agama ini tegak.”

4 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.